
Pelakon terkenal, Rita Rudaini sekali lagi meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak sulung kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin terus melakar kejayaan membanggakan dalam bidang pendidikan.
Terbaharu, Airit yang kini menuntut di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar menerima pengiktirafan menerusi sebuah anugerah kecemerlangan, sekali gus menjadi satu lagi pencapaian manis buat remaja berkenaan.
Kejayaan itu nyata cukup bermakna buat Rita Rudaini, lebih-lebih lagi apabila Airit bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, aktres berkenaan tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya melihat anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang itu terus menunjukkan prestasi cemerlang.
“Baiknya takdir Tuhan. Tahniah Champ untuk penerima anugerah. Mommy and adik will forever be your biggest supporter and your proudest cheerleader,” tulisnya.
View this post on Instagram
Rita Rudaini Hargai Jasa Guru Di Sebalik Kejayaan Anak
Namun, apa yang lebih menyentuh hati adalah apabila Rita tidak hanya meraikan kejayaan Airit, sebaliknya turut menitipkan penghargaan istimewa buat barisan guru yang selama ini banyak mencurahkan ilmu dan membimbing anaknya.
Sebagai seorang ibu, Rita menyedari bahawa di sebalik setiap kejayaan yang diraih Airit, terdapat insan-insan hebat yang tidak pernah mengenal erti penat dalam mendidik dan membentuk peribadi anaknya.
“Di sebalik setiap langkah dan kejayaan Ryan, ada insan-insan hebat yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan berkongsi ilmu dengan penuh kasih sayang.
“Dari hati seorang mommy, terima kasih cikgu-cikgu kerana pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup Airit.

“Mommy mungkin tak mampu membalas segala jasa, tetapi setiap ilmu, nasihat dan kebaikan cikgu-cikgu akan sentiasa mommy hargai,” luahnya.
“Airit Mungkin Hanya Seorang Daripada Ramai Anak Murid Cikgu…”
Lebih meruntun hati, Rita turut menitipkan kata-kata penuh makna mengenai betapa besarnya peranan seorang guru dalam kehidupan anak yang amat disayanginya itu.
Biarpun Airit hanyalah salah seorang daripada ratusan pelajar yang pernah menerima didikan mereka, jasa dan pengorbanan guru-guru berkenaan tetap mempunyai tempat yang cukup istimewa di hati Rita.
“Airit mungkin hanya seorang daripada ramai anak murid cikgu, tetapi bagi mommy, cikgu-cikgu adalah antara insan yang membantu membentuk anak yang paling mommy sayangi.
“Semoga Allah membalas segala keikhlasan cikgu-cikgu dengan seindah-indah ganjaran. Kejayaan Airit hari ini, ada jasa cikgu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


















