Dari dulu, kita senang menzahirkan rasa simpati tatkala melihat golongan kurang upaya. Selain ada rasa ingin tahu bagaimana dia boleh jadi begitu, sikap ingin membantunya juga membuatkan kita mudah memzahirkan perasaan.
Namun, siapa sangka seorang OKU mampu berjaya sehingga ke angka lepas. Hal ini selepas Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) mengumumkan individu bernama John McFall sebagai parastronaut pertama di dunia.
Ingin membuktikan kebolehan dan keupayaan orang kelainan upaya (OKU), ini merupakan langkah penting bagi memberi peluang (OKU) untuk bekerja dan tinggal di angkasa lepas.
Bekas Pelari Pecut Sukan Paralimpik
Individu bertuah ini bernama McFall yang merupakan bekas pelari pecut sukan paralimpik dari Britain. Beliau salah seorang daripada 17 individu baharu yang dipilih untuk menjalani latihan sebagai angkasawan.
Ads
McFall akan mengambil bahagian dalam ujian kebolehlaksanaan yang membolehkan ESA menentukan prasyarat bagi individu OKU yang terlibat dalam misinya pada masa akan datang.
foto via National World
“Ia merupakan pengalaman yang agak mencabar kerana sebagai seseorang yang tidak mempunyai satu kaki, saya tidak pernah terfikir akan menjadi angkasawan. Saya amat teruja,” kata McFall.
Pada usianya 19 tahun, McFall kehilangan kaki kanannya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal.
Jurutera-jurutera ESA akan mencipta pengubahsuaian perkakasan yang diperlukan untuk menjadikan penerokaan angkasa lepas secara profesional lebih mudah diakses oleh orang yang lebih berkelayakan.
Ads
Foto Via CNN
Individu OKU yang benar-benar berkemampuan untuk lulus dalam ujian psikologi, kognitif dan ujian lain telah dijemput untuk memohon jawatan sebagai angkasawan ESA tahun lalu.
Pihak ESA menerima 257 permohonan untuk menjadi parastronaut. Golongan ini tidak berpeluang untuk menjadi angkasawan hanya kerana batasan dari segi perkakasan yang tersedia untuk individu OKU.
Jadi siapa kata OKU tak mampu berjaya? Kalau ada semangat usaha pasti seseorang itu akan berjaya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya ada sesetengah orang mengambil jalan mudah untuk jadi senang. Tenaga kuat, badan pun sihat tapi malas bekerja. Masa yang sama perlukan duit untuk belanja.
Jalan paling mudah ialah menyamun. Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial berkaitan satu cubaan kejadian samun di siang hari berlaku di Taman Sri Gombak Fasa 7/4 sehingga menimbulkan kegelisahan pada penduduk di situ.
Menurut info komuniti atas nama fb Taman Sri Gombak yang menyebarkan rakaman CCTV itu, meminta agar video wajah penyamun ini ditularkan kerana cubaan menyamun itu bukan sekali dua berlaku (mungkin sudah kerap dan meminta agar penduduk berhati-hati agar tidak menjadi mangsanya).
Paling menakutkan ia berlaku di siang hari dan pelakunya berpakaian kemas. Tak nampak pun seperti seorang penjahat. Lebih hebat pelakunya memakai Honda CRZ berwarna putih.
Pakaian kemas je kan tapi sedang lakukan cubaan menyamun rumah di Taman Sri Gombak. Ada yang kata pakai Honda CRV lagi
Tonton videonya cubaan sedang menyamun.
Cubaan pecah rumah di Fasa 7/4 Taman Sri Gombak pada 27 Nov 2018 (Selasa) 12:02 PM.Salam.. mohon viralkan.. Semalam rumah saya di Taman Sri Gombak SG 7/4 hampir dipecah masuk. Gara-gara si pencuri gagal memasuki sebuah rumah, dia mencuba nasib ke rumah sebelah. Tanpa menyedari kelibatnya sudah pun dirakam CCTV. Seorang lelaki berpakaian kemas menaiki kereta HONDA CRZ berwarna PUTIH. Mohon kita berhati-hati dengan setiap manusia. Berpura-pura menunggu tuan rumah untuk satu appointment. Tanpa disedari terus memanjat pagar dan memulakan aktiviti berseorangan. Namun gagal. Harap pihak polis tegas dan ambil tindakan. Kejadian kedua untuk keluarga saya selepas kehilangan kereta awal tahun lepas.
Sebut tentang Honda CRZ ini, seorang individu atas nama Mohammad Firdaus turut menulis di statusnya bahawa kejadian samun melibatkan kereta ini bukan sekali pernah berlaku tapi pelakunya pernah mencederakan tuan rumah demi mendapatkan hajatnya.
Wow, kereta penyamun pun canggih-canggih belaka hari ini! Mohon hati-hati ya semua. Bukan apa zaman sekarang semuanya mahu ambil kerja mudah. Mahu duit mudah tapi malas untuk bekerja. Kalau dulu kita fikir pakai kereta Honda CRZ ini orang “have-have” tapi lepas nie kena hati-hati ya semua. Jangan sampai jadi mangsa.
Baca kisah ini sebagaimana dikongsi oleh grup info komuniti atas nama Taman Sri Gombak.
Cubaan pecah rumah di Fasa 7/4 Taman Sri Gombak pada 27 Nov 2018 (Selasa) 12:02 PM.
Salam.. mohon viralkan.. Semalam rumah saya di Taman Sri Gombak SG 7/4 hampir dipecah masuk. Gara-gara si pencuri gagal memasuki sebuah rumah, dia mencuba nasib ke rumah sebelah. Tanpa menyedari kelibatnya sudah pun dirakam CCTV.
Seorang lelaki berpakaian kemas menaiki kereta HONDA CRZ berwarna PUTIH. Mohon kita berhati-hati dengan setiap manusia. Berpura-pura menunggu tuan rumah untuk satu appointment.
Tanpa disedari terus memanjat pagar dan memulakan aktiviti berseorangan. Namun gagal. Harap pihak polis tegas dan ambil tindakan. Kejadian kedua untuk keluarga saya selepas kehilangan kereta awal tahun lepas.
So hati-hati semua, jangan sampai jadi mangsa!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah mendapat nasihat penuh daripada Kementerian Kesihatan Singapura, francais makanan popular di negara itu iaitu McDonald’s telah mengambil keputusan untuk menutup operasi di kesemua cawangan sehingga 4 Mei 2020,
Tentunya, rakyat Singapura mengeluh dengan berita ini kerana McDonald’s merupakan di antara restoran yang menyediakan menu familiar untuk mereka lebih-lebih lagi dalam situasi pemutusan rantaian Covid-19 ataupun circuit breaker di sana.
Lebih mendukacitakan adalah apabila mengenangkan nasib pengurus, pekerja dan penghantar makanan McDonald’s Singapura yang terpaksa berundur daripada tempat kerja untuk sementara waktu.
Kiosk popular di Orchard Road ini juga akan menghentikan operasi.
Menurut Pengarah Pengurusannya, Kenneth Chen, keputusan ini diambil dengan rasa berat hati tetapi ia perlu dibuat dalam usaha untuk mengawal jumlah kes wabak Covid-19 daripada terus melarat.
“Ini adalah waktu yang kita tak jangkakan. Kami telah melakukan yang terbaik untuk mendahulukan keselamatan para pekerja dan pelanggan, dan akan terus melakukan tugas kami untuk menangani jangkitan.
“Kami tak sabar untuk bertemu dan melayan kamu semula bermula 5 Mei,” kata beliau yang mengawasi lebih 135 buah restoran di sana.
Justeru, REMAJA tertanya sekiranya McDonald’s Malaysia juga perlu mengambil langkah yang sama?
Mengikut tinjauan di laman web dan media sosial mereka, masih belum ada perkhabaran mengenai penutupan sementara cawangan di sini. Malah, McDonald’s Malaysia juga sedang giat mempraktikkan kempen #SafeWithMekdi di mana penghantar McDelivery mematuhi syarat dan prosedur ketat semasa mengambil dan menghantar pesanan korang.
Mereka juga mengesyorkan agar kita mengelak daripada mengunjungi restoran. Sebaliknya, adalah lebih baik jika kita memesan secara online ataupun menerusi aplikasi mereka
Berita baik untuk semua, McDonald’s Malaysia sedang menawarkan beberapa promosi menarik untuk set sarapan dan McCafe yang lebih berbaloi sekarang.
Jangan lepaskan peluang ini okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama pengeluar mainan Mattel Inc baru sahaja melancarkan koleksi patung Barbie ‘Role Model’ sebagai tanda sokongan dengan mengiktiraf petugas barisan hadapan yang berjuang melawan pandemik COVID-19.
Patung barbie edisi frontliners ini menampilkan individu disebalik penemuan vaksin koronavirus Britain, Sarah Gilbert yang juga merupakan seorang profesor berusia 59 tahun dari Universiti Oxford. Beliau merupakan pembangun bersama vaksin Oxford/AstraZeneca yang kini diberi pernghormatan sebaris dengan bintang terkenal Beyonce, Marilyn Monroe dan Eleanor Rooservelt yang juga pernah menjadi wajah bagi patung Barbie.
Foto: BBC
Selain Gilbert, turut ditampilkan dalam koleksi ini adalah jururawat bilik kecemasan Amy O’Sullivan yang merawat pesakit COVID-19 pertama di Wycoff Hospital di Brooklyn, New York dan Audrey Crus, seorang doktor barisan hadapan di Las Vegas yang menentang diskriminasi.
Antara anak patung lain yang dihasilkan dengan wajah frontliners termasuklah Chika Stacy Oriuwa, seorang pakar psikiatri Kanada di University of Toronto yang menentang perkauman sistemik dalam penjagaan kesihatan dan penyelidik bioperubatan Brazil, Jaqueline Goes de Jesus, yang memimpin penjujukan genom varian Covid-19 di Brazil.
Patung tersebut dihasilkan dengan penampilan yang menyerupai para doktor yang dipilih, ada yang berkaca mata, ada yang memakai pelitup muka dan ada juga menyarung pakaian bedah.
Sebelum ini, ratu gimnastik negara, Farah Ann juga pernah menjadi model Barbie pertama di Malaysia apabila Mattel mengeluarkan edisi khas patung Barbie yang menyerupai dirinya.