Kisah selebriti Thailand, Tangmo yang dikatakan telah dibunuh secara kejam oleh kenalannya kini menjadi sebutan lagi apabila akaun Facebook miliknya dikatakan telah aktif semula.
Apa yang lebih menghairankan, beberapa status telah dimuat dan ia secara tidak langsung mencetus spekulasi dikalangan pengikut dan peminat selebriti Thailand ini.
Walau bagaimanapun, ramai pihak yang mendakwa bahawa setiap hantaran yang dimuat naik di laman Facebook itu dilakukan oleh ibu Tangmo iaitu Panida Siriyudthayothi, namun ia telah dinafikan oleh peguam wanita tersebut.
“Saya disakiti oleh seorang teman yang saya sayangi dan percayai. Saya masih menunggu kebenaran daripada lima individu. Saya sendiri yang akan mendedahkan apa yang berlaku jika mereka tidak menceritakan hal sebenar. Jangan lupa, data panggilan yang dipadamkan boleh diperoleh semula,” seperti yang telah dikongsi di laman Facebooknya.
Ads
Sebelum ini, Tangmo telah ditemui maut terapung di Sungai Chao Phraya dua hari selepas tubuhnya dilaporkan hilang akibat terjatuh bot laju. Pihak polis Thailand akhirnya memaklumkan bahawa pegawai penyiasatan telah menetapkan kematian aktres itu berlaku kerana terjatuh dari bahagian bot laju dan badannya terkena kipas bot sebelum dia lemas di sungai Chao Phraya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fasal nuget pun nak bergaduh. Biasalah bila masing-masing nak tunjuk kuat dan hebat.
Satu kekecohan telah terjadi di restoran makanan segera Mc Donald dan tular di media sosial apabila seorang pekerja di bahagian kaunter telah menanduk muka seorang pelanggan.
Pergaduhan bermula jam 4.50 pagi – Picture SWNS
Kejadian dikatakan berlaku apabila pelanggan memasuki Mc Donald jam 4.50 pagi dan telah membuat pesanan. Malangnya, menu biasa sudah ditukar kepada sarapan hidangan pagi di restoran makanan segera terbabit.
Disebabkan tidak berpuas hati hidangan menu dengan tiada nuget disertakan, pelanggan telah meminta tukar kepada daging bakon, malangnya apa yang dipesannya juga tiada,” kata sumber dalam video tersebut.
Mungkin berang kerana hajatnya tidak dipenuhi, pelanggan terbabit mungkin sudah mengeluarkan kata-kata pedas. Sebelum video pergaduhan berdurasi 26 saat itu tular, kelihatan pekerja Mc Donald di Liverpool, Merseyside itu masih mundar-mandir sebelum bersemuka semula dengan pelanggan terlibat.
Pekerja Mc Donald ini telah menanduk muka pelanggan terbabitMeski cuba dileraikan tetapi masing-masing tak nak berhenti – Picture SMNS
Apa lagi, mungkin sebab panas hati, mengantuk dan tak tahan, terjadi pergaduhan antara mereka berdua sehingga berdarah-darah tanpa adanya pengawal keselamatan mengawal di lokasi terlibat. Pekerja Mc Donald itu mendakwa, dia hanya mempertahankan diri sahaja kerana pelanggan terlebih dahulu cuba menumbuknya.
Selepas video tular, Mc Donald telah menggantung tugas pekerja terbabit
Selepas video ini tersebar luas, pihak Mc Donald mengesahkan telah mengantung tugas pekerja terbabit dan akan melakukan satu siasatan rapi mengenainya. Sumber metro.co.uk
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini banyak ulasan di media sosial mengenai kes Cikgu Azizan. Pagi tadi, Mahkamah Majistret di Seremban melepaskan tanpa membebaskan Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu.
Sejak kes ini menjadi tular, banyak pendapat yang dilontarkan oleh netizen. Ada yang menyokong tindakan guru disiplin tersebut, tak kurang juga yang mengkritik. Namun, perkongsian seorang lelaki tentang sahabatnya, Cikgu A dan cabaran yang dihadapi guru hari ini dalam mendidik sahsiah para pelajar turut mendapat perhatian.
Kisah Cikgu A
Pagi ini Selasa, 19 Disember 2017 Cikgu Azizan akan dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa oleh ibu bapa muridnya sendiri dalam usaha beliau mendidik anak bangsa.
Pagi ini juga, aku ingin menulis satu cerita. Kisah benar yang banyak berlaku di seluruh negara. Aku tulis satu dari ribuan kisah yang berlaku dan diharap sesiapa yang membaca mendapat pengajaran.
Aku punya seorang kawan. Seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah. Cikgu perempuan. Cukup aku namakan dia sebagai Cikgu A.
Suatu hari, semasa Cikgu A ingin ke kantin, dia nampak kelibat dua orang pelajarnya di belakang bangunan sekolah. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
Gambar hiasan.
Terkejut Cikgu A. Lantas dijerkah dan pasangan itu terus melarikan diri.
Cikgu A mengambil tindakan sepatutnya. Satu tindakan yang mengikut SOP. Menulis laporan dalam buku kesalahan pelajar dan memanggil ibu bapa kedua pelajar itu untuk memaklumkan perlakuan keji mereka.
Ibu bapa pelajar lelaki tidak hadir. Entah kenapa. Yang hadir cuma ibu bapa pelajar perempuan sahaja.
Gambar hiasan
Sebaik guru menerangkan kesalahan anak mereka, dengan tegas dan lantang si ayah menidakkan. Si ibu dengan mimik muka wanita jahat dalam telenovela Indonesia menyindir guru mengatakan guru sengaja mereka-reka cerita. Mereka tidak menerima bahkan mengatakan Cikgu A dengki dengan anak mereka. Sengaja ingin memalukan mereka sekeluarga. Dan akhirnya, Cikgu A pula yang dipersalahkan dihadapan pentadbir.
Apatah lagi Cikgu A tidak sempat merakam apa-apa bukti kes itu. Makin sedap ibu bapa ini menyalahkan Cikgu A sehingga pentadbir pun tidak mampu nak membela tuduhan ibu bapa ini. Maka kes digugurkan. Murid itu dengan muka sombong tersenyum sinis pada Cikgu A yang kelihatan terkilan.
Niatnya untuk membentuk muridnya disalah ertikan. Bahkan dia pula dipersalahkan! Sejak itu, Cikgu A bertekad tidak mahu lagi mempedulikan pelajar A.
Gambar hiasan
Beberapa kali Cikgu A terserempak pelajar itu bercumbu. Ponteng sekolah merempit dengan murid nakal. Kali ini dia diam. Tidak lagi mahu menegur. Tidak lagi mahu memaklumkan pada pelajar itu. Sejarah silam membuatkan dia menjadi begitu.
Selang setahun, dia mendapat tahu pelajar itu berhenti sekolah. Berhenti sekolah setelah mengandung anak luar nikah.
Kahwin di usia muda. Seawal usia 16 tahun untuk menutup mulut orang. Setahun selepas itu, Cikgu A mendapat tahu pelajar ini bercerai. Masa umur 17 tahun anak dah dua.
Gambar hiasan
Namun pelajar ini, dengarnya sudah punya lima orang anak. Kahwin cerai sudah tiga kali. Sekarang kembali menjanda.
Masih liar seperti dulu kala. Malah lebih lagi. Berambut merah berpakaian seksi bertukar pasangan selalu. Anak-anak ditinggalkan dengan datuk nenek mereka.
Sejak itu, setiap kali Cikgu A terserempak dengan ibu bapa pelajar ini, mereka buat-buat tidak nampak. Malah kalau boleh, mereka cuba elak untuk terserempak. Malu la tu. Jikalah mereka tidak menyalahkan Cikgu A suatu ketika dahulu, anaknya pasti tidak seliar ini hari ini.
Gambar hiasan: Mak ayah terlalu mempercayai anak dan sering menyalahkan golongan guru bila memberi laporan
Jikalah Cikgu A tidak dipersalahkan oleh ibu bapa atas niat murninya, pasti Cikgu A tanpa penat menegur dan mendidik pelajar ini agar menjadi manusia.
Bila nasi sudah menjadi bubur, apa lagi hendak dikata.
Bila anak dara membuncit tanpa suami, saat itu kesal pasti melanda.
Bagi REMAJA pastinya pihak kami berpihak kepada suara kebenaran yang dilontarkan oleh warga pendidik seluruh negara. Jika tidak ditegur daripada sekarang, bila lagi golongan kanak-kanak dan remaja seawal usia di sekolah rendah harus berubah?
Dalam kes sebegini, ego yang ada pada ibu bapa DAN pelajar terlibat harus dikaji kembali oleh mereka yang menuduh bukan-bukan terhadap pendidik. Bukan untuk memalukan ibu bapa yang perlu menerima keputusan mahkamah sebegini. Namun, mereka perlu sedar bahawa bukan mudah untuk seorang pendidik menjalankan tugasnya.
Dan jika tindakan menegur dilakukan oleh seorang pendidik – itu bermakna mereka sayang dan kisah akan keperibadian dan perkembangan anak muridnya.
Solidariti buat Cikgu Azizan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
25 Julai lalu, beberapa hari sebelum Aidiladha disambut ramai menyuarakan kebimbangan jika tidak boleh pulang beraya ke kampung.
Ini susulan kenyataan dikeluarkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di mana kerajaan akan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya kes positif COVID-19 mencecah tiga angka. Jelas Menteri lagi, kerajaan tiada pilihan melain mengembalikan semula PKP sekali gus mengehadkan pergerakan.
"Empat hari berturut-turut kes meningkat. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan kes meningkat disebabkan kealpaan kita sendiri,” tegas beliau dalam sidang akhbar tersebut.
Hari ini, kurang dari 10 hari selepas pengumumuman dibuat, angka individu yang positif COVID-19 sudah pun mencecah 174 orang. Membuktikan isu kesihatan dan penjarakan sosial bukan isu mainan. Malah virus ini juga bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh oleh masyarakat kerana virus ini boleh tersebar jika sikap tak peduli masih menebal dalam masyarakat.
Dalam satu kenyataan akhbar dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulllah, sebanyak 13 jangkitan baru kes COVID-19 direkodkan hari ini. Secara keseluruhan menjadi kepada 9,083 kes dengan jumlah kes aktif 174 kes.
Tambah Dr Noor Hisham, sembilan daripada keseluruhan kes baru berkaitan kes import dai mana lima warga tempatan dan empat bukan warga negara. Antara negara terbabit ialah dua kes dari China, India, Jepun, satu kes Ireland, Indonesia dan Yaman.
"Empat kes warga tempatan di mana dua darinya Kluster Sivagangga di Pulau Pinang dan satu kes daripada Kluster Kurau.
Sementara satu kes dikesan di Putrajaya iaitu daripada Kluster Meranti," katanya dalam sidang media hari ini.
Dua kluster baru wujud iaitu Kluster Kurau dan Kluster Meranti
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) buah kluster baharu yang telah dikenalpasti hari ini, iaitu:
1. Kluster Kurau: Dua (2) kes positif telah dikesan dalam kluster ini. Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-9050) merupakan kes positif COVID-19 yang telah dilaporkan pada 7 Ogos 2020. Kes kedua kluster ini (iaitu kes ke-9082) merupakan abang ipar kepada kes ke-9050, di mana beliau telah dikesan hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat. Susulan itu, beliau sekeluarga yang berada di Pulau Pinang telah turut disaring. Pada 9 Ogos 2020, beliau dikesan positif COVID-19 manakala, ahli keluarga beliau yang disaring setakat ini [iaitu lima (5) orang] pula dikesan negatif. Setakat ini sejumlah 115 individu kontak rapat telah disaring. Daripada jumlah ini: • 106 negatif; dan • Sembilan (9) masih menunggu keputusan. Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan.
2. Kluster Meranti: Kluster ini mula dikesan apabila kes ke-9083, iaitu seorang petugas kesihatan dikesan positif COVID-19 pada 8 Ogos 2020. Beliau mempunyai kontak kepada kes ke-8968, iaitu kes COVID-19 yang telah dikesan hasil daripada saringan pra pembedahan (kes ini telah dilaporkan pada 31 Julai 2020). Setelah disiasat, kes ke-8968 didapati pernah mempunyai sejarah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan di mana kes ke-9083 telah bertugas. Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) sedang dijalankan di mana setakat ini 15 individu telah disaring. Punca jangkitan kluster ini adalah masih di dalam siasatan.
STATUS TERKINI KLUSTER PUI SIVAGANGGA
Sehingga 9 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 4,636 orang telah disaring dalam kluster ini dan daripada jumlah ini, 45 dikesan positif COVID-19. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut: 1. Kedah (4,078 disaring): • 31 kes dikesan positif COVID-19; • 4,020 individu negatif; dan • 27 individu masih menunggu keputusan. 2. Perlis (390 disaring): • 11 kes dikesan positif COVID-19; dan • 379 individu masih menunggu keputusan. 3. Pulau Pinang (168 disaring): • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19; • 85 individu negatif; dan • 80 individu masih menunggu keputusan.
Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) masih diteruskan. Langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar juga turut dijalankan di kawasan- kawasan yang telah dikenalpasti berkait rapat dengan kluster ini. Situasi terkini kluster ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada orang Bersediakah kita di PKP semula?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selamat disemadikan di Pusara Negara, Presint 20,...