Pelakon cantik Korea Selatan, Seo Ji Hye baru-baru ini tular selepas kisahnya menyelamatkan seorang wanita daripada diganggu seorang lelaki mabuk di dalam kereta api pada tahun 2010, iaitu 14 tahun lalu.
Menurut laporan media Korea Selatan, Jihye (40) pada ketika itu baru sahaja selesai dari penggambaran untuk drama berjudul ‘Kim Soo Ro’ dan sedang menaiki kereta api Korea Train Express (KTX) untuk kembali ke Seoul.
Dia melihat seorang lelaki mabuk sedang mengganggu ketenteraman seorang wanita yang juga penumpang di platform kereta api KTX tersebut pantas bertindak menghampiri dan bertanya tentang apa yang sedang berlaku.
Ads
Wanita berkenaan memberitahu bahawa dia membantu lelaki itu menunjukkan arah jalan, walau bagaimanapun lelaki tersebut terus mengikutinya dan cuba mengacau sehingga ke stesen kereta api.
Dalam pada itu, Jihye langsung mendekati wanita itu dan naik ke kereta api bersama-sama untuk melindunginya. Namun, lelaki mabuk itu terus mengikuti mereka berdua dan memaksa wanita itu untuk memberikan nombor telefon.
Ads
Kredit: Soompi
Pelakon ‘Crash Landing On You’ dan ‘Adamas’ yang pada ketika itu tidak lagi dapat bertahan melihat lelaki mabuk yang terus mengganggu walaupun sudah diberikan amaran lisan kemudian terus menangkap lelaki itu secara fizikal dengan menggunakan kemahiran seni mempertahankan diri, Hapkido.
Difahamkan, Jihye menggunakan teknik balingan ‘mechigi’ terhadap lelaki mabuk berkenaan untuk menangkapnya. Menurut laporan, pelakon wanita itu memiliki tali pinggang hitam Hapkido tahap ke-4.
Ads
Kredit: Asia Pacific Self DefenceHapkido Belt Ranking
Beliau juga mengaku bahawa ketika berada dalam keadaan tersebut dia merasa takut tetapi cekal mengumpul keberanian untuk menyelamatkan wanita daripada menjadi mangsa lelaki tersebut.
Sekadar info, Seo Jihye memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 2003 dan terkenal menerusi filem seram ‘Voice’ pada tahun 2005. Dia juga turut membintangi K-Drama seperti 49 Days, Punch, Don’t Dare to Dream, Crash Landing on You, dan Red Balloon.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rakyat Malaysia pasti amat sinonim dengan The Chicken Rice Shop (TCRS), lagunya yang melatari setiap iklan yang disiarkan pasti terngiang-ngiang di benak kepala. Restoran ini sentiasa menjadi tumpuan ramai terutamanya ketika makan tengah hari dan malam.
Diasaskan oleh dua warga Malaysia yang merupakan duo ibu dan anak, Gaik Wong dan Wong Kah Lin, restoran ini dibuka kepada umum pada tahun 2000. Mengambil pendekatan menyediakan makanan halal yang boleh dinikmati semua rakyat Malaysia, The Chicken Rice Shop pantas menjadi pilihan ramai.
Puan Gaik Wong
Gaik Wong bukanlah orang calang-calang dalam dunia makanan segera, dia sebelum ini sudah bekerja selama 20 tahun bersama KFC Malaysia sejak jenama tersebut dibawa masuk ke negara ini. Kemudiannya dia turut menjadi konsultan kepada restoran terkenal iaitu Esquire Kitchen.
Dengan segala hubungan yang dimiliki dengan pembekal dan terutamanya memahami konsep makanan halal, dia memutuskan untuk memiliki restorannya sendiri. Melihat kepada kebanyakan restoran yang menyediakan menu nasi ayam Hainan adalah tidak halal, dia tekad memajukan sebuah jenama nasi ayam Hainan yang halal dan boleh dinikmati ramai.
Kejayaan yang dimiliki bukan calang-calang, rangkaian restoran ini memiliki lebih 100 cawangan! Namun tahukah anda, kira-kira empat tahun lalu rangkaian restoran ini sudahpun di jual kepada syarikat jepun dengan harga yang sungguh lumayan!
Menurut laporan Reuters yang mendapat sumber dari individu yang terlibat dengan penjanjian tersebut, Pengendali restoran Jepun Zensho Holdings Co Ltd bersetuju untuk membeli rangkaian The Chicken Rice Shop pada harga sekitar RM220 juta ($52.86 juta).
Hebat bukan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siri kartun Doraemon merupakan antara animasi popular yang diminati dan ditonton oleh kanak-kanak zaman 90-an. Setiap hari Sabtu jam 7 malam, pasti mereka sudah bersedia dihadapan televisyen untuk menonton siri animasi Jepun ini.
Kejayaan Doraemon bukan hanya pada siri televisyen sahaja, malah kartun comel ini juga telah berjaya dibawa ke pawagam dan menghasilkan beberapa buah filem daripadanya.
Terbaru, sebuah lagi filem Stand by Me Doraemon 2 yang merupakan sekuel kepada filem yang dilancarkan pada 2014 bakal menemui penonton pada Februari ini.
Stand by Me Doraemon 2 mengisahkan tentang Nobita yang telah berjaya mengubah masa deppannya menjadi lebih baik dan bernikah dengan Shizuka. Namun, kerana putus asa, dia memutuskan untuk kembali dengan nenek kesayangannya yang meninggal dunia ketika dia masih di tadika.
Neneknya gembira apabila Nobila telah kembali ke masa lampau dan menyatakan hasrat untuk bertemu dengan bakal pengantin perempuan cucunya.
Sementera itu, Nobita yang bakal bernikah dengan Shizuka diserang penyakit serangan panik dan melarikan diri ke masa lalu untuk bertemu dengan Doraemon kerana takut jika dia bukan orang yang tepat untuk Shizuka.
Haih, Nobita ni daripada kecil sampai besar memang kalut kan. Haha!
Apa yang menarik perhatian peminat adalah Nobita bakal berkahwin dengan Shizuka. Ramai yang meninggalkan komen-komen lucu kerana kartun zaman kanak-kanak mereka pun bakal berkahwin, namun mereka masih lagi single.
Malah, ada juga yang mengimbau zaman kanak-kanak mereka sewaktu menonton siri animasi ini.
Mesti ramai yang dah tak sabar nak menonton filem sekuel ini kan? Rasanya ia akan ditayangkan di Jepun. Di Malaysia tak tahulah bila. Sama-sama kita nantikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, seluruh Malaysia mengalami cuaca yang sangat panas.
Keadaan cuaca sebegini akan membuatkan badan menjadi cepat lesu dan sering berasa keletihan. Selain itu, gaya hidup, rutin senaman dan diet juga boleh menjejaskan tindak balas badan kita terhadap cuaca.
Memandangkan kita akan kekal kepanasan sehingga Ogos, Remaja senaraikan beberapa petua yang disediakan oleh Public Health Malaysia di Facebook, untuk membantu menyejukkan badan.
“Rendamkan kaki dalam baldi berisi ais batu selama 20 minit mampu membantu anda untuk mengurangkan kepanasan tubuh dan membuat anda lebih relaks. Titikkan beberapa titis essential oil Pepermint untuk kesan lebih baik.
“Semasa cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong dan buah buahan yang banyak kandungan air seperti tembikai, tomato, strawberi dan juga sup. Lidah buaya pula boleh dijadikan gel pelembab semula jadi untuk wajah.
“Letak daun lidah buaya dalam peti sejuk untuk kesan lebih sejuk. Apabila anda makan makanan yang pedas, ia menghantas mesej ke otak untuk menyejukkan tubuh. Anda akan berpeluh dan selepas berpeluh tubuh akan sejuk,” tulis pada hantaran tersebut.
Untuk informasi, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebelum ini memaklumkan, seluruh negara dijangka akan mengalami cuaca panas dan kering sehingga Ogos.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.