Jika kamu peminat tegar Wanna One, pasti kamu tahu bahawa kumpulan yang lahir dari program realiti nyanyian itu telah berpecah sejurus selepas kontrak sementara mereka tamat pada awal tahun 2019 lalu. Grup lelaki yang terdiri daripada 12 orang ini, menjadi fenomena dalam industri kpop sebaris dengan EXO, Seventeen, BTS, yang mempunyai fandom yang luar biasa.
Salah seorang ahli Wanna One yang mempunyai perwatakan yang lucu Ong Seong Wu meraih perhatian Wannables (fandom Wanna One) saat pihak agensi mengumumkan bahawa Ong Seong Wu akan bergerak solo. Nak tahu juga, sifat Ong Seung Wu ni macam mana kan? Ini fakta menarik jejaka berwajah kacak yang bernama Ong Seong Wu.
01
Trainee di Fantagio selama 8 bulan
Seong Wu sebenarnya trainee di bawah agensi Fantagio selama 8 bulan sebelum menyertai pertandingan Producer 101 musim ke-2. Fantagio telah banyak melahirkan pelakon-pelakon bertaraf A di Korea Selatan, antaranya Goong Hyo Jin, Gong Yoo, Jung II Woo, Astro Cha Eun-woo dan ramai lagi.

02
Seorang yang kelakar
Hampir ke semua ahli Wanna One mempunyai bakat dalam berjenaka, namun Ong Seong Wu antara yang mendapat perhatian peminat-peminatnya. Lihat saja lagaknya ketika menghadiri program tv, pasti tak kering gusi. Sila kawal tawa kamu bila tonton video bawah ini. Hiks
03
Mempunyai nama keluarga yang unik!
Nama keluarga Ong menjadi tanda tanya kepada masyarakat Korea, kerana ia unik. Tak ada keluarga yang mempunyai nama Ong melainkan keluarga Seong Wu. Ini turut diakui oleh dirinya sendiri. Sebab itulah, setiap kali dia memperkenalkan diri, dia akan berjenaka mengenai namanya. Comel kan?
04
Pernah bekerja sebagai barista sebelum Wanna One
Sebelum jejaka kacak ini menjadi selebriti, dia pernah bekerja sebagai barista di kafe, dan model sambilan. Seong Wu yang berusia 24 tahun ini melalui hari-hari mencabar untuk bergelar anak seni.

05
Tempat ke-5 dalam program Produce 101
Pada musim ke 2 rancangan Produce 101, rancangan tersebut memilih pelatih lelaki daripada setiap agensi yang mengeluarkan Idol(grup kpop), mereka harus melalui sesi ujibakat terlebih dahulu untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Sejurus selepas Ong Seong Wu masuk ke dalam ruang ujibakat, juri sudah terpesona dengan kekacakkan Seong Wu dan hasil daripada nyanyian dan bakat yang ditonjolkan, Seong Wu dapat melayakkan diri ke final sekaligus memenangi tempat ke-5 dengan jumlah undian 984,756.
Anda mungkin berminat dengan

Ini yang buatkan REMAJA tak sabar nak pergi ke fan meeting pertama Ong Seong Wu yang akan diadakan di Axiata Arena Kuala Lumpur, Sabtu 23 Mac ini. Ini merupakan pertemuan julung kali dalam acara jelajah bertemu peminat yang dianjurkan Hatchery yang bermula di Bangkok, Malaysia dan diakhiri dengan Singapura.
Tiket telah pun mula dijual pada 16 Februari lalu dengan harga RM580, RM480, RM380 dan RM280.

Untuk tempahan tiket boleh layari https://airasiaredtix.com/ atau maklumat lanjut di Facebook @hatcheryth, Twitter @Hatchery_th atau Instragram @hatchery_th
∞
Kisah pemergian Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33, sebelum ini cukup mengundang kemarahan ramai apabila beliau maut selepas dirempuh pemandu dipercayai mabuk dan berada di bawah pengaruh dadah.
Dalam sekelip mata, seorang suami dan bapa kepada tiga orang anak pergi meninggalkan keluarga, menjadikan tragedi ini antara yang paling menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.
Di sebalik kesedihan itu, perhatian mula terarah kepada keluarga yang ditinggalkan seorang isteri dan anak-anak kecil yang masih dalam fasa membesar.
Ramai yang mengikuti perkembangan kes ini bukan sahaja kerana keadilan yang dituntut, tetapi juga kerana simpati terhadap nasib keluarga arwah yang kini perlu meneruskan kehidupan tanpa figura utama dalam keluarga.
Pendakwah bebas, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail, tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga arwah. Walaupun tidak besar dari segi nilai, apa yang diberikan jelas datang dengan niat ikhlas untuk menceriakan anak-anak yang sedang melalui detik sukar.
“Saya nak bagi happy sikit. Bantuan yang mana boleh lah, kita beli dua,” katanya.
Menurutnya, selepas bertanya sendiri keperluan keluarga tersebut, dia dimaklumkan bahawa mereka memerlukan susu Dutch Lady serta botol susu untuk anak bongsu yang masih kecil.
“Saya dah tanya dia cakap nak pakai apa, dia kata susu Dutch Lady dengan botol susu untuk anak yang kecil,” ujarnya lagi.
Hadiah basikal buat senyuman anak-anak

Selain itu, PU Riz turut menghadiahkan tiga buah basikal untuk anak-anak arwah satu usaha kecil yang cukup bermakna untuk menceriakan mereka. Dalam situasi kehilangan, detik kegembiraan seperti ini sedikit sebanyak mampu mengubat kesedihan yang dirasai.
Bantuan seperti ini bukan sahaja memberi kegembiraan sementara, tetapi juga menjadi simbol bahawa masih ada insan yang mengambil berat tentang kebajikan mereka.
Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian ramai di media sosial. Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan, selain mendoakan agar segala urusan PU Riz dipermudahkan.
Walaupun bantuan yang diberikan tidaklah besar, ramai berpendapat ia sudah cukup untuk menggembirakan keluarga mangsa, khususnya anak-anak yang masih kecil dan sedang menyesuaikan diri dengan kehilangan insan tersayang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Peguam yang mewakili pelakon, Nur Fazura Sharifuddin bagi sebutan kes permohonan cerai ke atas suami, Fattah Amin menegaskan bahawa Fazura tidak sesekali pernah mengesahkan dakwaan dirinya dicurangi seperti yang tular di media sosial.
Ketika ditemui para pemberita di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi ini, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan agar masyarakat tidak terus membuat spekulasi terhadap punca permohonan penceraian.
“Fazura tidak pernah mengeluarkan kenyataan (berhubung dakwaan dicurangi oleh Fattah Amin).
“(Kenyataan) yang timbul adalah daripada individu-individu yang mengeluarkan kenyataan melalui media sosial berkaitan perkara-perkara yang sebenarnya kita pun tidak pernah cakap.
“Kalau tengok dalam permohonan penceraian pun, kita tidak sebut langsung isu-isu berkaitan kejadian curang dan sebagainya,” ulasnya.
Justeru, beliau memberi amaran bahawa tindakan keras akan diambil terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap kes ini.
Setakat ini, sudah 4-5 pihak sudah dikenal pasti pernah membuat kenyataan fitnah terhadap diri Fazura dan rumah tangga mereka.

BACA: Fazura Disahkan Fail Cerai Daripada Fattah Pagi Jumaat, 13 September – REMAJA
Mengimbas kembali sejurus Fazura memfailkan penceraian pada 13 September lalu, timbul dakwaan daripada pengawal peribadi aktres itu kononnya wujud ‘penyondol’ yang menjadi punca keretakan rumah tangga Fattah dan Fazura.
Individu yang dikenali sebagai Shahaszrin itu mendakwa seorang wanita yang pernah menjadi penata gaya tudung kepada Fazura cuba merapati Fattah dan mengakibatkan konflik antara pasangan selebriti berkenaan.
Lantas, spekulasi Fattah berlaku curang hangat diperkatakan warganet menerusi platform media sosial.
BACA: “Masih Sayang…”Fattah Amin Ingin Selamatkan Rumah Tangga, Lafaz Talak Tidak Berlaku Hari Ini – REMAJA
Mahkamah menangguhkan kes permohonan penceraian ke 7 Oktober 2024 untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang dan memutuskan jalan penyelesaian terbaik termasuklah keputusan sama ada bagi meneruskan penceraian ataupun tidak.
Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Filem yang dinanti-nanti oleh peminat video game Sega, Sonic The Hedgehog telah pun ditayangkan di pawagam setelah dirakamkan semula kerana ramai yang tidak berpuas hati dengan feature Sonic yang ditampilkan sebelum ini.
Disebabkan itu, tarikh tayangan yang sepatutnya lebih awal ditunda dek kerana ketidakpuasan hasil animasi tersebut. Maka ramailah peminat permainan video ini berasa teruja untuk melihat sendiri hasil remake yang telah dilakukan.
Syabas kami ucapkan kepada tenaga produksi kerana selepas berpeluang menonton Sonic The Hedgehog malam tadi, rata-rata daripada penonton di pawagam berpuas hati dengan filem tersebut.
Mengisahkan tentang seekor landak kecil antropormorfik biru yang juga merupakan makhluk asing yang sedang melarikan diri daripada penjahat Dr. Robotnik. Sonic mempunyai kuasa luar biasa yang menarik perhatian penjahat yang ingin menguasai dunia dengan kuasa yang dimilikinya.
Landak biru ini kemudiannya bekerjasama dengan Tom Wachowski, seorang bekas polis San Francisco yang baru sahaja dilantik sebagai syerif Green Hills, Montana untuk menentang Dr. Robotnik.
Apa yang kami boleh katakan jalan ceritanya agak santai dan mudah difahami. Pendek kata, kalau korang sejenis memang tak pernah tahu atau main permainan video Sonic ni, korang takkan blur pun.
Kecanggihan teknologi dalam filem ini juga boleh dipuji kerana kesan khas yang digunakan agak mengagumkan kami. Kelajuan Sonic bergerak, dengan teknik flash yang ada, memang nampak real la senang cerita.
Dalam keseronokan melayan karenah si landak biru yang comel tu, ada juga beberapa mesej yang disampaikan mengusik jiwa penonton. Hubungan persahabatan yang terjalin antara Sonic dan Tom sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita tentang pentingnya membantu sahabat yang ditimpa kesusahan.
Kalau nak tahu best ke tidak filem Sonic The Hedgehog ni, jom ajak kawan-kawan lepak tengok movie hujung minggu ni.
∞