Rabu lepas, pelakon kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah gemilang buat negara apabila muncul sebagai pelakon Malaysia pertama yang ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/ Komedi di acara Golden Globe Awards.
Berjaya membawa nama tanah air ke persada antarabangsa, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak terlepas peluang bagi menzahirkan ucapan tahniah buat pelakon berusia 60 tahun itu atas kejayaan tersebut.
Michelle menempa nama di Hollywood itu juga menzahirkan ucapan terima kasih buat Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong selain beliau turut merakamkan penghargaan yang tidak terhingga juga buat para pemimpin Malaysia.
“Terima kasin buat rasa cinta dan ucapan tahniah daripada keluarga dan rakan-rakan seluruh dunia. Raja, Permaisuri dan Perdana Menteri serta para pemimpin di Malaysia. Keluarga besar (extended) di Hong Kong dan China.
Ads
“Rasa syukur saya yang sangat tinggi. Itulah sebab di mana perjalanan saya sebagai aktres bermula yang membawa saya ke tahap sekarang,” coretnya menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram.
Sekadar informasi, Michelle merangkul trofi berkenaan untuk filem Everything Everywhere All at Once arahan sutradara, Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.
Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan pelakon itu menewaskan calon terbaik yang lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Raja komedi terkenal, Stephen Chow baru-baru ini berkongsi melalui sebuah hantaran di aplikasi Weibo bahawa dia mewasiatkan sebahagian daripada kekayaannya kepada dua pelakon iaitu Cecilia Cheung dan Xu Jiao.
Kekayaan yang dimiliki Stephen Chow dilaporkan bernilai AS$ 185 juta atau RM 877 juta hasil daripada berlakon, menjadi pengarah, juga sebagai usahawan dalam beberapa jenis perniagaan.
Pelakon Shaolin Soccer itu juga tidak bercadang untuk meninggalkan semua harta hasil kerja kerasnya selama ini kepada keluarga, namun terdapat perancangan lain yang ingin dilakukannya.
Sekadar info, Cecilia memang mempunyai hubungan akrab dengan Stephen memandangkan mereka pernah terlibat dalam filem yang sama seperti King of Comedy, Shaolin Soccer dan The New King of Comedy.
Selain itu, Xu Jiao pula pernah berlakon bersama Stephen melalui filem komedi sci-fi, CJ7 ketika dia berusia 8 tahun. Selepas itu hubungan mereka bertambah akrab dan Xu Jiao juga merupakan anak pembaptisan Stephen.
Untuk rekod, Stephen tidak pernah berkahwin ataupun mempunyai anak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak tahun 2015, banyak perkara telah berlaku kepada Justin Bieber.
Hubungan cinta yang terjalin semula dengan Selena Gomez, #Jelena putus semula dan perkahwinan dengan Hailey Baldwin (sekarang Hailey Bieber). Macam-macam sudah berlaku kepada Justin; kecuali lagu baharu.
Selain 3 single kolaborasi iaitu Despacito bersama DJ Khaled, I Don’t Care bersama Ed Sheeran dan remix Bad Guy bersama Billie Eilish (we are going to pretend we have not listened to that), Justin seakan menjauhkan diri daripada dunia seni.
Hinggalah pada hari ini!
Justin secara rasmi telah melancarkan single pertama berjudul Yummy daripada albumnya yang bakal muncul pada tahun 2020. Dan ramai yang meramalkan dia akan mengulangi kejayaan album Purpose sebelum ini.
Yummy menceritakan hubungan istimewanya bersama isteri, Hailey Bieber di mana Justin menganggap Hailey sebagai insan nombor SATU dan yang terpenting untuknya.
Video muzik rasmi Yummy akan dilancarkan pada 1 pagi ini (5 Disember): jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikannya.
Dengarkan Yummy di SINI dan komen sama ada ia sesedap tajuknya atau tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan lagu yang dinyanyikan oleh ROSÉ Blackpink dan Bruno Mars berjudul “APT” kini berlegar-legar di kepala kita dek liriknya yang catchy.
Apateu, apateu
Apateu, apateu
Apateu, apateu…
APT
Namun, mungkin kebanyakan daripada masyarakat kita terlepas pandang tentang pengisian lirik yang disampaikan. Terutama apabila lagu ini semakin popular dan sering digunakan sebagai muzik latar di media sosial.
Antara bait lirik, Rosé menyanyikan:
“Kissy face, kissy face / Sent to your phone, but / I’m tryna kiss your lips for real.”
Bruno Mars menambah:
“Turn this apateu into a club / I’m talkin’ drink, dance, sm*ke, freak, party all night.”
Penggunaan istilah ‘APT.’ atau ‘apartment’ sebagai simbolik untuk tempat pertemuan dalam konteks menggoda juga memperlihatkan normalisasi terhadap tingkah laku yang bertentangan dengan nilai-nilai budaya timur.
Lirik Lagu Popular “APT” Nyanyian ROSÉ & Bruno Mars
Apa yang lebih membimbangkan ialah bagaimana lagu ini sering digunakan sebagai muzik latar dalam video-video media sosial, menjadikannya sebahagian daripada kehidupan harian tanpa kita sedari. Anak-anak mungkin menghafal lirik ini tanpa menyedari mesej yang disampaikan.
Jadi, tugas kita sebagai orang dewasa perlu memastikan sama ada lagu-lagu yang didengari itu mempunyai maksud yang baik atau tidak kerana ia juga turut menjadi ikutan kanak-kanak.
Mungkin ada interpretasi lain mengenai lagu ini yang akan dipertahankan oleh peminat. Anda boleh nilaikan sendiri dengan membedah bait bait lirik lagu popular ini. Bak kata pepatah ‘tepuk dada tanyalah selera’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...