Jadikan 5 amalan mudah ini sebagai amalan yang wajib kita lakukan setiap hari.
Permulaan hari yang baik serta berkualiti antara perkara penting bagi kita semua untuk mendapat tenaga yang positif dan melancarkan segala aktiviti harian kita. Pun begitu, kita sebagai umat Islam, sering alpa tentang amalan-amalan yang seharusnya dilakukan untuk kita lebih dekat dengan-Nya. Oleh itu, berikut adalah contoh amalan Rasulullah S.A.W yang boleh kamu ikuti supaya hari kamu menjadi lebih baik dari semalam.
Sucikan wajah dengan mengamalkan amalan mencuci muka dengan air yang sejuk. Ia bukan sahaja dapat menyegarkan kulit wajah namun ia merupakan antara amalan Rasulullah SAW ketika bangun pagi. Ada satu hadith yang berkaitan dengan amalan ini yang bermaksud;
“RASULULLAH BANGUN TIDUR, KEMUDIAN DUDUK SAMBIL MENGUSAP WAJAHNYA DENGAN TANGANNYA.”(RIWAYAT MUSLIM).
Salah satu sebab kenapa kita perlu berdoa sebaik sahaja bangun dari tidur adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT. Antara doa yang boleh kamu amalkan ialah:
Sudah menjadi amalan biasa bagi kita semua untuk menggosok gigi. Selain daripada aspek kesihatan ia juga adalah antara sunnah Rasulullah yang paling mudah untuk kita ikuti. Setelah berdoa dan menyapu muka, bolehlah kita menggosok gigi. Hal ini boleh dirujuk dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“APABILA RASULULLAH S.A.W BANGUN DARIPADA TIDUR, BAGINDA AKAN MEMBERSIHKAN MULUTNYA DENGAN BERSUGI.” (MUTTAFAQ ‘ALAIH)
Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya membasuh kedua-dua belah tangan di waktu pagi kerana semasa tidur, kita tidak tahu ke mana tangan kita bergerak. Perkara ini dinyatakan dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“APABILA SALAH SEORANG DARIPADA KAMU BANGUN DARIPADA TIDUR, MAKA BASUHLAH TANGAN KAMU TERLEBIH DAHULU TIGA KALI SEBELUM MEMASUKKAN KEDUA-DUA TANGAN KE DALAM BEKAS, KERANA KAMU TIDAK TAHU DI MANA TANGAN KAMU BERADA KETIKA SEDANG TIDUR.” (MUTAFFAQ ‘ALAIH).
Beristinthar bermaksud perbuatan memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskan kembali. Rasulullah SAW menyuruh kita beristinthar di waktu pagi kerana syaitan suka bermalam di batang hidung. Boleh rujuk maksud hadith di bawah ini.
RASULULLAH S A W BERSABDA YANG BERMAKSUD : “APABILA SEORANG ANTARA KALIAN BANGUN TIDUR, MAKA BERWUDUKLAH DAN KEMUDIAN BERISTINTHARLAH SEBANYAK TIGA KALI KERANA SYAITAN BERMALAM DI BATANG HIDUNGNYA.” (RIWAYAT AL-BUKHARI)
Jadikan 5 amalan mudah ini sebagai amalan yang wajib kita lakukan setiap hari. Setiap kebaikan yang kita lakukan tidak kira sekecil zarah sekalipun pasti akan dikira dan diberikan ganjaran pahala dari-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Jangan lupa amalkan ya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umum mengetahui bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq telah menubuhkan kan Parti MUDA ataupun nama panjangnya Malaysian United Democratic Alliance pada September 2020. Tujuan utama parti ini dilihat sebagai satu platform yang boleh disertai oleh rakyat pelbagai kaum dengan memberi fokus kepada golongan anak muda.
Menurut Syed Saddiq di dalam laporan Astro Awani pada 25 Ogos 2020, sudah tiba masanya Malaysia memiliki sesebuah gerakan yang terdiri dari anak muda, ia bagi memastikan suara belia tidak dipandang enteng di dalam parlimen mahupun di luar parlimen. Namun sehingga kini parti yang diasaskan oleh ahli parlimen Muar ini masih belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malysia.
Disebabkan hal ini, parti tersebut telah melantik bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dan bekas Presiden Badan Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan untuk mengendalikan isu ini sekiranya pendaftaran yang telah dilakukan masih belum selesai.
Dalam satu kenyataan pada Isnin oleh MUDA di laman Instagram parti tersebut, proses pendaftran parti MUDA sebagai sebuah parti politik yang sah telah mula dibuat pada 17 September 2020. Namun sehingga 21 Disember 2020, barisan Penaja MUDA masih belum menerima apa-apa perkembangan terkini berkenaan pendaftaran yang telah dilakukan.
Sebelum ini Perikatan Nasional hanya mengambil masa tiga hari sahaja di bawah kerajaan hari ini manakala pada era kerajaan lama ‘Barisan Nasional’ pendaftaran Parti Pribumi BERSATU Malaysia mengambil masa 30 hari.
Sementara itu di Instagram peribadi, Syed Saddiq berkata, “Di parlimen panggil kami “budak-budak”, tetapi selepas 3 bulan masih takut nak luluskan MUDA yang dikendalikan “Budak-budak”. Kalau betul kami “lemah”, “picisan”, “budak2”, Luluskan MUDA dan biar rakyat tentukan masa depan kami. In 7 days time if MUDA is not registered, we will be represented in court by Former AG Tan Sri Tommy Thomas & Former Bar council President Dato’ Ambiga. Uphold Malaysian Democracy & Federal Constitution by approving MUDA.
***P/S – Semoga segala urusan dipermudahkan dan parti MUDA benar-benar menjadi wadah perubahan dalam gelora ombak politik di Malaysia.
Sejak kerajaan membuka dan membenarkan sektor sukan selepas lama ditutup akibat penularan paandemik Covid-19. Rata-rata kita melihat ramai kembalimelakukan aktivititi riadah masing-masing. Ada yang berbasikal, jogging, main bola dan pelbagai jenis sukan lagi. Namun, bila bersukan ini, faktor kasut perlulah diambil berat.
Foto Via Pexels
Bila sebut pasal kaki, mungkin korang tak sangka manusia ini dilahirkan dengan tiga jenis tapak kaki iaitu normal, flat dan high arch. Ketiga-tiga bentuk kaki ini ada keistimewaan masing-masing tak kira masa berjalan atau pijak.
Tentu kita pernah alami rasa kaki sakit biar pun kasut baru dibeli dan kita beranggapan tersalah beli kasut. Kalau itulah korang pernah lalui, itu sebenarnya kasut yang korang beli itu tak sesuai dengan bentuk tapak kaki korang tu.
REMAJA kongsikan tips dari Erke Malaysia mengenai tiga jenis bentuk kaki supaya tak tersalah beli kasut yang sesuai dengan bentuk kaki tu.
Bentuk kaki ada tiga jenis ya iaitu normal, flat dan high arch.
Penting untuk tahu bentuk kaki terutama kalau nak beli running shoes ya!
Orang yang bentuk kakinya flat, sesuai beli kasut jenis overpronator. Kasut jenis overpronator ini bantu korang untuk berjalan dengan stabil.
Ini last bentuk kaki iaitu high arch. Kotang boleh tengok lengku gan antara iby jari sampai ke tumit. Kalau ada lengkungan yang besar dan ada sikit je garisan halus tu. Biasanya kaki jenis jalan ke dalam. Kasut yang sesuai dipakai ialah jenis cushioned atau flexible supaya kaki dapat jalan dengan sempurna.
Macam mana nak kenal bentuk kaki sendiri ya? Masukkan kaki ke dalam bekas yang ada air dan kertas di luar ya!
So, kalau dah tahu bentuk kaki bagaimana senanglah time beli kasutkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seluruh dunia tahu siapakah gerangan Duke of Edinburgh, Putera Philip.
Tambahan pula di kalangan gugusan negara Komanwel seperti Malaysia sendiri, kita pastinya pernah menonton kelibatnya sama ada di kaca televisyen atau di atas talian.
Tapi tahukah korang, mendiang Putera Philip yang telah menghembuskan nafas terakhir baginda pada minggu lalu pernah bertemu dengan rakyat Malaysia di Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur suatu masa dahulu!
Disebabkan kebanyakan daripada kita masih belum dilahirkan pada waktu itu, tentunya kita sukar untuk ‘recall’ momen tersebut.
Namun, seorang pengguna Facebook bernama Chang Yi masih ingat peristiwa pada tahun 1959 itu dan telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan Putera Philip melambai ke arah orang ramai di Miri dari kenderaan rasminya.
Dari Kuching, baginda menuju ke Sibu dan Miri sebelum bergegas ke Brunei. Semuanya dikunjungi dalam tempoh kurang 2 hari saja.
Waktu itu juga berdekatan dengan tarikh perayaan Tahun Baru Cina. Lalu, sebuah konsert diadakan demi menghiburkan Putera Philip.
Sabah & Kuala Lumpur
Negeri Di Bawah Bayu ini turut bertuah menerima kunjungan mendiang pada tahun 1959.
Menurut seorang wanita bernama Li Yo Wei kepada FMT, beliau berusia 12 tahun pada waktu itu dan Sabah masih dikenali sebagai Borneo Utara di bawah jajahan Inggeris.
Beliau dan ratusan murid sekolah telah beratur di sepanjang jalan raya di Tanjung Aru dan masih mengingati apabila Putera Philip berjalan di situ. Jelas Li, mendiang mempunyai ketinggian mirip cucu baginda, Putera William yang pernah melakukan kunjungan diraja ke Malaysia pada tahun 2012.
Sekali lagi, Putera Philip mengunjungi Sabah pada tahun 1972. Kali ini, mendiang hadir bersama Ratu Elizabeth II dan Puteri Anne. Peristiwa ini berlaku selepas Sabah menyertai Malaysia secara rasmi pada tahun 1969.
Kuala Lumpur juga tidak terkecuali menerima kunjungan Putera Philip pada tahun 1965. Baginda yang diiringi oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.