Hari ini banyak ulasan di media sosial mengenai kes Cikgu Azizan. Pagi tadi, Mahkamah Majistret di Seremban melepaskan tanpa membebaskan Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu.

KRONOLOGI KES CIKGU AZIZAN: KLIK SINI

Sejak kes ini menjadi tular, banyak pendapat yang dilontarkan oleh netizen. Ada yang menyokong tindakan guru disiplin tersebut, tak kurang juga yang mengkritik. Namun, perkongsian seorang lelaki tentang sahabatnya, Cikgu A dan cabaran yang dihadapi guru hari ini dalam mendidik sahsiah para pelajar turut mendapat perhatian.

Kisah Cikgu A

Pagi ini Selasa, 19 Disember 2017 Cikgu Azizan akan dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa oleh ibu bapa muridnya sendiri dalam usaha beliau mendidik anak bangsa.

Pagi ini juga, aku ingin menulis satu cerita. Kisah benar yang banyak berlaku di seluruh negara. Aku tulis satu dari ribuan kisah yang berlaku dan diharap sesiapa yang membaca mendapat pengajaran.

Aku punya seorang kawan. Seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah. Cikgu perempuan. Cukup aku namakan dia sebagai Cikgu A.

Suatu hari, semasa Cikgu A ingin ke kantin, dia nampak kelibat dua orang pelajarnya di belakang bangunan sekolah. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

‘Cikgu Pula Dituduh Mengadakan Cerita’, Niat Guru Disalah Erti, Akhirnya Ibu Bapa Tanggung Malu
Gambar hiasan.

Terkejut Cikgu A. Lantas dijerkah dan pasangan itu terus melarikan diri.

Cikgu A mengambil tindakan sepatutnya. Satu tindakan yang mengikut SOP. Menulis laporan dalam buku kesalahan pelajar dan memanggil ibu bapa kedua pelajar itu untuk memaklumkan perlakuan keji mereka.

IKLAN

Ibu bapa pelajar lelaki tidak hadir. Entah kenapa. Yang hadir cuma ibu bapa pelajar perempuan sahaja.

‘Cikgu Pula Dituduh Mengadakan Cerita’, Niat Guru Disalah Erti, Akhirnya Ibu Bapa Tanggung Malu
Gambar hiasan

Sebaik guru menerangkan kesalahan anak mereka, dengan tegas dan lantang si ayah menidakkan. Si ibu dengan mimik muka wanita jahat dalam telenovela Indonesia menyindir guru mengatakan guru sengaja mereka-reka cerita. Mereka tidak menerima bahkan mengatakan Cikgu A dengki dengan anak mereka. Sengaja ingin memalukan mereka sekeluarga. Dan akhirnya, Cikgu A pula yang dipersalahkan dihadapan pentadbir.

Apatah lagi Cikgu A tidak sempat merakam apa-apa bukti kes itu. Makin sedap ibu bapa ini menyalahkan Cikgu A sehingga pentadbir pun tidak mampu nak membela tuduhan ibu bapa ini. Maka kes digugurkan. Murid itu dengan muka sombong tersenyum sinis pada Cikgu A yang kelihatan terkilan.

Niatnya untuk membentuk muridnya disalah ertikan. Bahkan dia pula dipersalahkan! Sejak itu, Cikgu A bertekad tidak mahu lagi mempedulikan pelajar A.

‘Cikgu Pula Dituduh Mengadakan Cerita’, Niat Guru Disalah Erti, Akhirnya Ibu Bapa Tanggung Malu
Gambar hiasan

Beberapa kali Cikgu A terserempak pelajar itu bercumbu. Ponteng sekolah merempit dengan murid nakal. Kali ini dia diam. Tidak lagi mahu menegur. Tidak lagi mahu memaklumkan pada pelajar itu. Sejarah silam membuatkan dia menjadi begitu.

Selang setahun, dia mendapat tahu pelajar itu berhenti sekolah. Berhenti sekolah setelah mengandung anak luar nikah.

IKLAN

Kahwin di usia muda. Seawal usia 16 tahun untuk menutup mulut orang. Setahun selepas itu, Cikgu A mendapat tahu pelajar ini bercerai. Masa umur 17 tahun anak dah dua.

‘Cikgu Pula Dituduh Mengadakan Cerita’, Niat Guru Disalah Erti, Akhirnya Ibu Bapa Tanggung Malu
Gambar hiasan

Namun pelajar ini, dengarnya sudah punya lima orang anak. Kahwin cerai sudah tiga kali. Sekarang kembali menjanda.

Masih liar seperti dulu kala. Malah lebih lagi. Berambut merah berpakaian seksi bertukar pasangan selalu. Anak-anak ditinggalkan dengan datuk nenek mereka.

Sejak itu, setiap kali Cikgu A terserempak dengan ibu bapa pelajar ini, mereka buat-buat tidak nampak. Malah kalau boleh, mereka cuba elak untuk terserempak. Malu la tu. Jikalah mereka tidak menyalahkan Cikgu A suatu ketika dahulu, anaknya pasti tidak seliar ini hari ini.

‘Cikgu Pula Dituduh Mengadakan Cerita’, Niat Guru Disalah Erti, Akhirnya Ibu Bapa Tanggung Malu
Gambar hiasan: Mak ayah terlalu mempercayai anak dan sering menyalahkan golongan guru bila memberi laporan

Jikalah Cikgu A tidak dipersalahkan oleh ibu bapa atas niat murninya, pasti Cikgu A tanpa penat menegur dan mendidik pelajar ini agar menjadi manusia.

Bila nasi sudah menjadi bubur, apa lagi hendak dikata.

IKLAN

Bila anak dara membuncit tanpa suami, saat itu kesal pasti melanda.

#MFS

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Bagi REMAJA pastinya pihak kami berpihak kepada suara kebenaran yang dilontarkan oleh warga pendidik seluruh negara. Jika tidak ditegur daripada sekarang, bila lagi golongan kanak-kanak dan remaja seawal usia di sekolah rendah harus berubah?

Dalam kes sebegini, ego yang ada pada ibu bapa DAN pelajar terlibat harus dikaji kembali oleh mereka yang menuduh bukan-bukan terhadap pendidik. Bukan untuk memalukan ibu bapa yang perlu menerima keputusan mahkamah sebegini. Namun, mereka perlu sedar bahawa bukan mudah untuk seorang pendidik menjalankan tugasnya.

Dan jika tindakan menegur dilakukan oleh seorang pendidik – itu bermakna mereka sayang dan kisah akan keperibadian dan perkembangan anak muridnya.

Solidariti buat Cikgu Azizan.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI