Seorang kanak-kanak perempuan berusia sebelas tahun di Mexico dilaporkan memiliki kecerdasan otak atau IQ yang melebihi Albert Einstein dan Stephen Hawking.
Untuk info, Adhara Perez itu mempunyai tahap IQ sebanyak 162 berbanding Einstein dan Hawking yang dianggarkan sekitar 160. Dia bagaimanapun menghidap sindrom Asperger, yang merupakan salah satu daripada gangguan spektrum autisme.
Adhara baru-baru ini muncul sebagai model untuk muka depan majalah Marie Claire Mexico. Dikesempatan itu mereka sekeluarga menceritakan suka duka menjadi kanak-kanak genius. Sebelum dikenali sebagai genius, kanak-kanak itu disahkan mengalami kecacatan perkembangan pada usia tiga tahun. Malah di sekolah, Adhara mengalami kesukaran kerana guru dan rakannya sebelum diketahui bahawa dia boleh belajar algebra sendiri.
Sindrom Asperger yang dialaminya menyukarkan Perez untuk berkomunikasi secara bukan lisan atau menjalin hubungan sosial dengan rakan-rakan sebaya. Disebabkan situasi itu, dia mengalami kemurungan yang teruk dan enggan hadir ke sekolah.
“Apabila Perez bermain dengan rakan sebaya, mereka sering membulinya dengan mengurungnya di dalam sebuah kandang kecil dan memanggilnya dengan nama-nama seperti ‘Budak Pelik’ atau ‘Budak Gila’.
Walaupun dia menghadapi kesukaran untuk bergaul dan belajar di sekolah, Nayeli kemudiannya mendapati anaknya boleh menghafal jadual berkala dan mengira algebra. Pada mulanya, Nayeli menyangka Adhara hanya bosan, sehingga akhirnya dia dihantar ke sekolah khas untuk terapi. Di sana, Adhara yang tinggal di kawasan keluarga berpendapatan rendah di Tláhau, Mexico City, diuji dan didapati mempunyai IQ 162, lebih tinggi daripada idolanya, Stephen Hawking.
Tamatkan Sekolah Rendah Di Usia 5 Tahun
Ads
Dengan pendidikan yang betul, Adhara akhirnya menamatkan sekolah rendah pada usia lima tahun. Dia kemudian menamatkan sekolah rendah dan menengah dalam tempoh setahun. Kemudian pada usia 11 tahun, kanak-kanak itu menerima ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan di Universiti CNCI. Kini dia sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang matematik di Universiti Teknologi di Mexico.
Adhara sendiri berazam untuk menamatkan pengajiannya dan kemudian bekerja di NASA.
Ads
Selain itu, Adhara juga bercita-cita untuk menyambung pengajian di Universiti Arizona bagi mempelajari astrofizik. Malangnya dia masih menghadapi masalah dengan visanya walaupun telah ditawarkan biasiswa di sana. Semasa dia belajar, gadis itu juga bekerja dengan Agensi Angkasa Mexico untuk mempromosikan matematik dan pendidikan angkasa untuk kanak-kanak perempuan. Dia juga menyediakan dirinya untuk menjadi orang autistik pertama yang dapat terbang ke angkasa lepas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai mengunakan perkhidmatan ‘delivery’ dan kurier untuk membeli barang secara ‘online’.
Seorang pengguna Twitter telah memuat naik gambar pusat operasi J&T dimana penerima barang di kawasan ‘Red Zone’ tidak akan menerima pesanan mereka. Hal ini disebabkan J&T tidak menghantar pesanan di beberapa “Red Zone” mengikut poskod.
— Adila Anak Buah MakCik Kiah #StayAtHome (@adilafarhanaali) April 4, 2020
Sila semak alamat poskod seperti berikut. Jika anda berada atau tinggal di kawasan berdekatan, ambil perhatian!
Terkini, maklumat yang tular tidak sepenuhnya tepat kerana J&T Express masih akan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke kawasan zon merah, tapi akan berlaku kelewatan daripada biasa.
Bagi mengelak salah faham dan kekliruan, J&T Express mengeluarkan satu posting di Facebook. Baca kenyataan penuh di bawah:
Sebenarnya, bukannya J&T ni tak hantar ke kawasan ‘Red Zone’ cuma berlaku kelewatan daripada biasa. Namun mereka masih akan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke kawasan zon merah.
Ish…tu la netizen, semua benda nak viralkan walaupun tak tahu sahih atau tidak. So korang tak perlu la risau kalau barang korang tak sampai lagi tu k.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkinkah ada sinar buat jemaah Malaysia untuk menunaikan umrah pada tahun ini? Ya, kami pasti ramai yang merindui untuk menjejakkan kaki di tanah suci bagi menyempurnakan ibadah umrah atau haji.
Terbaharu, Arab Saudi telah mengumumkan bahawa kerajaan mereka bakal membuka semula kepada jemaah dari luar negara bermula 10 Ogos ini.
Menurut laporan Gulf News menerusi kenyataan daripada Saudi Press Agency, pengumuman itu susulan kejayaan musim haji tahun ini. Ibadah umrah bagi rakyat Arab Saudi dan penduduk ekpatriat sudah pun dibuka.
Awal bulan ini, Kementerian Haji dan Umrah menggantung sementara permohonan untuk menunaikan solat dan ibadah umrah di Masjidilharam. Ia bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadah dengan lancar dan petugas menyelesaikan kerja sanitasi di Masjidilharam.
Menurut Twitter Haramain Sharifain, penerbangan langsung dibenarkan dari semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan yang dikehendaki untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi.
Selain itu juga, jemaah diwajibkan menerima vaksinasi COVID-19 lengkap, sama ada Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).
Imunisasi lengkap membabitkan vaksin keluaran China pula dikehendaki berserta dos ‘penggalak’ sama ada suntikan Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau J&J.
Kebenaran ini juga adalah untuk jemaah berusia 18 tahun dan ke atas, serta ketibaan melalui agensi umrah yang ditauliahkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Hm, nampaknya negara kita tidak dilarang untuk melakukan ibadah umrah, namun disebabkan kes positif COVID-19 masih meningkat, ia mungkin sedikit sebanyak menjadi ‘penghalang’ untuk jemaah Malaysia ke sana.
Apa-apa pun marilah kita berdoa agar situasi pandemik ini berakhir segera supaya masyarakat dunia dapat menjalani kehidupan seperti biasa. InsyaAllah!
Semakin hari, kes positif COVID-19 semakin menakutkan masyarakat apabila ianya seperti berada di mana-mana. Terbaru, seorang staf operasi MRT laluan Kajang telah disahkan positif dan kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh. Staf tersebut bertugas sebagai pengendali tren atau transit officer dan bertugas kali terakhir pada 21 Oktober 2020.
Ekoran daripada kes tersebut, pihak Rapid Rail yang menjadi untuk MRT Laluan Kajang, telah melaksanakan kerja-kerja disinfektasi dan pembersihan tempat kerja staf berkenaan berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kredit foto: RAPID KL
Semua kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat dengan staf berkenaan telah diminta untuk menjalani ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti yang ditetapkan di bawah prosedur operasi standard KKM.
Namun begitu, perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan semua perkhidmatan pengangkutan awam lain kendalian Prasarana – LRT, monorel, Bas Rapid Transit dan bas henti- henti adalah selamat digunakan. Pihak pengurusan dan staf Prasarana khususnya di Rapid Rail dan Rapid Bas telah dilatih untuk menerapkan piawaian dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi berkaitan COVID-19 selaras dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh KKM.
Kredit foto: RAPID KL
Walau bagaimanapun, pengguna diingatkan untuk mengikuti dengan rapi SOP yang telah ditetapkan khususnya pemakaian pelitup muka dengan kemas sepanjang masa, sentiasa mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman serta mengambil suhu badan dan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau di buku log sebelum memasuki tren.
Pengangkutan awam adalah nadi penting negara. Ramai yang menggunakan perkhidmatan ini dan diharap agar korang sentiasa berhati-hati dan jangan lupa untuk memakai hand sanitizer setiap kali berada di kawasan awam.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.