Pemilik nama Alif Satar bukan asing di persada seni tanah air. Terkenal dengan sikap romantik terhadap isteri dan anak-anaknya. Malah, pernah saja Alif mendapat gelaran lelaki paling gentleman dan juga disenangi ramai orang kerana sikapnya terhadap orang ramai.

“Multi Talent…”, Netizen Puji Alif Satar Mesra Layan OKU Dan Mahir Guna Bahasa Isyarat

Terbaru, Alif sekali lagi menjadi perhatian apabila tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok memaparkan pelakon dan penyanyi Alif Satar dilihat melayan peminat yang ingin bergambar dengannya.

Apa yang menjadi perhatian, Alif dilihat berbual mesra dengan peminatnya itu merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipercayai bisu menggunakan bahasa isyarat.

ARTIKEL BERKAITAN : Baru Nak Start Kayuh Basikal? Alif Satar Pesan Jangan Beli Mahal-Mahal, Kecualilah..

Malah, pengguna TikTok yang memuat naik sebuah video berdurasi 00:42 saat itu memaparkan tindakan Alif Satar melayan peminat yang ingin bergambar dengannya di hadapan sebuah lif.

Lebih menarik, peminatnya itu merupakan seorang pekerja di bangunan tersebut dan dipercayai orang kelainan upaya (OKU) percakapan (bisu).

Tidak kekok melayan peminatnya itu, Alif sebaliknya berkomunikasi dengan pekerja tersebut menggunakan bahasa isyarat. Malah, boleh dikatakan begitu lancar dan fasih!

IKLAN

“Multi Talent…”, Netizen Puji Alif Satar Mesra Layan OKU Dan Mahir Guna Bahasa Isyarat

Alif Satar ni memang manusia yang lain daripada lain. Penyanyi, komposer, pemain piano, usahawan dan dia juga fasih menggunakan bahasa isyarat!

Tambah pemilik akaun tersebut yang dikatakan rakan kepada Alif Satar itu, dia juga tidak menyangka bahawa pengacara Big Stage tersebut boleh menggunakan bahasa isyarat dengan baik.

 

IKLAN
@johnlemmonnn Alif Satar is the true definition of Jack of All Trades! #alifsatar @alifsatar ♬ original sound – johnlemmonnn

Difahamkan, Alif boleh menggunakan bahasa isyarat kerana ibunya merupakan bekas guru pendidikan khas yang mengajar kanak-kanak OKU pendengaran dan percakapan.

Pujian Warganet

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen memuji dan ada juga peminat mengatakan sikap positif dan keperibadian Alif itu patut dicontohi oleh netizen di luar sana. Di bahagian komen, netizen menggelarkan Alif sebagai seorang ‘influencer’ yang serba boleh dan juga versatil kerana mempunyai pelbagai bakat selain ‘bersih’ dari sebarang kontroversi.

IKLAN

“Multi Talent…”, Netizen Puji Alif Satar Mesra Layan OKU Dan Mahir Guna Bahasa Isyarat

“Multi Talent…”, Netizen Puji Alif Satar Mesra Layan OKU Dan Mahir Guna Bahasa Isyarat

Cayalah Alif!

BACA LAGI : Kolaborasi Alif Satar Dan Raihan Buat Ramai Mengalirkan Air Mata Insaf

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI