Kisah selebriti Thailand, Tangmo yang dikatakan telah dibunuh secara kejam oleh kenalannya kini menjadi sebutan lagi apabila akaun Facebook miliknya dikatakan telah aktif semula.
Apa yang lebih menghairankan, beberapa status telah dimuat dan ia secara tidak langsung mencetus spekulasi dikalangan pengikut dan peminat selebriti Thailand ini.
Walau bagaimanapun, ramai pihak yang mendakwa bahawa setiap hantaran yang dimuat naik di laman Facebook itu dilakukan oleh ibu Tangmo iaitu Panida Siriyudthayothi, namun ia telah dinafikan oleh peguam wanita tersebut.
“Saya disakiti oleh seorang teman yang saya sayangi dan percayai. Saya masih menunggu kebenaran daripada lima individu. Saya sendiri yang akan mendedahkan apa yang berlaku jika mereka tidak menceritakan hal sebenar. Jangan lupa, data panggilan yang dipadamkan boleh diperoleh semula,” seperti yang telah dikongsi di laman Facebooknya.
Ads
Sebelum ini, Tangmo telah ditemui maut terapung di Sungai Chao Phraya dua hari selepas tubuhnya dilaporkan hilang akibat terjatuh bot laju. Pihak polis Thailand akhirnya memaklumkan bahawa pegawai penyiasatan telah menetapkan kematian aktres itu berlaku kerana terjatuh dari bahagian bot laju dan badannya terkena kipas bot sebelum dia lemas di sungai Chao Phraya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan isu empat pelajar yang didakwa terlibat dengan kes jenayah serius, termasuk rogol, namun masih dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat.
Kes ini timbul selepas empat pelajar lelaki berusia 17 tahun di Alor Gajah, Melaka didakwa merogol rakan seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah. Walaupun berdepan pertuduhan di mahkamah dan ditahan reman, mereka dilaporkan akan tetap diberi ruang untuk menduduki peperiksaan utama itu.
Kredit foto: FB KPM
Jaminan Hak Pendidikan Semua Pelajar
Menurut sebuah kenyataan rasmi yang dikongsikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 12 Oktober lalu menegaskan, bahawa hak pendidikan tidak boleh dinafikan kepada mana-mana pelajar.
Selain itu, jelas hak tersebut dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan (Perkara 12) serta Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), termasuk kepada mereka yang sedang menunggu proses perbicaraan, tahanan penjara, atau yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Walaupun begitu, masyarakat awam mula membanjiri media sosial dengan pelbagai reaksi yang memperlihatkan kebimbangan mereka. Ramai berpendapat, jika benar pelajar berkenaan perlu menduduki peperiksaan, ia harus dijalankan di lokasi khas seperti penjara atau sekolah pemulihan Henry Gurney, bukan di sekolah asal mereka.
Memetik komentar salah seorang pengguna media sosial seperti @nyssapotter_ memberi pendapatnya berbunyi, “Jangan sesekali bagi mereka jejak sekolah mereka. Biarlah ambil peperiksaan di tempat khas.”
Seorang lagi pengguna, @ernyfazleena juga turut menyuarakan pendapat senada, “Nak jawab SPM boleh, tapi dalam Henry Gurney la, bukan dekat sekolah yang sama. Baru ada keinsafan sikit.” Di mana, pandangan ini turut disokong oleh orang ramai yang bimbang keselamatan serta kesejahteraan pelajar lain, khususnya pelajar perempuan.
Hak Pendidikan Di Bawah Perlembagaan
Namun, terdapat juga suara yang cuba meluruskan perbincangan seperti seorang pengguna bernama Mohd Firdaus Jailan mengingatkan orang ramai bahawa hak pendidikan dilindungi perlembagaan.
“Kepada yang salahkan menteri, bacalah perlembagaan dahulu. Sebab itu, banduan dalam penjara pun boleh dapat ijazah sampai PhD. Nak marah guna otaklah,” katanya.
Pada masa yang sama, terdapat beberapa pihak yang meluahkan ketidakpuasan hati terhadap pendekatan KPM yang dianggap terlalu ‘lembut’.
Tuntutan Ketegasan Terhadap KPM
Pengguna @rosearaslan yang menerima ratusan tanda sokongan di media sosial pula menegaskan, “SPM nak ambil, ambil di balai polis, jangan sekali dengan budak lain. Kau sanggup ke kalau anak perempuan kau sekelas dengan rapist?”
Sebahagian lain pula mempersoalkan keutamaan KPM dalam mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai perkara ini.
“Sepatutnya dia tak perlu sebut sesuatu yang bermanfaat buat pesalah. Talk more about punishment, talk more about plan for the mangsa,” kata seorang pengguna bernama @hasif_one.
Sementara itu, walaupun undang-undang jelas menetapkan hak pendidikan, perdebatan ini menunjukkan jurang besar antara prinsip perlembagaan dengan realiti sosial masyarakat. Bagi sesetengah pihak, isu keselamatan dan keadilan terhadap mangsa harus diangkat seiring dengan hak pendidikan tertuduh.
Intihanya, kes ini bukan sahaja menimbulkan persoalan tentang pelaksanaan hak pendidikan, tetapi juga mencabar KPM untuk mencari keseimbangan antara memberi peluang kepada pelajar yang sedang berdepan pertuduhan dan memastikan perlindungan serta keadilan kepada mangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sebut tentang rumah hantu, pastinya ada yang teruja dan tidak kurang ada juga individu yang mula rasa tidak senang kerana takut bila mengingatkannya. Rumah hantu sering menjadi tumpuan di pusat-pusat hiburan, malah individu penakut pun tetap akan masuk untuk merasai pengalaman seram.
Betul tak?
Namun, apa yang lebih menarik bila mana korang berpeluang merasai keseraman dari dalam kereta sahaja untuk masuk ke ‘rumah hantu’. Seperti yang telah tular di laman TikTok, warganet berkongsi pengalaman pergi ke rumah hantu drive-thru yang dikatakan berada di Alor Gajah, Melaka.
Menurut perkongsian gadispurba, rumah hantu drive-thru pertama di Malaysia dan sangat menyeramkan kerana gelap. Sebelum memulakan perjalanan menikmati pengalaman rumah hantu, pengunjung perlu membuka tingkap dan bonet, serta akan diberi sedikit taklimat daripada petugas tentang pantang larang yang perlu diikuti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini mungkin antara yang terfikir di benak kita kerana hari demi hari kes positif COVID-19 yang dicatatkan semakin meningkat. Lebih ketara selepas berakhirnya pilihanraya di Sabah dan rata-rata rakyat menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka.
Sebentar tadi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato Seri Noor Hisham Abdullah dalam sidang media bagi memaklumkan perkembanga terkini COVID-19 memaklumkan, seramai 260 kes baru dicatatkan.
Bagi kes sembuh seramai 47 orang menjadikan jumlah kes sembuh adalah seramai 10,014 kes.
Tapi apa yang menakut dan membimbangkan jumlah peningkatan ketara iaitu seramai 260 orang disahkan positif COVID-19 sekali gus menjadi tanda-tanya adakah kita bakal di PKPD semula?
Ini kerana bayangan untuk dikenakan perintah kawalan di rumah sudah di hint oleh Ketua Pengarah Kesihatan di tweetnya yang viral hari ini.
Dalam kes hari ini, seramai 259 kes tempatan dicatatkan sementara 1 kes import dicatatkan sekaligus mencatatkan jumlah adalah seramai 11,484 kes. Sehingga hari ini, 20 kes dirawat di ICU dan tiga kes menggunakan alat bantuan pernafasan tetapi tiada kematian dicatatkan.
Dengan peningkatan ketara ini, adakah kita sudah bersedia untuk di PKP semula atau dengan cara itu sahaja kita di disiplinkan? Tepuk dada tanya selera.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.