
Kehadiran penyanyi, Zizi Kirana bersama suaminya, Yusuf Bahrin ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis mencuri perhatian ramai apabila ia dikaitkan dengan urusan rumah tangga pasangan itu.
Zizi yang tampil mengenakan jubah hitam dilihat hadir sekitar jam 8.40 pagi dan ditemani pelakon, Ummi Aida.
Bagaimanapun, pengacara itu memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai tujuan sebenar kehadirannya ke mahkamah berkenaan. Menurut aktivis kemanusiaan itu, dia sendiri tidak mengetahui secara terperinci urusan yang akan dilakukan.

“Doakan yang baik-baik, insya-ALLAH semoga semua urusan dipermudahkan untuk kedua-dua pihak,” katanya ringkas kepada media.
Dalam masa sama, Zizi turut mengesahkan ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke Mahkamah Rendah Syariah.
Terdahulu pada 26 Oktober 2025, media melaporkan penyanyi itu memilih untuk tidak memberi sebarang penjelasan berhubung dakwaan isu rumah tangga yang dikatakan sedang bergolak.
Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah Graduates! Remaja Instafamous Buktikan Pelajaran Penting – Bukan Sekadar Rupa

Siapa kata remaja yang ada rupa tak pentingkan pelajaran? Mulut…
Musim konvokesyen pada bulan Oktober tahun ini memang meriah dengan momen indah yang dikongsi oleh beberapa remaja popular di Instagram. Tak kiralah sama ada mereka datang dari latar belakang sukan seperti Pandelela Rinong, media sosial (Safwan Nazri, Nadia Azlan) atau penyanyi baru seperti Sheryl Shazwanie, mereka membuktikan karier bukanlah penghalang untuk menggenggam segulung sijil.
Remaja ucapkan tahniah kepada korang semua! Dan bagi pelajar kolej atau universiti di seluruh Malaysia yang juga bergelar graduan pada bulan ini, happy convocation guys!
Safwan Nazri
Finalis Hero Remaja 2017 ini masih belajar sepanjang dia menyertai pencarian tersebut pada tahun lalu. Jarak di antara Kuala Lumpur (lokasi utama penggambaran), Kedah (asal) dan Perlis (universiti) memang mencabar buat Safwan Nazri.

Tetapi iyalah, orang kata kalau nak seribu daya, kan? Kejayaan Safwan ini mengingatkan penulis kepada kisah finalis Hero Remaja 2011/2012 iaitu Nazrief Nazri yang merupakan graduan dari UiTM Seri Iskandar, Perak. Nazrief pun perlu mengimbangi masa, mirip Safwan semasa bertanding.
View this post on Instagram
Family is Everything ?#konvo #uitmdihatiku #degree #uitmperlis #uitm
A post shared by Safwan Nazri (@safwannazri) on
Pandelela Rinong
Atlet terjun negara yang bergelar juara dunia ini sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya menghabiskan pelajaran dari Universiti Malaya. Malah, ramai yang terkejut sepanjang minggu ini apabila mendapat tahu Pandelela masih sempat belajar sambil bertanding, all this while!
“Saya mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk mengimbangi kerja keras sebagai atlet negara dan belajar pada lewat malam. Ada masa yang memang sukar dan saya perlu tenangkan diri.

“I like my graduation robe especially the color and design.
“Saya beli robe ini dan menggantungnya di rumah. Siapa tahu ia boleh berikan motivasi untuk saya terus menyambung pelajaran selepas ini,” katanya di Instagram.
HANNA FARESHA
Anak kepada Fauzi Nawawi dan Lisdawati ini memang cekap dalam mengimbangi pelajaran dan masa lapang, sejak dari zaman SPM lagi.

Kali ini, adik kepada penyanyi Fareez Fauzi ini meraikan kejayaannya dalam bidang perakaunan dan berazam menyiapkan diri untuk menggenggam ACCA.
IQWAN ALIF
Penyanyi single ‘Cemburu Buta’ ini juga baru bergelar graduan dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

“Alhamdulillah, saya dapat merasa moment ni. Tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya melawan anasir-anasir jahat yang pernah menguasai diri ni untuk berhenti belajar.
“Demi hajat arwah, demi mama & keluarga, saya seretkan badan untuk habiskan juga pengajian di sini.”
NADIA AZLAN SHAH

Si cantik yang popular sebagai model dan instafamous ini juga tak terlepas daripada momen konvokesyen di kampus UNISEL. “Alhamdulillah, check list dapat juga saya capai.
“Terima kasih kepada suami saya yang banyak bersama saya ketika melakukan assignment. Convo juga isteri awak! Dan terima kasih juga kepada mama dan daddy yang membantu Nadia ke tahap ini”
SHERYL SHAZWANIE
Sheryl mengingatkan penulis kepada penyanyi Najwa Latif.
Bukan kerana imejnya yang bertudung tetapi keazaman menghabiskan juga pelajaran walaupun minatnya terletak pada bidang nyanyian. “Saya tak akan berada di sini tanpa sokongan dan bantuan ramai pihak.

“Words can’t describe how grateful I am to have these people in my life. Alhamdulillah, saya telah tamatkan pengajian Diploma Perakaunan.”
LUNA TASYA
Last but certainly not the least, rapper single Teka-Teki dan social media influencer ini juga baru saja graduate! Bukan di kolej ataupun universiti memandangkan Tasya baru berusia 17 tahun, tetapi daripada sekolah menengahnya.

So cute!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adam Corrie Kongsi 7 Panduan Bina ‘Perkahwinan Campur’. Ajak Peluk Islam & Berkahwin

Cinta memang tak mengenal ras, agama, usia, dan siapa kita. Tambahan, rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama. Jadi, perkahwinan campur sudah menjadi perkara biasa dan semakin diterima baik oleh semua orang.
ARTIKEL BERKAITAN: 8 Cara Daftar Nikah Di Pejabat Agama Untuk Pasangan Yang Nak Berkahwin
Siapa saja yang tidak mengenali pemilik nama Adam Corrie. Sebilangan besar masyarakat di Malaysia membesar dengan drama-drama lakonan Adam Corrie. Malah, tarikh 13 Julai 2007 merupakan hari dimana lelaki berbangsa Cina ini memeluk agama Islam. Beliau terus hidup bahagia disamping isteri, Fazema Mohd Fuad dan anaknya sehingga ke hari ini.
Menerusi satu perkongsian di Facebook hari ini, Adam Corrie atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah berkata semua yang dikongsi merupakan pandangan dan pengalaman yang dirasai olehnya bersama isteri.
Dalam perkongsian itu, Adam turut memuat naik gambarnya sewaktu sedang akad nikah pada 2008 dahulu.
“Ini gambar tahun 2008. Saya sedang akad nikah. Lepas akad nikah kena baca taklik nikah dalam tulisan jawi, tapi tok kadi tak pa… sebabkan saya mualaf ikut dia cakap.
“Hari ini saya masih menerima beberapa PM bertanyakan pandangan tentang bagaimana nak ajak BF /GF yang belum Islam memeluk Islam dan berkahwin. Saya sudah kongsikan pandangan ini berkali-kali. Kali ini saya kongsikan sekali lagi atas pemintaan,” katanya.

Tujuh Cara Bina Hubungan Dengan Pasangan Bukan Islam & Ajak Peluk Islam
Dalam perkongsian yang sama, Adam berkongsikan tujuh garis panduan bagaimana membina hubungan dengan bakal pasangan yang bukan Islam, seterusnya cara mengendalikan hubungan ke arah yang lebih baik.
1. Sebagai seorang Muslim, tunjukkan keindahan Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Jika kita sendiri tak tunjuk teladan dan mempraktikkannya ajaran dan meninggalkan laranganNya amat sukar untuk mereka memahami apa itu Islam.
2. Jangan paksa GF/BF kita memeluk Islam untuk kahwin. Biarlah mereka memeluk Islam kerana Allah dan cinta akan Islam.
3. Sekiranya BF/GF memang ada menunjukkan minat terhadap Islam, berikan buku-buku bacaan mengenai Islam yang mudah difahami isi kandungannya. Bawa mereka ke kelas agama seperti di PERKIM / Majlis Agama Islam Negeri untuk memahami Islam dengan lebih lanjut.
4. Buatlah solat sunat taubat selalu supaya dosa kita diampunkan supaya doa kita mudah diperkenankan. Lagipun kita digalakkan lakukan solat taubat selalu.
Solat istikarah juga perlu untuk mendapat pertunjuk dari Allah adakah si dia jodoh terbaik untuk kita dan buatlah juga solat hajat untuk si dia mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk Islam dengan sepenuh hati.
5. Selebihnya kita serahkan pada Allah menentukan-Nya. Berusaha, beribadat, berdoa , tawakkal Insya’allah segala yang diinginkan dimakbulkan.
6. Buat target masa, jangan bercinta lama-lama. Ia hanya menambahkan dosa yang kita tak sedari. Jika GF/BF kita suka tangguh-tangguh. Berani buat keputusan untuk mengundur diri dan teruskan hidup yang lebih baik.
7. Jika dia bukan jodoh kita, jangan putus asa dan kecewa. Kerana Allah ada rancangan yang terbaik dan ada hikmahNya untuk kita. Insan yang baik tentu Allah jodohkan dengan Insan yang baik juga. Insya’allah.
Mengulas lanjut mengenai panduan yang diamalkan ini, jelas Adam, isterinya juga turut mengamalkan beberapa amalan sama sewaktu dirinya dilamar menjadi isteri.
“Dari pengalaman isteri saya, beliau melakukan nombor 4 dan 5 ketika saya melamarnya dan beliau juga meminta ibu bapanya buat solat istikharah dan hajat untuk dirinya.
“Restu ibu bapa penting bagi memastikan kebahagiaan perkahwinan tersebut di dunia dan akhirat. InsyaAllah,” katanya.
Untuk info, Adam Corrie sebelum ini mengaku yang dia pernah bergekar seorang atheis, iaitu tidak mempercayai kewujudan Tuhan sebelum masuk agama Islam. Adam memeluk Islam pada Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada tahun 2008.
BACA : 7 Selebriti Malaysia Yang Berhijrah Kepada Agama Islam
Sumber: Facebook Adam Corrie
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Ada Yang Dah Berkeluarga Sanggup Datang Sokong, Masakkan Saya Makanan..” -Fairuz Selamat Hargai Peminat, Reda Tersingkir

Penyanyi, Fairuz Selamat mengakui dia reda apabila tersingkir dari program Gegar Vaganza pada minggu ke-10, Ahad lalu.
Katanya kepada Remaja, Fairuz menjelaskan bahawa penyingkirannya tersebut telah menamatkan spekulasi mengenai statusnya sebagai ‘anak emas’ di stesen televisyen tersebut.
BACA: GV11: Tekun & Kerja Keras, Dadali Dyrga Raih Pujian Daripada Datuk Ramli M.S

“Saya menamatkan kemarau soalan itu, di mana saya bukan anak emas Astro.
“Ini rezeki, saya selalu fikir macam ini sesiapa yang tersingkir bukan penanda yang kalian tidak hebat sebab program TV ini bermain dengan banyak perkara,” katanya.
Tambahnya lagi, Fairuz menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan gembira kerana ia merupakan penamat kepada pelbagai desas-desus mengenai kedudukannya dalam program tersebut.
BACA: GV11: Liza Aziz Ungguli Tangga Pertama, Fairuz Selamat Pula Berada Di Kedudukan Tercorot

“Mengambil itu sebagai keputusan yang mukhtamad, rezeki saya sampai di situ sahaja. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang sangat gembira sebab dua kali berada di kedudukan dua terbawah, ramai yang mengharapkan saya keluar.
“Nah, ambil sekarang, saya sudah pun tersingkir,” ujarnya lagi.
Walaupun begitu, penyanyi lagu popular Lydia itu mengakui bahawa dia sedikit ralat kerana tidak dapat memenuhi harapan peminatnya yang ingin melihatnya melangkah ke pentas akhir.
“Saya rasa sedih sebab sepanjang 24 tahun bergelar anak seni, saya belum pernah menerima sokongan peminat seperti itu. Gegar Vaganza ini adalah pertandingan, akan ada yang tersingkir dan akan ada yang terlepas.

“Kalau bukan saya, mesti orang lain, dan kalau bukan orang lain, mungkin saya yang tersingkir. Mereka datang Sabtu dan Ahad, ada yang dah berkeluarga sanggup datang sokong saya, ada jadual shift nak undi saya, masakkan saya makanan.
“Itu yang buat saya ralat. Sebab saya kecewakan mereka, bila mereka sokong artis mesti mereka nak artis mereka masuk final,” jelasnya.
Meskipun tersingkir, Fairuz tetap berterima kasih kepada peminat yang tetap memberikan sokongan yang tidak ternilai.
“Macam saya masuk bertanding, kita dah tahu adat itu, tapi kalau mereka dah ready nak support saya sampai final, lepas ini mereka nak buat apa?” tuturnya dengan nada sebak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


