
Menggantikan straw plastik kepada ‘rice straw’ merupakan idea bijak dan untuk melahirkan sebuah persekitaran yang lebih baik tanpa pencemaran alam. Dengan misi mereka untuk memulakan sebuah trend yang lebih mesra alam.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Rice Straw’ Betul-Betul Selamat Ditelan Lah! Staf Coffee Bean & Tea Leaf Buktikannya
Boleh Dimakan Tapi Jangan Makan Secara Berlebihan
Dalam satu hantaran oleh @fatenaqeela, yang sering berkongsi ilmu teknologi makanan di TikTok, beliau mendedahkan bahawa straw beras sebenarnya direka khas untuk menjaga alam semulajadi bukan untuk di makan.

Walaupun salah satu bahan utama dalam pembuatan straw ini adalah beras yang boleh dimakan, penggunaan straw ini sebagai makanan sebenarnya boleh meningkatkan risiko kesihatan.
Meskipun diperbuat daripada beras dan bahan-bahan lain yang selamat, straw ini tidak direka untuk dimakan secara kerap, dan boleh menyebabkan masalah penghadaman jika dimakan secara berlebihan.

Selain itu, straw beras ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan dibuat daripada bahan berasaskan tumbuhan. Straw ini akan menjadi lembab dalam beberapa minit jika terdedah kepada suhu air panas melebihi 60 darjah Celsius. Manakala untuk air sejuk, straw ini akan mula lembab dalam masa dua hingga tiga jam.
Ada juga yang pernah cuba memasak pasta guna straw beras
Disebabkan viral bahawa straw beras boleh dimakan, ada yang membuat kandungan tentang cara memasak pasta menggunakan straw beras. Namun, ramai netizen mula sedar tentang bahayanya jika dimakan dengan kerap.

Walaupun bahannya adalah beras, straw ini sama sekali tidak boleh disamakan dengan pasta kerana kedua-duanya direka dengan tujuan yang berbeza.
Sumber: TikTok
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Singkirkan Messi Dan Mbappe, Cristiano Ronaldo Dinobat Atlet Bayaran Tertinggi
Cristiano Ronaldo bukan nama asing lagi dalam arena sukan bola sepak antarabangsa.
Lagenda bola sepak dunia ini juga melebarkan kariernya dengan berhijrah ke Arab Saudi untuk menyertai kelab bola sepak Al-Nassr. Hal ini selepas beliau meninggalkan kelab bola sepak Manchester United.
ARTIKEL BERKAITAN : Melebihi Harta Messi dan Cristiano Ronaldo, Faiq Bolkiah Pemain Bola Terkaya Di Dunia!

Baru-baru ini menurut Forbes, CRISTIANO Ronaldo menjadi atlet dengan bayaran tertinggi selepas perpindahannya ke kelab bola sepak Arab Saudi, Al-Nassr.
Beliau menerima gaji tahunan dua kali ganda berbanding kelab sebelum ini. Ronaldo yang memeterai kontrak dengan Al-Nassr sehingga 2025 selepas meninggalkan Manchester United, menerima AS$136 juta tahun lalu.
Ketika beraksi di United, Ronaldo menerima sekitar AS$75 juta. Kontrak Ronaldo dianggarkan bernilai lebih AS$219 juta. Sementara itu, duo kelab Paris St Germain, Lionel Messi dan Kylian Mbappe berada di tangga kedua dan ketiga, senarai atlet terima bayaran tertinggi Forbes.
Messi, menerima AS$130 juta setahun sementara Mbappe dibayar AS$120 juta setahun. Atlet lain dalam senarai Forbes termasuk pemain Los Angeles Lakers Le Bron James dengan bayaran AS$119.5 juta.
Untuk info, pendapatan tahunan Forbes dikira daripada hadiah kemenangan, gaji dan bonus yang diterima atlet dalam tempoh 12 bulan.
Maka, tidak hairanlah sekiranya Cristiano Ronaldo menjadi antara individu yang berpengaruh di dunia kan? Memang hebat CR7 ni!
BACA LAGI : Sering Jadi Bualan Warganet, Ini 8 Rahsia Cristiano Ronaldo Yang Mungkin Ramai Tak Tahu
Sumber : 1
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tam Spider Tidak Akan Berdiam Diri Anak Dibuli! “Selalu Sangat Macam Ni, Tak Akan Dah Jadi Lagi Teruk Baru Nak Bertindak?”
Baru-baru ini, tular mengenai kisah anak kepada penyanyi kumpulan Spider, Tam (51) yang menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama.
Menurut Tam atau nama sebenar, Rustam Mustafah (51), beliau kecewa dengan pihak sekolah yang masih belum membuang enam pelajar pembuli terbabit walaupun sudah bersetuju untuk melakukannya ketika sesi perjumpaan dengan ibu bapa, Sabtu lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, Tam berkata pihak sekolah membuat ‘u-turn’ apabila membenarkan pembuli itu masuk semula dan tinggal di dalam bilik warden asrama pada Ahad.
“Alasannya mereka akan menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Alasan ini macam tiada kena mengena. Mereka boleh saja belajar di rumah. Saya nampak ada pihak yang main wayang. Isu ini tiada kesudahan. Kalau begini cara sekolah, baik tutup saja.”

“Perkara ini selalu terjadi pada kita. Dah jadi baru nak bertindak. Hari itu mesyuarat, ada keluarga cakap takkanlah nak tunggu sampai anak kami jadi mayat baru nak bertindak?” ujarnya lagi.
Tambahnya, walaupun Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan polis sudah bercakap mengenai masalah di sekolah itu, tetapi pihak sekolah masih tidak menemukan jalan penyelesaian. Selain itu, Tam juga difahamkan keluarga pembuli tidak tahu anak mereka ada masalah di sekolah.
Katanya, “mereka terkejut apabila anak-anak dikeluarkan dari asrama. Saya lihat pihak sekolah ada masalah dan cuba sembunyikan perkara sebenar sebelum ini. Malah, ada guru menasihatkan pelajar yang menjadi mangsa buli jangan memberitahu keluarga mengenai perkara itu.”
“Sebaliknya dia sendiri yang akan sampaikan aduan itu kepada pembuli. Jadi, pengadu (mangsa buli) akhirnya menjadi sasaran pembuli untuk balas dendam,” kata penyanyi lagu ‘Relaku Pujuk’ itu.

Tam turut menjelaskan, jika setakat mereka pecahkan gitar anaknya atau mencuri kasut, itu perkara kecil kerana tidak membabitkan sentuhan atau memukul tetapi jika sudah sampai tahap memukul mangsa sehingga mendatangkan kecederaan dan trauma atau lebih teruk jika kehilangan nyawa, adakah nyawa boleh dicari ganti soalnya.
“Anak saya dan Khir Rahman (pelakon) memang tak teruk kena sentuh berbanding anak orang lain. Memandangkan saya dan Khir selebriti, kami secara tak langsung mewakili mangsa yang lain kerana mereka kawan anak-anak kami. Walaupun saya mulanya keberatan nak ke depan tapi saya tak kisah apabila dipetik nama demi keselamatan anak-anak. Percayalah perkara ini serius,” katanya.
Tam percaya, enam pembuli ini pasti berdendam apabila perbuatan mereka dilaporkan kepada pelbagai pihak.
Susulan itu, Tam juga mengambil keputusan untuk tidak menghantar anaknya ke asrama buat masa ini sehingga ada perkembangan baru yang berlaku. Menurutnya lagi, beliau mengambil keputusan ini sehingga perjumpaan kedua ibu bapa dan pihak sekolah pada 14 Oktober ini.
Sumber: Harian Metro
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hobi Memasak Sejak Kecil, Shafiquecute Dari Makmal Forensik Ke Dapur
Siapa sangka lelaki yang selalu memasak di dapur sambil tersenyum ini merupakan seorang Pegawai Forensik di Jabatan Kimia Malaysia.
Jejaka berusia 30 tahun ini sering berkongsi video-video di TikTok yang memaparkan aksinya sedang memasak sambil tersenyum manis sehingga menarik perhatian ramai.
Setiap kali muncul dalam video masakannya, senyuman itulah yang menjadi ‘trademark’ serta daya penarik kepada jejaka yang bernama Mohd Shafiq Zulkarnain ini. Maka, tercetusnya gelaran ‘Shafiq Cute’ yang kini tular di media sosial.
Shafiq tidak asing lagi di media sosial dan para pengikutnya seronok melihat dia memasak serta berkongsi resepi makanan mudah yang boleh dicuba pada bila-bila masa. Selain memasak sambil tersenyum, penampilan kemas Shafiq turut menjadi perhatian warga maya. Bilangan pengikutnya juga semakin hari semakin bertambah.
Di sebalik kelincahannya memasak di dapur, siapa sangka anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini sememangnya minat memasak dan belajar daripada ibu, Noraini Buang, sejak usianya 11 tahun. Selain itu, Shafiq menjadikan aktiviti memasak sebagai hobi.
“Saya memang minat memasak dan sudah menganggapnya sebagai satu hobi serta terapi untuk menghilangkan tekanan kerja.
“Hobi itu berterusan sehinggalah kini. Setiap kali pulang dari kerja atau cuti rehat, saya akan memasak.”
Menurut Shafiq, dia hanya berkongsi minat dengan para pengikutnya selain memberi kepuasan dan kegembiraan buat dirinya. Segala kerja-kerja suntingan video dilakukan sendiri oleh Shafiq. Selain di TikTok, Shafiq turut mempunyai pengikut yang ramai di Facebook, Instagram serta Youtube.
Shafiq memberitahu, untuk menghasilkan sesebuah video memerlukan perancangan rapi dari segi penyediaan dan bahan-bahan. Apatah lagi bagi dirinya yang bekerja, perancangan dan persediaan awal adalah sangat penting.
Pun begitu, untuk menghasilkan hidangan yang sedap dan menarik tidak semestinya perlu dimasak dengan cara yang terlalu rumit dan menggunakan bahan-bahan yang sukar diperolehi. Dia sendiri berkongsi masakan ringkas namun tetap nampak menyelerakan. Peralatan yang digunakan juga ringkas.
“Memasak tidak semestinya perlu rumit dan perlu menggunakan bahan-bahan yang sukar didapati. Cukup seperti ibu-ibu kita dulu, guna sahaja apa yang ada di dapur.
“Kita harus kreatif sahaja, memasak bukan satu proses rumit.”
Bagi Shafiq tiada istilah ‘sukar’ dalam kamus masakannya kerana semua mampu lakukan jika ada semangat untuk mencuba. Selain rajin mencipta resipi sendiri dan bertanya rakan-rakan, Shafiq juga sering mencari idea resipi-resipi baru di Internet.
Semoga segala impian Shafiq terlaksana dan sukses dalam bidang yang diminati.
Kredit Foto: Instagram Shafiq Cute
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

