Dunia pendidikan tinggi Malaysia mencatat satu warkah gembira apabila dua pelajar Universiti Teknologi Mara ( UiTM) tersenarai antara 10 pelajar terbaik dunia dalam program profesional perakaunan.
Kepada pelajar lain yang pernah atau sedang mengambil bidang perakaunan di kolej dan universiti, pastinya korang pernah terdengar mengenai peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Certified Accounting Technician (CAT) .
Dengar je dah tahu, ACCA dan CAT ini bukanlah kertas yang mudah.
Namun itu tak dijadikan sebagai halangan oleh Fatin Najwa Azman dan Putera Aiman Abdul Rashid ini.
Ads
Kejayaan Fatin Najwa mendapat tempat pertama di Malaysia dan kesembilan dunia bagi peperiksaan Audit and Assurance (AA) manakala Putera Aiman memperoleh tempat pertama dan kedua dunia bagi peperiksaan Maintaning Financial Records (FA2) amat bermakna buat anak berbangsa Melayu dan Malaysia.
Ads
Pada yang sama, Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Dr. Noraini Ahmad turut merakam ucapan tahniah di laman sosialnya
Tahniah kepada dua pelajar dari Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Fatin Najwa Azman dan Putera Aiman Abdul Rashid yang turut tersenarai antara 10 terbaik dunia dalam program profesional perakaunan.
Saya amat bangga dengan pencapaian para pelajar kita, bukan sahaja di dalam negara, malah di mata dunia
Untuk info, UiTM merupakan universiti awam pertama di Malaysia menerima ACCA Platinum Award sejak Julai 2011 dan terus berperanan sebagai institusi pengajian awam utama dalam mendokong pencapaian aspirasi negara untuk menghasilkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
Tahniah buat Fatin Najwa Azman dan Putera Aiman Abdul Rashid. By the way guys, kalau korang belajar dengan tekun dan usaha pasti akan berjaya dan jadi terbaik. Semoga, apa yang korang pelajari dan pengalaman yang diperolehi menjadi bekal untuk menembusi pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam kes jangkitan Covid-19 di kebanyakan negara Eropah kembali melonjak menjelang ketibaan musim sejuk dan rata-rata seluruh dunia berjaga-jaga menerim gelombang baru Covid-19.
Kini, penduduk dunia ditakutkan lagi dengan beberapa kes jangkitan virus selsema burung di Eropah dan Asia telah dikesan oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) akhir-akhir ini, menunjukkan ia dipercayai akan kembali merebak lagi.
Foto : The New York Times
Dikenali Influenza H5N1 ini menyerang sumber makanan daging utama iaitu unggas (burung burung domestik seperti ayam, angsa, itik dan ayam belanda.)
Menurut statistik OIE menerusi The Guardian, di China sebanyak 21 jangkitan kepada manusia melibatkan virus jenis H5N6 tahun ini, lebih tinggi berbanding sepanjang tahun lepas.
Manakala di Korea Selatan pula, virus selsema burung dilapor telah menjangkiti sekitar 770,000 ternakan di wilayah Chungcheongbuk-do hingga menyebabkan kesemuanya terpaksa disembelih.
Sementara itu di Jepun, jangkitan pertama dilapor berlaku pada musim sejuk tahun ini di sebuah ladang di timur laut negara tersebut, dikatakan melibatkan virus jenis H5N8.
Selain Asia, Eropah juga tidak terkecuali apabila kira-kira 7,000 burung di Rogaland, Norway dilapor dijangkiti virus berkenaan, selain di Belgium, Perancis dan Belanda.
Awal bulan ini, zon pencegahan selesema burung telah diisytiharkan di seluruh Great Britain, di mana semua penjaga burung diwajibkan mematuhi langkah biosekuriti yang ketat selepas sekawan ayam di Dundee di Scotland terpaksa dimatikan.
Sebelum ini Malaysia pernah dilanda H5N1 pada Malaysia Ogos 2004 apabila kes pertama dikesan di Kelantan. Penyakit ini telah berjaya dibenteras dengan segera dan Malaysia diiktiraf bebas dari penyakit ini pada 5 Januari 2005. Kes terpencil sekali lagi dilaporkan kira-kira satu tahun kemudian di Kuala Lumpur.
Berdasarkan laporan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak, selesema burung disebabkan oleh virus Avian Influenza (AI) yang biasanya boleh berjangkit kepada burung.
Tanda dan Gejala Dijangkiti Selesema Burung
Korang boleh disyaki menghidap Selesema Burung sekiranya terlibat dengan ternakan yang sakit dan mati dalam jumlah yang banyak. Pesakit mungkin mengalami demam tinggi yang melebihi 38 darjah selsius, sakit kepala, sakit otot, batuk, sakit tekak, muntah, sakit perut, cirit-birit dan sesak nafas.
Kecoh baru-baru ini di laman media sosial apabila ada mengatakan bahawa kos untuk melancong ke Poland lebih murah berbanding pergi ke negara lain seperti Korea, New Zealand dan Australia.
Namun begitu, mungkin ramai yang tertanya-tanya, negara Poland itu apa? Di mana dan sebagainya. Untuk pengetahuan, Poland terletak di tengah benua Eropah dan terbahagi kepada 16 bahagian pentadbiran.
Oleh itu, Remaja ingin berkongsi antara fakta-fakta menarik mengenai negara tersebut yang mungkin korang tak tahu.
1. Polish Zloty bersamaan dengan RM1.07
2. Kos penginapan di Warsaw iaitu ibu negara Poland lebih kurang sama dengan hotel-hotel di Kuala Lumpur.
3. Rakyat Malaysia tidak perlukan visa untuk masuk ke poland, boleh juga pas pelancong dan tinggal selama 90 hari di sana.
4. Sejarah Poland sangatlah memeningkan. Kalau korang rasa drama Game Of Throne tu dah pening, bila baca sejarah zaman pertengahan mereka memang boleh surrender!
5. Poland sangat luar dan mempunyai pelbagai alam semula jadi termasuklah gunung-ganang, hutan, gurun, pantai dan juga tasik.
6. Poland juga mempunyai istana terbesar di dunia dan juga 16 tapak warisan yang diiktiraf.
7. Memakai topi di dalam bangunan dianggap biadap namun perkara ini hanya dipraktikkan oleh warga tua sahaja.
8.Mempunyai restoran tertua di benua Eropah yang terletak di Wroctaw iaitu Piwnica Swidnicka yang dibuka pada tahun 1275.
9. Tarikh 21 Jun adalah hari Valentine versi warga Poland. Sesiapa yang menemui cinta pada hari itu dianggap bertuah dalam percintaan
10.Negara yang sangat menitikberatkan agama serta mempunyai patung Jesus (Nabi Isa) tertinggi di dunia.
Sumber: Discover Cracow
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
2 minggu berturut-turut, YouTuber Logan Paul diheret di dalam kontroversi setelah dia memuat naik Vlog di kawasan yang dipanggil sebagai ‘Suicide Forest’ di Jepun.
Terletak di pekarangan kaki Gunung Fuji dalam kawasan perhutanan Aokigahara Jukai, Logan Paul dikritik hebat sehingga mendapat tindakan tegas oleh pihak YouTube setelah dia melanggar etika peraturan YouTube, dengan merekod dan menunjukkan tubuh badan mangsa bunuh diri ketika berada di Suicide Forest.
Bagi korang yang berminat dengan all-things Japanese mungkin mengetahui tentang latar belakang tempat tersebut.
Tetapi bagi yang baru mengetahui mengenai kewujudannya, ini adalah 9 perkara yang selalu diperkatakan oleh orang Jepun tentang Suicide Forest.
1 ‘Lautan Pokok’
Perhutanan Aokigahara Jurai atau dalam bahasa Inggeris, ‘Sea of Trees’ terletak di Yamanashi Jepun. Permukaan tanahnya terhasil daripada tinggalan lava yang pernah meletus dari Gunung Fuji.
2 Jangan Keluar Dari Trek Jalan Kaki
Pengunjung seperti Logan Paul yang memasuki kawasan itu di bawah kawalan ranger selalu diingatkan untuk tidak keluar dari trek yang disediakan. Ini kerana jika pengunjung berjalan sesuka hati, besar kemungkinan mereka akan sesat kerana kawasan tersebut memang 100% dikelilingi oleh pokok tinggi berusia ratusan tahun.
3 Sejarah ‘Bunuh Diri’
Pada zaman dulu di Jepun, perbuatan bunuh diri dikenali sebagai perbuatan samurai, iaitu menyerahkan nyawa untuk berkorban demi ketua atau negara.
Dalam kes lain, keluarga miskin juga didapati membiarkan saja tubuh badan ahli keluarga mereka yang tua dan sudah meninggal dunia di kawasan hutan ini kerana tidak mampu menanggung kos pengebumian. Ia dipanggil sebagai ‘Ubasute’.
4 Ya, Ia Adalah Kawasan Popular Untuk Membunuh Diri
Namun pada zaman moden ini, statistik menunjukkan seramai 100 ke 150 orang secara purata mengambil keputusan untuk menggantung diri mereka dari dahan pokok di sini, setiap tahun.
Sebab itulah, terdapat banyak signage yang dipacak dan digantung di Suicide Forest agar pelaku memikirkan semula mengenai keputusan ingin membunuh diri.
5 Bergantung Kepada Situasi Ekonomi
Pelik, tetapi itulah yang berlaku di Jepun. Ramai masyarakatnya yang ingin membunuh diri disebabkan oleh situasi ekonomi. Faktor itu menjadikan jumlah kes di Suicide Forest bertambah pada akhir bulan Mac, iaitu bulan terakhir dalam kalendar ekonomi tahunan di Jepun.
6 Banyak Barang Peninggalan Mangsa
Semasa berjalan di kawasan hutan yang terletak kurang 120 kilometer dari Tokyo itu, pengunjung akan menjumpai beberapa objek kepunyaan mangsa seperti sepasang kasut, beg bimbit, kepingan gambar mangsa bersama orang kesayangan mereka dan mungkin juga, tubuh badan mereka sendiri yang terbiar begitu saja.
7 Tiada Bunyi
Disebabkan oleh permukaan tanah daripada lava, kawasan ini mempunyai ciri istimewa di mana ia memerangkap bunyi. Berbeza dengan kawasan hutan yang selalunya bergema dengan suara pengunjung, Suicide Forest begitu senyap. Ia akan membuatkan pengunjung sama ada merasa tenang atau merasa takut.
8 Gua Ais
Selain daripada kawasan hutan, Suicide Forest juga mempunyai beberapa buah gua yang ‘diselaputi’ dengan ais dan ia menjadi tarikan utama pengunjung.
9 Pernah Ditunjukkan Di Dalam Filem
Di dalam filem ‘The Sea of Trees’ yang dibintangi oleh Matthew McConaughey, dia menjumpai signage berbunyi, “Kehidupan yang diberi kepada kamu melalui ibu-bapa kamu adalah berharga.
Ada juga signage seperti, “Cuba fikirkan sekali lagi mengenai ibu-bapa adik-beradik dan anak kamu. Fikirkan tentang perasaan mereka dan jangan tersiksa keseorang saja.”
============================
Tindakan Logan Paul yang memuat naik Vlog itu bagi penulis mendapat kecaman kerana statusnya sebagai seorang YouTuber yang terkenal. Sebagai seorang yang mempunyai pengikut yang ramai terutamanya di kalangan remaja awal belasan tahun, seharusnya dia lebih sensitif terhadap kandungan videonya.
Kami berharap agar ia dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua. Dalam pada kita mengejar jumlah like dan ingin menjadi trending di media sosial, soal sensitiviti masih menjadi perkaran nombor satu yang wajib dititik beratkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...