Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aisha Retno mengakui selesa menggunakan platform media sosial Threads sebagai medium untuk berinteraksi dengan peminat selain mempromosikan karya terbaharunya.
Malah, penyanyi berusia 26 tahun itu turut menyifatkan platform tersebut sebagai ruang yang menyeronokkan untuk menampilkan sisi dirinya yang sebenar, sehingga menerima gelaran ‘Ratu Kacip’ dalam kalangan netizen.
Bermula Ketika Promosi Lagu Jodoh Lebaran
Menurut Aisha, dia hanya mula membuka akaun Threads beberapa bulan lalu ketika sedang giat mempromosikan lagu Jodoh Lebaran.
“Sebenarnya saya pun baru sahaja buka akaun Threads ketika mempromosikan lagu Jodoh Lebaran beberapa bulan lalu yang awalnya saya guna tanpa bimbingan sesiapa.
“Masa mula-mula guna, kandungan yang muncul semuanya lawak. Jadi saya pun cuba ikut serta dan jadi kelakar juga sampai digelar ‘Ratu Kacip’. Saya tak kisah pun.
“Sebab itu saya rasa Threads adalah platform yang sangat menyeronokkan jika dimanfaatkan dengan betul,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single baharu, Diari Air Mata di Kenangan Coffee TRX.
Tampil Personaliti Sebenar Di Media Sosial
Tambah Aisha, Threads turut membolehkannya mendekati peminat dengan lebih rapat, khususnya mereka yang mungkin belum mengenali keperibadiannya di luar dunia seni.
Ads
“Mungkin ada yang tak tahu, saya sebenarnya suka melawak dan agak ‘ting tong’ sedikit. Jadi apabila di platform itu saya cuma jadi diri sendiri.
“Kadangkala selepas penat bekerja kita mahu ruang untuk berkomunikasi dengan bebas bersama mereka yang selama ini banyak memberikan sokongan,” ujarnya.
Tidak Terlalu Melayan Persepsi Negatif
Dalam pada itu, pelantun lagu Sutera itu turut mengakui pernah mendengar pelbagai persepsi negatif mengenai Threads. Namun, pengalaman peribadinya sepanjang menggunakan platform tersebut jauh berbeza daripada apa yang diperkatakan.
“Memang ada yang kata Threads toksik tetapi sepanjang saya mengikutinya, lebih banyak jumpa bahan kelakar dan membina.
Ads
“Ada juga satu dua komen kurang menyenangkan, cuma itu perkara biasa sebab sesiapa pun bebas memberikan pendapat masing-masing.
“Akaun ini pun saya kendali sendiri. Ada yang tanya, ‘Aisha kenapa kacip sangat?’ Bagi saya, digelar sedemikian pun menunjukkan kedekatan kami, saya okey dengan gelaran itu,” katanya.
Menangis Dalam Studio Ketika Rakam Diari Air Mata
Berkongsi mengenai single terbaharunya, Diari Air Mata, Aisha meluahkan rasa teruja apabila berpeluang bekerjasama dengan komposer terkenal, Ajai, yang turut memberi ruang kepadanya untuk berkongsi pandangan sepanjang proses penghasilan lagu tersebut.
“Sebaik berjumpa Ajai yang juga penggubah Diari Air Mata, kami duduk dan beliau minta saya bercerita mengenai episod cinta saya yang kecundang.
“Pengalaman saya itu diharap dalam lagu ini. Memang gubahannya sarat emosi hingga saya menangis di dalam studio.
“Saya juga terharu apabila Usanita Entertainment memilih saya untuk bawakan dendangan yang indah ini,” ujarnya.
Kolaborasi Bermakna Bersama Ajai
Jelas Aisha, peluang bekerjasama dengan Ajai merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna dalam perjalanan seninya kerana komposer itu bukan sahaja menghasilkan karya yang menyentuh emosi, malah memberi kebebasan kepadanya untuk berkongsi kisah peribadi yang menjadi inspirasi kepada lagu tersebut.
Single Diari Air Mata kini menjadi taruhan terbaharu Aisha Retno dan dijangka mampu menyentuh hati pendengar menerusi lirik serta melodi yang sarat dengan kisah kekecewaan dalam percintaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak kisahlah apa juga makanan kegemaran korang, Nasi Lemak tetap di setia di hati rakyat Malaysia.
Pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara selalu teringinkan rasa Nasi Lemak asli. Inikan lagi kita yang berada di Malaysia, kalau boleh setiap hari nak rasa Nasi Lemak!
Tak kira bangsa, agama dan latar belakang, makanan tradisi Malaysia itu akan sentiasa menjadi pilihan utama pada setiap masa. Nasi Lemak juga bagi penulis adalah pengikut hubungan rakyat terutamanya semasa negara berhadapan dengan cabaran wabak Covid-19.
Haa, sempena memasuki bulan Kemerdekaan hari Sabtu ini, jenama francais fast-food terbesar negara iaitu Marrybrown mengisytiharkan 1 Ogos sebagai Hari Nasi Lemak Marrybrown – Hidangan Kebanggaan Kita.
Untuk menyambut hari tersebut, Marrybrown mengumumkan bahawa mereka akan memberikan 10,000 kotak Nasi Lemak MB di seluruh negara secara percuma sehingga stok habis. Dengan setiap pemberian Nasi Lemak, korang juga akan memperolehi 1 cawan Milo Ais kecil setiap seorang.
Acara ini akan bermula pada jam 10 pagi ke atas di beberapa cawangan Marrybrown terpilih. Jadi jangan lupa tau untuk masukkan acara ini di dalam kalendar masing-masing. Yang penting, pakai pelitup muka sebelum memasuki restoran dan jaga penjarakan sosial korang semasa menerimanya.
Cer check cawangan restoran yang terpilih di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Harapan peminat taman tema sedunia amatlah tinggi..
Adakah taman tema 20th Century Fox World yang sedang dibina di Genting Highland menepati jangkaan semua orang, setakat ini?
Pada mulanya, taman tema ini dijangka akan dibuka kepada orang ramai secara berperingkat bermula tahun 2018. Apabila pihak Genting dan 20th Century Fox World Malaysia mengadakan sidang media kali pertama mereka pada tahun 2014, ramai beranggapan tempoh 4 tahun itu terlalu singkat untuk menyiapkan kesemuanya.
4 tahun hampir berlalu. Apakah perkembangan terbaru dengan taman tema tersebut bernilai RM2.5 bilion?
Rupa taman tema Genting Highland beberapa tahun lalu. Agaknya sekarang macam mana eh?
Genting Highlands ialah lokasi pertama yang dipilih untuk mewujudkan taman tema 20th Century Fox. Sebanyak lebih daripada 25 tarikan dan ride baru akan dapat korang naiki. Kesemuanya berasaskan filem terkenal yang pernah dikeluarkan oleh syarikat penerbitan itu termasuklah Planet of the Apes, Rio, Alien vs Predator, Ice Age, Life of Pi, Night at the Museum, Wolverine dan – wait for it – Titanic!
Kesemua tarikan tersebut telah dapat dilihat terbina pada tanah berkeluasan 25 ekar ini. Cuba korang lihat beberapa foto yang telah dirakam oleh pihak kontraktor dan pengunjung yang menaiki kereta kabel untuk ke Resorts World Genting.
Kelihatan Space Shot yang lebih tinggi berbanding Solero Shot dahulu.
Ada juga ride terbaru yang landai namun pantas!
Kawasan landskap bertangga di bahagian luar.
Pintu masuk utama bertemakan roket (mungkin sekali diilhamkan daripada filem Alien vs Predator)
Bersebelahan dengannya pula ialah bangunan Arena of Stars sedia ada.
‘Rumah’ kepada Ice Age yang menjadi pintu masuk untuk ride roller coaster. Dah bersalji!
Seperti di Disneyland, 20th Fox Century juga dijangka akan menganjurkan Dream Parade istimewa yang menampilkan karakter diminati ramai daripada filem dan siri kartun mereka. Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi mengenai Dream Parade ini, jika benar ia berlaku, pasti semua pengunjung termasuklah kita yang dah besar panjang ini tak sabar menantikannya pada waktu malam.
Setakat ini, begitulah rupa taman tema ini yang masih dalam proses pembinaan. Yang paling terawal dibuka adalah stor Fox World Studio pada 21 April lalu di tingkat kedua Sky Avenue, Genting. Bolehlah korang usha merchandise mereka.
* * * * *
Apa pun, kami berharap ia dapat dibuka menjelang suku kedua tahun 2019, seperti yang diramalkan pakar. Selain daripada di Malaysia, taman tema 20th Century Fox juga akan dibuka di Dubai dan Yeongjong Island, Korea Selatan.
P.S: Harga tiket masuk dijangka dijual sekitar RM150 seorang. Hhm, berbaloi ke tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun hampir empat tahun, namun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair ini bukan hanya dirasai oleh Bunga Cinta Lestari (BCL) sekeluarga dan teman rapat mereka.
Malahan, para peminat mereka berdua baik dari Indonesia mahupun Malaysia masih merasai kehilangan tersebut.
Terbaharu, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari menyambut ulang tahun kelahiran arwah suaminya iaitu Ashraf Sinclair yang ke-44 tahun di pusara aktor tersebut.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, penyanyi lagu popular Cinta Sejati itu dilihat menziarahi pusara Ashraf bersama anak lelakinya, Noah Aiden Sinclair dan beberapa ahli keluarga yang lain.
Selain itu, Bunga sempat menitipkan dedikasi istemewa buat arwah suaminya yang menginjak usia 44 tahun sekiranya masih hidup.
“Sayang, hari ini seharusnya ulang tahun kamu yang ke 44, tapi takdir berkata berbeza, kamu sudah pergi terlebih dahulu.
“Kami di sini semuanya baik-baik sahaja, kami hidup dengan selamat dan kami semua mencipta sebuah kenangan baharu tanpa melupakan awak, sentiasa akan ingat awak.
“Awak sentiasa ada dalam hati kami semua, kami sentiasa rindukan awak. Selamat ulang tahun di syurga, terima kasih untuk segalanya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian sama, Bunga turut berkongsi beberapa keping foto buat tatapan umum.
Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian pelakon itu pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung pada jam 3.40 pagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Maxis memohon maaf susulan insiden data pelanggan yang tular di media sosial. Syarikat mengesahkan insiden terpencil, sedang menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikaitkan dengan kes tersebut.