Meninggal Dunia Diusia 26 Tahun, Pelakon Korea Song Yoo Jung Dijumpai Tidak Bernyawa

Share

Seorang lagi pelakon Korea ditemui tidak bernyawa, Song Yoo Jung dilaporkan meninggal dunia pada usia 26 tahun.

Pelakon yang popular dengan drama School 2017 dan baru-baru ini muncul dalam muzik video kumpulan iKON’s untuk lagu “Goodbye Road” ini dilaporkan meninggal dunia pada 23 Januari lalu.

Menurut media tempatan, kejadian itu disedari bapanya sendiri setelah gagal menghubunginya dan membuat laporan polis untuk melihat keadaan anaknya berikutan dia tinggal berasingan.

Hasil siasatan awal mendapati tidak sebarang luka atau cedera di anggota badan pelakon tersebut. Mayat mendiang dikebumikan hari ini jam 12.30 tengah hari tadi.

Memetik daripada South China Morning Post, punca kematian pelakon utama dalam cerita Dear My Name ini tidak didedahkan oleh agensinya Sublime Artis Agency.

Mangsa yang berusia 26 tahun itu memulakan kariernya sebagai model kosmetik sebelum terjebak dalam industri lakonan pada tahun 2013 ketika dia membawa watak dalam drama romantis Golden Rainbow di MBC. Menerusi laporan Soompi, Song merupakan pelakon hebat dan sentiasa bersemangat dalam bidang lakonan.

Berita kematian Song mengejutkan dunia hiburan Korea dan para peminatnya menangisi pemergian pelakon berbakat besar itu.

 Rest In Peace (RIP) Song Yoo Jung…

 

IKLAN