Elon Musk seringkali hadir dengan idea yang luar biasa dan ‘gila’ bagi sesetengah orang. Berjaya membangunkan Tesla dan Space X sekaligus berjaya membuatkan orang ramai kagum dengan keupayaan beliau.
Jika sebelum ini jutawan dunia ini dikatakan ‘troll’ satu dunia berkenaan berhasrat memiliki keseluruhan laman sosial popular Twitter. Musk meneruskan juga hasrat pembelian bagi menanggung kes beliau diheret oleh Twitter kerana melanggar perjanjian asal.
Ads
Terbaru, pagi ini secara rasmi beliau mengambil alih Twitter pada nilai $44 bilion seperti yang dipersetujui beberapa bulan yang lalu. Pengambil alihan dimuktamadkan selepas beliau melawat ibu pejabat Twitter semalam dan mengubah status pada akaun rasmi ke “Chief Twit”
Foto Via The Economic Times
Musk juga sudahpun mengesahkan tidak akan membuang 75% kakitangan seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi CEO Parag Agrawal, CFO Ned Segal dan ketua polisi serta keselamatan Vijaya Gadde telahpun dipecat serta merta. Antara rancangan awal Musk ialah untuk menjadikan Twitter sebuah aplikasi super seperti WeChat.
Wah, tahniah Elon Musk sebagai pemilik Twitter yang baru.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susah sebenarnya untuk kita nak puaskan hati semua pihak apatah lagi dalam perkara subjektif seperti rekaan logo.
Namun, logo rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 yang ditayangkan malam ini di upacara penutup Sukan Olimpik Tokyo 2020 kembali mencetuskan perdebatan di kalangan penonton seluruh dunia.
Sempena segmen memperkenalkan kota Paris, Perancis selaku tuan rumah Sukan Olimpik seterusnya tiga tahun dari sekarang, ramai tertanya apakah simbolik di sebalik siluet wajah seorang wanita ini. Ia sebenarnya lebih daripada sekadar gambaran kepala ‘seorang wanita’ saja tau.
Ia menggambarkan bulatan pingat emas, obor Olimpik di dalamnya dan sepasang bibir serta rambut ‘Marianne’ yang menjadi personifikasi republik Perancis sejak revolusi 1789; seperti yang pernah diumumkan sewaktu logo ini diperkenalkan dalam sidang media pada tahun 2019.
Malah, logo yang sama juga akan digunakan untuk edisi Sukan Paralimpik Paris 2024; sesuatu yang jarang sekali dilakukan. Selalunya, logo rasmi Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik akan tampil berbeza dengan elemen yang sama, kan? Tapi tidak di Paris 2024. Bagi pihak penganjur, mereka merasakan lebih ideal untuk menyama ratakan para atlet daripada kedua-dua edisi ini.
Sayangnya, ramai yang mempertikaikan logo tersebut walaupun penjelasan mengenai telah diberikan. Ia juga dianggap mirip logo aplikasi mencari jodoh! OMG.
Guys, penukaran logo dalam Sukan Olimpik sebenarnya adalah perkara biasa bagi mana-mana pihak penganjur. Dari edisi Athens 2004 hinggalah Paris 2024, kesemua edisi ini telah menukar logo asal kepada sesuatu yang berbeza. Cer tengok, logo rasmi mana satu korang rasakan lebih baik daripada logo asal?
Athens 2004
Beijing 2008
London 2012
Rio 2016
Paris 2024
Apapun, dalam banyak-banyak logo, penulis tetap rasakan logo rasmi Tokyo 2020 istimewa di hati kita semua.
Logo asalnya ditukar kepada logo kedua yang artistik dan minimal; bersesuaian dengan estatik Jepun. Namun ia terpaksa ditarik balik berikutan dakwaan plagiarisme oleh Theatre de Liege, Belgium. Logo terakhirnya menjadi simbolik perpaduan terutamanya semasa pandemik.
Isu logo Paris 2024 ini mengingatkan penulis kepada isu logo di negara kita sendiri sempena tahun melawat Malaysia pada tahun 2020.
Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran penulis awal pagi tadi apabila jenama penjagaan diri Sephora ‘hangat’ di media sosial dan portal online
Tidak, tiada kebakaran yang berlaku di mana-mana cawangan Sephora Malaysia. CEO Sephora, Christopher de Lapuente juga masih sihat walafiat. Apa yang mengejutkan peminat Sephora adalah kes pengklonan identiti mereka oleh satu jenama lokal yang baru menemui pelanggan di Kelantan
SEFARRA.
Sefarra dilaporkan baru saja melancarkan kedai serta minyak wangi keluaran sendiri pada minggu lepas. Dalam petikan biografi di laman Facebook mereka, Sefarra mengelar syarikat mereka sebagai pengedar dan penjual barangan ‘branded’ terdiri daripada item solekan, wangian malah menyediakan khidmat solekan pada harga yang berpatutan.
Jenama yang dimiliki oleh pengasas tempatan, Farra Fareez ini pernah memiliki koleksi mekap dan kanta lekap bernama Farra Beauty. Cuma bezanya pada kali ini, Farra menjadi bualan hangat pagi tadi apabila ramai membezakan imej Sephora dan Sefarra (hello, nama pun dah nak dekat sama) sebelah-menyebelah dan menuduhnya meniru jenama popular dari Perancis itu.
Korang lihat sajalah kepada rekaan beg kertas Sefarra yang berjalur hitam putih. Begitu juga dengan rekaan bahagian luar kedai Sefarra yang juga dicat hitam dan putih.
Mana satu Sefarra, mana satu Sephora ya? Hehe..
Tak cukup dengan itu, netizen Malaysia sempat stalk habis dan menuduh Sefarra meniru beberapa rekaan wangian miniature. Dijual sebagai jenama Sefarra, rekaan botol minyak wangi tersebut kelihatan serupa dengan wangian Coco Chanel, Dior Addict, Chloe dan Gucci Guilty. Haa, jangan main-main dengan netizen Malaysia. Nampak sangat kita ni suka beli perfume sampaikan semua jenama kita dah kenal, kan?
Netizen bebas untuk memberikan pandangan dan kecaman ke atas Sefarra. Pada pendapat REMAJA (yes we had a meeting on this today), dalam dunia yang tiada lagi batasan ini, jenama sebesar Sephora pasti tidak boleh lari daripada isu pengklonan rekaan dan idea. Kita semua biasa mendengar frasa ‘Copying is the most sincere form of business flattery’. Akan tetapi, itu tak bermaksud mana-mana pihak boleh sesuka hati mencaras identiti jenama lain untuk meraih keuntungan peribadi.
Bagi kami, Sefarra tidak boleh kategorikan sebagai ‘jenama’ baru tetapi mereka tergolong dalam kategori perniagaan. Jika barangan mereka yang kononnya meniru Sephora itu terjual, by all means – congratulations. Namun, secara psikologinya pula, kes pengklonan ini sebenarnya memberikan imej positif kepada Sephora.
Setidak-tidaknya, Sephora boleh berbangga ada jenama kecil yang mendapat inspirasi daripada mereka. Pembeli Sefarra juga pastinya tertarik untuk ke butik Sefarra kerana mereka sudah familiar dengan branding dan produk Sephora. Itu bermakna, produk dan jenama Sephora sudah cukup diyakini pembeli di Malaysia sehinggakan ‘jenama’ yang kelihatan seakan-akan sama dengan mereka juga menarik perhatian pembeli.
Pada pihak Sefarra pula, sekurang-kurangnya netizen sedang bercakap mengenai Sefarra dan sedang mengunjungi Facebook serta Instagram mereka untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kes ini.
4 Lagi Kes Pengklonan Jenama
Ini bukanlah kes pertama satu jenama ditiru secara bulat-bulat. Antara kes lain yang pernah hangat diperkatakan oleh pembeli di Malaysia termasuklah:
donUT scarves vs dUCk scarves
Rekaan kerudung popular oleh Vivy Yusof ini dikatakan telah diciplak oleh satu lagi jenama lokal, donUT scarves apabila mereka mengeluarkan koleksi cetakan donut menyerupai cetakan koleksi dUCk scarves yang sebelumnya. Laman web dan logo kedua-dua jenama ini pun lebih kurang sama. Hhm..
LandWind X7 vs Land Rover
Okay, ni lawak. Sampai ‘tercium’ ‘terlaga’ pipi dua kereta ni.
Ouh the land of copycats. Kes ini berlaku di China di mana rekaan Land Rover Evoque kelihatan serupa dengan model kereta Landwind X7 pada tahun 2014. Berbanding dengan harga Land Rover ($80,000), Landwind hanya dijual pada harga $18,000 saja! Nak dijadikan cerita, pada awal tahun ini, satu kes pelanggaran dilaporkan di mana kedua-dua kereta ini terlibat sama……lawaklah korang ni.
ANAS Cosmetics vs NARS
Pada Ogos lepas, jenama yang baru diperkenalkan, ANAS Cosmetics mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat mekap online di Malaysia. Namun, sesetengah peminat jenama NARS dapat melihat persamaan yang ada pada rekaan lipgloss kedua-dua jenama.
AirAsia BIG (Points) vs Azeri Asia TV BIG Loyalty Programme
Disebabkan perkataan BIG yang digunakan pada kedua-kedua kempen ini, Azeri Asia TV yang merupakan saluran media di bawah kelolaan Azeri Asia Holdings (M) Sdn Bhd telah dituduh meniru idea AirAsia pada Julai tahun ini. AirAsia terpaksa membuat satu kenyataan media apabila mendapat tahu ada pelanggan mereka yang keliru dengan kewujudan dua buah kempen bernama BIG ini. Bukan hanya orang ramai yang keliru dengan logo dan warna utama dua jenama ini, penulis pun kena pandang dua, tiga kali bagi membezakan kedua-duanya.
Apa pendapat korang, patut tak jenama yang ‘meniru’ ini dikenakan tindakan undang-undang? Ataupun mereka juga orang berniaga yang mencari makan dan persamaan yang wujud itu hanyalah kebetulan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau Ramadan lepas, Tealive dan Touch n Go eWallet telah pun bekerjasama untuk kempen raya dengan memberikan promosi harga minuman serendah RM2.50 apabila membayar menggunakan Touch n Go eWallet.
Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan mungkin kerana tu, kerjasama ini diteruskan lagi. Ha berita baik untuk korang yang gemarkan minuman Tealive, mulai 1 November 2019, setiap minuman Tealive yang berharga RM6.50, jika korang bayar menggunakan Touch n Go eWallet akan dicaj dengan hanya harga RM2.50.
Tawaran ini berlangsung dari 1 November hingga 29 Disember 2019.
Walau bagaimanapun, tawaran ini hanyalah untuk minuman yang berharga RM6.50 dan terhad kepada satu pembelian bagi satu transaction.
Tawaran ini juga hanya sah di seluruh outlet Tealive kecuali outlet di AEON Delica Foodcourts dan Maxvalu.
Promosi ini hanya terhad untuk 1,800,000 cups saja sepanjang tawaran berlangsung.
Ha, kalau nak murah kena la cepat-cepat beli kan. Serious, korang memang boleh jimat banyak jika menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet ini.
Jom Tealive malam ni. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!