Tiada apa yang mustahil dalam dunia fesyen, dan nampaknya musim durian kali ini menjadikan raja buah ini sebagai satu idea kreatif rekaan dengan beg yang trendy dan bergaya.
Baru-baru ini, sebuah kedai di Thailand yang diberi nama ‘Famrak’ telah berjaya menarik perhatian ramai dengan koleksi beg tangan yang menyerupai buah tersebut. Apa yang membuatkan rata-rata daripada warganet teruja melihatnya adalah kerana rekaannya yang hampir sama dengan sebiji durian apabila dilihat secara sekali pandang.
Ads
Ads
Kreatif habis kan pereka fesyen dari Thailand ni. Untuk pengetahuan korang, rekaan beg tangan ini didatangkan dalam tiga saiz berbeza yang mana anda boleh pilih sendiri mengikut kesukaan. Untuk beg pertama dan kedua,
ianya berharga THB390 (RM54) manakala beg yang ketiga berharga THB990 (RM137).
Ads
Korang jangan risau tak dapat pergi ke negara jiran kita ni, penghantaran beg ini akan turut dilakukan di Malaysia. Ini sudah pastinya merupakan berita baik buat mereka yang meminati rekaan yang unik seperti ini.
Siapa kata naskah drama dan filem tempatan tidak setaraf dengan karya-karya popular dari luar negara?
Terbaru, ramai penonton tampil memberikan respon positif terhadap drama tular kini berjudul X-Change: Bond of Bloods lakonan Datuk Rosyam Nor, Arfie Shah, Joey Leong, Hariz Hamdan dan Marissa Yasmin.
Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang masing-masing terdiri daripada perompak profesional, penonton teruja untuk menyelami skil, kepakaran dan identiti setiap karakter dalam keluarga ini yang membuatkan mereka sukar ditumpaskan sebagai satu unit.
Namun, sejauh mana kesetiaan dan keutuhan hubungan kekeluargaan itu dapat bertahan lebih-lebih lagi apabila habuan sudah dihidangkan di depan mata? Haa… itulah yang membuatkan siri bergenre aksi, heist dan konflik drama ini adiktif lagi menghiburkan para penonton sehingga mereka tidak sabar untuk menontonnya di mana-mana sahaja.
Ya, korang tidak perlu lagi menunggu waktu untuk menonton drama X-Change: Bond of Bloods di saluran Astro Premier (101).
Sebaliknya, korang boleh juga menontonnya (again, di mana-mana sahaja) menerusi platform penstriman Astro GO dan sooka. Bagi menjamin kepuasan korang sepanjang mengikuti siri ini tanpa isu-isu seperti buffering atau visual kurang jelas, REMAJA hendak cadangkan korang untuk bertukar kepada pelan redONE Postpaid 5G SMART baharu yang disertakan dengan telefon pintar 5G PERCUMA.
Hanya dengan langganan serendah RM68 sebulan, korang boleh menikmati pengalaman membuat panggilan tanpa had dan menggunakan data internet pantas tanpa had sewaktu melayan drama bersiri seperti X-Change: Bonds of Blood ini mahupun ketika melayari platform media sosial seperti TikTok, YouTube, Facebook serta Instagram.
Segalanya pantas, segalanya HD!
Tidak cukup sekadar itu sahaja, korang juga berpeluang mendapatkan akses internet sehebat 60GB bagi penggunaan hotspot. Jangan risau, korang yang pernah disenarai hitam pun boleh memohon tau.
Eksklusif sempena bulan kemerdekaan ini, redONE Mobile kini juga menawarkan hadiah berupa iPhone percuma dengan mendapatkan pelan redONE Postpaid 5G SMART ini di mana-mana cawangan redONE Mobile berdekatan. redONE Mobile turut menawarkan rebat bernilai RM10 bagi pelanggan port-in selama enam bulan.
Ingat, promosi ini berakhir pada 30 September 2024. Jadi jangan lepaskan peluang untuk X-change ke redONE Mobile dan peluang menjadi pemenang mingguan bertuah mereka tanpa drama!
Untung badan, boleh sambut Hari Merdeka dengan telefon pintar 5G serta iPhone baharu.
Semenjak kebelakangan ini, pemain bola sepak Mohamed Salah sering menjadi sebutan netizen di media sosial. Tidak semena-mena bintang Liverpool ini menjadi troll, mungkin kerana namanya yang membawa maksud dalam bahasa Malaysia.
Bagi orang lelaki mereka mungkin sudah cukup mengenali bintang bola sepak ini, namun di kalangan wanita pula, rasanya ada yang tertanya-tanya siapa Salah sebenarnya? Hiks!
Selain daripada bintang bola sepak Liverpool, berikut merupakan 7 fakta tentang Salah yang mungkin ramai tidak tahu.
1. Mohamed Salah pernah mencipta sejarah apabila menjadi pemain Mesir pertama menerima gelaran Pemain Terbaik Tahunan, oleh Persatuan Pemain Bola Speak Profesional England (PFA).
2. Penyerang Mesir berusia 25 tahun ini dianggar bernilai £29.75 juta berdasarkan laman web Transfer Market UK. Pemain kelahiran Mesir yang berpindah ke Liverpool dengan yuran perpindahaan £34.3 juta (RM187.4 juta) daripada AS Roma setakat ini telah menjaringkan 30 gol bersama Liverpool.
3. Pernah terpalit kontroversi kerana enggan berlaga pipi bersama seorang hos wanita sewaktu menerima anugerah Pemain Terbaik Liga Swiss ketika bermain untuk Basel.
“Di Swiss, orang bertepuk tangan sedangkan di Mesir mereka mengkritik saya,” jelasnya.
4. Sudah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Makka, sempena nama kota suci umat Islam di mana ayat pertama al-Quran diturunkan buat pertama kali.
5. Mohamed Salah juga seorang pemain bola sepak Muslim yang tidak pernah berselindung tentang identiti Islamnya. Dia sering melakukan sujud syukur selepas berjaya menjaringkan gol pada setiap perlawanan.
Pemain kelahiran Mesir, 15 Jun 1992 ini sering menadahkan pandangannya ke langit sambil menunjuk ke atas.
6. Walaupun sudah dikenali seluruh dunia, Salah yang lahir dan dibesarkan di perkampungan Nagrig di wilayah bahagian barat Mesir tetap tidak melupakan tanah airnya. Dia kerap membantu orang-orang miskin, hospital, sekolah dan teman-temannya sewaktu kecil dulu.
7. Pernah melibatkan diri di lapangan ketenteraan Mesir sebelum bergelar seorang pemain bola sepak.
Individu yang korang jadikan troll ni sebenarnya hebat orangnya tau. Jangan main-main dengan Salah. Hiks!
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman yang difailkan sepasang suami isteri terhadap penganjur sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn. Bhd. (SIC) kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian anak mereka Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, pelumba pada Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia (MSS), lima tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah menolak saman yang difailkan Mohd Abdul Hakim Embong dan Norhaidah Mohd Noor dan memerintahkan mereka membayar kos berjumlah RM14,000 kepada SIC serta defendan kedua, syarikat permotoran, AAM Motorsports Sdn. Bhd.
Dalam penghakiman ringkasnya, Tun Abd Majid berkata kemalangan yang mengorbankan nyawa Muhammad Izzat bukan disebabkan kecuaian mana-mana pihak tetapi disebabkan ‘error of judgment’ (kesilapan perkiraan).
“Tidak dinafikan sukan permotoran terdedah kepada kemalangan dan risiko, maka semua pihak yang terlibat dalam perlumbaan ini sedar akan perkara ini dan bersedia menanggung segala kemungkinan.
“Sungguhpun mahkamah bersimpati atas kematian anak plaintif, namun berdasarkan keterangan (saksi), mahkamah mendapati kemalangan bukanlah berpunca daripada kecuaian pihak defendan,” katanya.
Muhammad Izzat maut selepas terlanggar Marsyal perlumbaan yang turut maut dalam kejadian ini lima tahun lalu..
Pasangan suami isteri itu yang hadir di mahkamah, diwakili peguam Jefri Jaafar sementara SIC diwakili peguam Muhammad Syafiq Salleh dan AAM Motorsports diwakili peguam Mallika Lee.
Jefri ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir berkata pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam tempoh sebulan selepas meneliti penghakiman lengkap kes itu.
Muhammad Syafiq pula ketika diminta menjelaskan “kesilapan perkiraaan” itu berkata keadaan itu berlaku ketika motosikal yang dipandu Muhammad Izzat berlanggar dengan seorang marsyal bendera, S. Satish, 44, yang turut maut dalam kemalangan itu.
“Ketika motosikalnya terbabas, Muhammad Izzat cuba mengelak Satish dan pada masa sama Satish pun cuba mengelak tetapi mereka berdua mengelak dengan bergerak ke arah yang sama sehingga berlaku kemalangan,” katanya yang turut menzahirkan rasa simpati terhadap pihak plaintif atas kematian anak mereka.
Muhammad Izzat parah dan meninggal dunia beberapa hari selepas kejadian
Anak S Satish begitu bersedih dengan kejadian bapanya dirempuh dalam kejadian tidak terduga ini
Dalam pernyataan tuntutan saman yang difailkan pada 2016, pasangan suami isteri itu mendakwa Muhammad Izzat, 17, yang merupakan pelumba motosikal di bawah Projek SIC Ninja Junior, telah menyertai perlumbaan di bawah kategori Kawasaki Ninja 250R Cup di Litar Antarabangsa Sepang pada 21 September 2013.
Mereka berkata semasa perlumbaan itu, Muhammad Izzat terlibat dengan kemalangan apabila motosikalnya terbabas dan melanggar Satish, yang berada di kawasan litar itu di garisan penamat.
Akibat pelanggaran itu, Satish meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Izzat berada dalam keadaan koma dan meninggal dunia lima hari kemudian.
Pasangan itu mendakwa defendan pertama telah gagal atau cuai menyediakan pegawai perubatan yang cekap dan berpengalaman di litar perlumbaan untuk memberikan rawatan dan bantuan perubatan semasa berlaku kecemasan.
Mereka juga mendakwa defendan pertama dan kedua telah gagal atau cuai dalam memastikan tiada halangan atau individu berada di kawasan garisan penamat pada masa litar tersebut digunakan sepenuhnya oleh pelumba.
Menyertai perlumbaan motosikal antara berisiko namun ia tetap mendapat permintaan tinggi dari peminat dan pelumbanya. pix hiasan
Selain itu, defendan juga didakwa gagal mematuhi peraturan dalam sukan permotoran terutamanya membabitkan kedudukan marsyal bendera ketika perlumbaan.
Plaintif menuntut ganti rugi khas, am, teruk dan teladan serta kos guaman dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!