Siapa sangka bermula dengan hanya suka-suka, rupanya hobi memasak yang dikongsi di laman YouTube sebenarnya boleh menjana pendapatan sekiranya digunakan dengan bijak.
Sugu Pavithra seorang suri rumah berbangsa India berasal dari Sungai Siput sering berkongsi video resipi dan apa yang menariknya, wanita ini fasih berbahasa Malaysia.
Menurut perkongsian daripada Ibrahim Embong, di awal permulaan laman YouTube Sugu Pavithra hanya mempunyai 100 lebih subcribers sahaja dan video pertamanya adalah ‘Bakar Ikan Talapia Cara Mudah Dan Sedap’.
Mula mempunyai akaun YouTube kira-kira akhir Januari lalu, kini Sugu Pavithra telah pun memperoleh lebih daripada 100 ribu pengikut dengan jumlah tonton video hampir 6 juta views.
Tiga minggu lalu, wanita ini mendapat surat dari Google, di mana YouTube membayarnya wang hasil daripada video yang di muat naik.
Ads
Pergh, memang boleh buat duit.Dengan hanya rakam menggunakan handphone tanpa editing gempak menjadikan ia lebih menarik untuk ditonton, ditambah pula penggunaan bahasa Melayunya yang fasih.
Selain itu, Sugu juga memperlihatkan kehidupan sederhana mereka di laman YouTubenya dan mungkin kerana itu juga, penonton lebih tertarik dengan gaya hidup sebenar dan bukanlah yang dibuat-buat.
Sugu juga menerima sokongan daripada netizen di ruangan komen.
Ads
Ads
Ha, korang yang rajin memasak tu bolehlah cuba cara ini untuk jana pendapatan. Mana tahu ada rezeki di sini, sikit sebanyak dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga.
Tapi jangan pula curi content orang lain ya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula Rabu lalu, rakyat di tiga buah negeri berkepadatan mega ini mengeluh dengan norma baharu yang perlu mereka patuhi.
Ada di antara peraturan tersebut telah menghalang mereka daripada melakukan rutin harian seperti bersenam.
Ini berikutan perintah penutupan pusat gimnasium dan kemudahan bersukan secara serta-merta.
BAGAIMANAPUN, ada berita baik untuk korang yang ingin mengeluarkan peluh.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri telahpun mengumumkan kebenaran untuk gimnasium, padang bola sepak dan pusat futsal kembali beroperasi mulai ESOK!
“Memandangkan aktiviti di gimnasium dilaksanakan secara individu dengan penjarakan fizikal, maka kami bersetuju untuk membenarkan gimnasium beroperasi seperti biasa dengan SOP ketat yang ditetapkan sebelum ini,” jelas beliau.
Bagi korang yang teruja untuk bermain bola sepak ataupun futsal, ia boleh dilakukan dengan syarat tertentu.
Perlawanan hanyalah berbentuk latihan dan terhad kepada 10 peserta pada satu-satu masa. Pada hemat REMAJA, ia bermaksud tiada penonton luar yang dibenarkan untuk mengerumuni kawasan tersebut.
Padang bola sepak dan gelanggang futsal hanya dibuka untuk latihan saja.
Walaupun kembali dibenarkan untuk bersukan, itu tidak bermakna korang boleh terlepas daripada memakai pelitup muka di luar gelanggang. Untuk pengetahuan, seramai 460 individu telah dikomaun semalam kerana kesalahan tersebut dan kesalahan ingkar dengan arahan penjarakan fizikal. And we do not want to spend our hard earned money this way, right?
Bersukan demi kesihatan, tetapi jangan sesekali mengabaikan keselamatan di luar gelanggang okay.
Bagi yang masih tidak pasti dengan larangan rentas daerah di tiga buah negeri ini, klik artikel di bawah.
Siapa kata orang berbadan besar tak mungkin boleh jadi kurus dan cantik? Jangan give up dulu sis. Dah ramai buktikan yang wanita obes juga mampu merubah nasib.
Seperti apa yang dilalui oleh Nurul Fatin Nazari, 22, dia pernah mempunyai berat badan seberat 80kg selepas tamat sekolah pada 2013. Ceritanya bermula ketika menunggu untuk sambung belajar, Fatin bekerja sambilan di salah sebuah restoran terkenal dan dia sangat gemar menikmati kek yang dijual di restoran tersebut.
Punyalah suka sangat makan sampaikan dia tak sedar yang berat badanya sudah naik mendadak. Selepas beberapa bulan, Fatin melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej dan ketika melakukan check up, barulah dia sedar yang beratnya sudah mencecah 80kg.
Tapi, kesedaran untuk kurus tu masih belum ada. Malah, setiap bulan duit yang diberi oleh ayah dihabiskan untuk membeli makanan sahaja. Setiap pagi dia mengambil nasi lemak, tengah hari pula nasi ayam rempah dan malam pula makan nasi goreng. Belum lagi kalau masuk tengah malam tengah study tiba-tiba lapar. Hidupnya berterusan seperti ini sampai la masuk semester ketiga dan dia perlu menyewa rumah sendiri.
“Pada ketika itu , saya sudah berasa untuk nak kurus kerana sedar pakaian yang saya minat selalu tak ada size, bila sale selalu tak ada size, seluar jeans pun susah nak cari. Kadang-kadang saya menangis sebab semua orang akan menggunakan perkataan “patut la gemok malas,”
” Oleh kerana menyewa dan menggunakan kereta, so saya terpaksa cut cost dari duit yang ayah bagi setiap bulan. Saya mula belajar diet atkins dan cuba untuk tak makan nasi. Selepas dua bulan selesa tak makan nasi, saya try pula tak makan heavy food. Setiap pagi menu breakfast adalah omelette , tengahari hanya akan makan lauk saja dan malam pun lebih kurang sama. Saya kerap pergi exercise tak kiralah sama ada pergi track atau gym. Pada tahun 2016, alhamdulillah berat saya 60kg,” jelasnya panjang.
Pada 2017, apabila Fatin mula menjadi student praktikal, ketika itulah dia bertukar kepada amalan diet kalori, di mana setiap makanan yang diambil berdasarkan kiraan kalori. Tidak hanya itu, setiap kali selepas balik kerja mesti dia akan melakukan exercise tanpa gagal.
Dan kini berat badan Fatin telah pun mencecah 54kg. Dia berjaya menurunkan sebanyak 26 kg dan lebih hebat lagi, dia kini sudah menerima tawaran photoshoot yang selama ini memang diimpikan.
Kira macam impian jadi kenyataan la ni kan? So kalau Fatin boleh buat, kami percaya korang pun mesti boleh. Kepada yang ramai bertanya menu dan exercise apa yang dilakukan setiap hari oleh wanita ini, berikut kami senaraikan amalan diet dan exercise yang dikongsi sendiri oleh Fatin.
Amacam, dah kurus lain kan? Makin cun
Sarapan pagi
Telur rebus (2 biji)
atau
Roti (2 keping)
Snack
Biskut 2 keping
Lunch
Sayur rebus
Telur rebus
Dinner
Ikan goreng
Ikan bakar
Sayur rebus
Exercise (4 kali seminggu)
Tali skipping 200 kali
Cardio selama 50 minit
Burpees 20 kali
Sit up 3 set (1= 15kali)
Plank (hari demi hari akan meningkat mulakan dengan 20 saat)
Kalau korang dah tak larat sangat dengan hidangan makanan macam ni, ambil la sedikit mihun goreng untuk menggantikan nasi. Tapi awas ya, jangan ambil dalam portion yang banyak pula.
Bagi sesiapa yang nak kurus tu boleh la cuba tip yang dikongsi oleh Fatin ni. Paling penting, mental kena kuat tau. Jangan nanti terpengaruh dengan kawan-kawan yang tengah makan sedap pula. Kalau nak lebih mujarab, cari geng yang sama-sama nak diet. Baru syok kan ada kawan?
Isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib iaitu Watie Hanifiah memaklumkan dirinya mengalami keguguran pada 11 Mei lalu.
Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Watie menerusi satu hantaran di Instagram miliknya. Meskipun perit, Watie tetap reda dengan ketentuan Ilahi dan menganggap ujian tersebut sebagai satu peringatan untuk lebih menghargai kehadiran anak-anak dan keluarga yang ada.
“Mungkin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat Mummy. Mungkin Mummy masih belum mampu jadi Mummy yang baik dan adil buat kamu, kakak dan abang-abang kamu.
“Dan mungkin Allah nak Mummy lebih menghargai anak-anak yang Mummy ada sebelum adanya kamu,” tulisnya.
Walaupun kehilangan tersebut cukup berat untuk diterima, Watie tetap bersyukur kerana sempat merasai detik-detik indah bersama kandungan itu walaupun hanya seketika.
“Mummy reda walaupun ianya terasa perit untuk Mummy hadapi.
“Mummy tetap bersyukur Allah titipkan kamu walau hanya untuk beberapa bulan yang indah,” tambahnya.
Dalam pada itu, Watie turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepadanya sepanjang melalui saat sukar ini.
“Terima kasih untuk kata-kata semangat dari kalian semua. Mummy tak mampu lagi untuk berjumpa dan berbalas. Maaf atas kerja-kerja yang tergendala.
“Mummy masih dalam fasa perasaan paling sedih yang Mummy rasakan dalam hidup Mummy.
“Tapi dengan kata-kata dari kalian ini jugalah sedikit sebanyak dapat memujuk hati Mummy ketika ini,” ujarnya lagi.
Terdahulu, timbul spekulasi dalam kalangan netizen bahawa pasangan ini bakal menimang cahaya mata selepas ada yang mendakwa ternampak ‘baby bump’ pada perut Watie.
Sekadar info, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.
Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!