Tiga angkasawan China selamat kembali ke bumi kelmarin, selepas enam bulan berada di stesen angkasa lepas Tiangong, Xinhua. Ia sekaligus menamatkan misi enam bulan di stesen angkasa lepas China.
Menurut stesen penyiaran CCTV, tiga angkasawan terbabit ialah, komander Chen Dong dan rakan sepasukan Liu Yang dan Cai Xuzhe. Mereka memantau tempoh paling penting dalam pembinaan stesen angkasa lepas China yang siap pada November lalu.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pasukan itu juga telah berada di stesen angkasa lepas Tiangong sejak awal Jun lalu. Mereka telah mendarat di tapak pendaratan Dongfeng, wilayah Inner Mongolia pukul 8.09 pagi (waktu Beijing).
Kemudian, kakitangan agensi angkasa lepas itu mengisytiharkan keseluruhan misi yang bermula pada 5 Jun lalu ‘berjaya’ dan keadaan kesihatan mereka baik, lapor stesen tersebut.
Ads
Kakitangan di tapak pendaratan itu membawa keluar satu persatu anak kapal yang kelihatan keletihan dan sejurus selepas jam 9:00 malam (waktu tempatan), ketiga-tiga angkasawan itu berjaya keluar daripada kapsul terbabit dengan selamat, lapor CCTV.
Anak kapal dengan tiga angkasawan baru China tiba di stesen angkasa lepas Rabu lalu dengan menaiki Shenzhou-15 untuk mengambil alih tempat tiga angkasawan yang pulang.
Ads
Komander tiga angkasawan misi Shenzhou-14, Chen Dong dan angkasawan wanita pertama China, Liu Yang serta rakan sepasukan, Cai Xuzhe diberi tugas menyelia peringkat terakhir pembinaan stesen angkasa lepas tersebut.
Ads
Sekadar informasi, Tiangong yang bermaksud ‘istana syurga’, akan beroperasi selama satu dekad dan akan mengadakan pelbagai eksperimen dalam persekitaran graviti hampir sifar.
Tiangong merupakan aset utama program angkasa lepas Beijing. China telah mendaratkan kenderaan robot penjelajah di Planet Marikh dan Bulan di samping menjadi negara ketiga menghantar manusia ke orbit ketika ia cuba mengejar pencapaian Amerika Syarikat (AS) serta Russia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kes positif Covid-19 yang semakin meningkat terutamanya di negeri Sabah sejak kebelakangan ini sudah tentu menggusarkan banyak pihak. Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) pun telah dilaksanakan bagi mengelak pendemik Covid-19 terus menular.
Bukan hanya mereka yang duduk dibandar merasa kesannya, malah mereka yang tinggal di kampung dan pedalaman juga terasa ‘sakitnya’ kerana tidak dapat keluar untuk melakukan kegiatan harian.
Baru-baru ini, pihak Remaja dihubungi oleh seorang pemuda bersifat pemurah dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang terjejas terutamanya di Sabah.
Adrian Edy Siaw Chee Hua, berkongsi aktiviti kebajikannya dengan mewujudkan ‘Food Bank’ kerana bimbang dan risau kepada golongan miskin dan miskin tegar serta golongan berpendapatan rendah. Tambahan lagi dengan pelaksanaan PKPB kepada keluarga yang kurang berkemampuan di dearah Inanam, Sabah.
Free jer, ambil sahaja
Tujuannya adalah untuk memberi kemudahan buat sesiapa sahaja golongan yang memerlukan, mendapatkan bekalan makanan tanpa perlu membayar. Menurut Edy beliau sebelum ini mengedarkan makanan dari rumah ke rumah, tapi disebabkan kes Covid19 yang semakin meningkat menyebabkan idea ‘food bank’ tercetus.
Baru dilancarkan sebulan, menurut Edy setiap keluarga dibenarkan mengambil 4 item yang disediakan. Hal ini bagi memastikan semua keluarga dapat bantuan yang disalurkan ini.
Sebelum PKPB ‘Foodbank’ ini dibuka dari Isnin hingga Jumaat tetapi disebabkan PKPB, Edy menambah sehari lagi sampai Sabtu sebab ramai terjejas dengan keadaan sekarang.
.
Setakat ini. lebih kurang 100 keluarga di daerah Inanam dapat manfaat daripada ‘foodbank’ ni.
Program Sarapan Percuma Dan Bank Alat Tulis
Selain ‘food bank’, pemuda ini juga akan menyalurkan bantuan kepada pelajar-pelajar sekolah dengan program “Sarapan Percuma” dan Bank alat tulis selepas PKPB di Sabah berakhir.
Kalau korang berminat untuk menghulurkan bantuan, boleh la hubungi Edy.
Semoga Eddy terus dimurahkan rezeki dan niatnya untuk membantu orang yang memerlukan di serata daerah di Sabah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sukar untuk menggambarkan perasaannya namun naluri untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak yang berlumuran darah ketika tangan dan kakinya digilis sebuah lori memaksa seorang saksi, Darushallam Darusa memangku dan memeluk kanak-kanak yang sedang meraung kesakitan.
Berusia 47 tahun, Darushallam berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Kem 512 di Padang Midin untuk pulang ke rumah dan kebetulan tiba di Bukit Chempedak ketika kemalangan itu berlaku.
“Saya ada di situ. Banyak kereta berhenti tetapi tidak ramai berani mendekati kerana kecederaannya amat parah. Saya terpandang keadaannya yang seolah dalam keadaan mamai, antara menahan kesakitan yang amat sangat dengan kaki yang sudah hancur digilis tayar lori. Saya terus pangku dan ribanya walaupun saya tidak sanggup melihat kecederaan dialaminya.
“Kalau tengok keadaannya (mangsa) mungkin tidak ramai yang sanggup menghulurkan bantuan tetapi saya tidak sanggup melihat sahaja tanpa membantu,” katanya kepada Sinar Harian.
Darushallam akui tidak ramai berani mendekati kerana kecederaan kanak-kanak ini amat parah namun dia memberanikan diri membantu kerana berasa sedih melihat situasi kanak-kanak iniBudak lelaki berusia 8 tahun ini alami kecederaan parah dalam mengerang kesakitan sementara menunggu bantuan ambulan tibaAhli keluarga mangsa yang datang selepas mendapat tahu berita ini tidak dapat menahan sebakMangsa terjatuh dari basikal saat cuba membelok selepas terlepas simpang dan lori yang dekat tidak sempat melakukan brek kecemasan lalu melanggarnya
Dalam kejadian malang itu, kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang tidak diketahui namanya itu sedang menunggang basikal sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Banggol Chempedak semalam.
Sebaik terjatuh dari basikal, lenyekan tayar itu mengakibatkan kaki kanannya hancur dilanggar selain alami kecederaan parah di tangan kiri dengan berlumuran darah.
Mangsa dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Baru Serada dan setibanya di lokasi, mangsa yang menunggang basikal bersendirian dipercayai terlepas simpang dan membuat pusingan U sebelum dilanggar sebuah lori dari arah belakang.
Pemandu lori itu dikatakan cuba mengelak namun kerana jarak terlalu dekat menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan lalu melanggar mangsa.
Namun keadaan terkini mangsa masih belum diketahui selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk rawatan.
Atas pengumuman gencatan senjata awal pagi Jumaat tadi, ramai penduduk Gaza yang terlibat dalam perarakan meraikannya dengan sujud syukur di jalanan. Dalam masa sama, mereka turut melaungkan takbir raya dan mungkin ini kali yang pertama sejak 1 Syawal lalu.
Hal ini bukan sahaja mengembirakan rakyat Gaza malah seluruh umat Islam di serata dunia.
Selepas seminggu menyambut 1 Syawal dan hari raya Aidilfitri, penduduk di Gaza baru sempat menyambut kemenangan mereka ibarat ‘takbir yang tertangguh’, mereka akhirnya turun ke jalanan beramai-ramai sambil bertakbir untuk meraikannya.
Malah trending di laman Twitter dan media sosial dengan tanda pagar #EidWithPalestine. Agensi berita rasmi Palestin, Shehab News Agency memuat naik rakaman-rakaman foto dan video yang memaparkan situasi sorakan kesyukuran tersebut.
Mari ikuti rakaman-rakaman itu di bawah ini.
Dalam masa sama, mereka turut melaungkan takbir raya dan mungkin ini kali yang pertama sejak 1 Syawal lalu.
Gaza Is Celebrating ❤️🇵🇸
Ceasefire in effect, in Gaza People Are Cheering Up And Whistling
The People Of Gaza Can Finally Celebrate Eid 10 days Late 🇵🇸🕊️#ceasefirepic.twitter.com/85xqIQuqrz
Alhamdulillah, di hari Jumaat di bulan Syawal ini seluruh umat Islam bergembira menerima berita kemenangan ini. Moga Allah terus lindungi rakyat Gaza dan Masjid Al-Aqsa.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.