Di sebalik kejayaan seorang anak menggenggam segulung ijazah, pastinya tersimpan pengorbanan dan titik peluh ibu bapa yang menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan menuntut ilmu.

Itulah kisah membanggakan seorang anak mekanik yang berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaya (UM), sekali gus mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi graduan pertama dalam keluarganya.

Anak Mekanik Berjaya Genggam Ijazah UM, Akui Pengorbanan Ayah Jadi Inspirasi Kejayaan

Lebih bermakna, kejayaan tersebut bukan sekadar pencapaian peribadi, malah menjadi hadiah istimewa buat bapanya yang selama ini tidak pernah mengenal erti lelah demi memastikan anaknya memperoleh masa depan lebih baik.

Menerusi perkongsian di Threads, graduan berkenaan meluahkan rasa bangga terhadap latar belakang keluarganya, selain menitipkan penghargaan buat bapanya atas segala pengorbanan yang dicurahkan selama ini.

Ads

“Segala Penat Lelah Ayah Sebahagian Daripada Kejayaan Saya”

Menurutnya, dia merupakan anak kepada seorang mekanik yang kini berjaya melangkah ke pentas graduasi sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda dari universiti berkenaan.

“Saya Merupakan Seorang Anak Mekanik Dan Sekarang Telah Berjaya Menjadi Graduan Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Malaya.

“Segala penat lelah dan pengorbanan ayah saya merupakan sebahagian dari kejayaan saya,” kongsinya.

Ads

Jelasnya, segala usaha keras dan pengorbanan bapanya selama ini akhirnya membuahkan hasil apabila dia berpeluang menyarungkan jubah konvokesyen dengan penuh rasa bangga.

Anak Mekanik Berjaya Genggam Ijazah UM, Akui Pengorbanan Ayah Jadi Inspirasi Kejayaan

Anggap Kejayaan Milik Bersama

Apa yang lebih menyentuh hati, graduan berkenaan tidak melihat pencapaian tersebut sebagai kejayaan dirinya semata-mata, sebaliknya turut menganggap bapanya sebagai individu yang sama-sama layak meraikan detik bermakna itu.

Ads

“Ijazah Ini Bukan Sahaja Kejayaan Saya Seorang, Tetapi Juga Milik Ayah Saya,” luahnya.

Baginya, perjalanan daripada kehidupan yang penuh cabaran sehingga berjaya memperoleh segulung ijazah merupakan satu perjuangan yang dilalui bersama insan tersayang.

Anak Mekanik Berjaya Genggam Ijazah UM, Akui Pengorbanan Ayah Jadi Inspirasi Kejayaan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads