Persaingan sengit di antara enam orang peserta akhir Gegar Vaganza 9 (GV9) iaitu Bob Yusof, Hazrul Nizam, Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok dan kumpulan V.E berakhir sebentar tadi setelah ia menobatkan Jaclyn, 43 sebagai juaranya.

Persembahan konsisten Jaclyn Victor sepanjang musim kesembilan dan kehebatan persembahannya pada malam tadi telah melayakkan penyanyi Gemilang ini sebagai juara GV9 di hadapan para juri serta penonton dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menepati Ramalan! Juara Gegar Vaganza 9 Milik Jaclyn Victor

Jaclyn yang membawakan lagu All Coming Back To Me Now nyanyian asal Celine Dion, This Is Me, The Real Slim Shady dan Sang Saka Biru di pentas akhir GV9 sekaligus membawa pulang Anugerah Bintang Memukau Adabi, wang tunai RM100,000, barangan Adabi bernilai RM500, pakej percutian di Royale Chulan Cherating, pakej percutian ke Paris dan piala.

“Pertamanya, terima kasih dan puji syukur kepada Tuhan. Terima kasih kerana membolehkan saya mengharungi semua ini. Pertandingan ini memang gila babas lah. Ia memang hebat dan banyak yang telah saya pelajari.

“Terima kasih banyak-banyak kepada juri, pihak Astro dan terutamanya kepada peminat saya di luar sana. Kamu semua memang gila!

“Kepada rakan-rakan saya di atas pentas ini, terima kasih kerana mendorong saya ke hadapan,” kata Jaclyn.

IKLAN

Menepati Ramalan! Juara Gegar Vaganza 9 Milik Jaclyn Victor

Kedudukan Naib Juara pula disandang oleh Bob Yusof yang membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000.

Shila Amzah yang dijangka memberikan saingan sengit kepada Jaclyn terpaksa berpuas hati di tempat ketiga sekaligus membaa pulang wang tunai berjumlah RM30,000.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang GV9 pada malam ini:

IKLAN

Juara: Jaclyn Victor

Naib Juara: Bob Yusof

Pemenang Tempat Ketiga: Shila Amzah

Pemenang Tempat Keempat: Tomok

IKLAN

Pemenang Tempat Kelima: Kumpulan V.E

Pemenang Tempat Keenam: Hazrul Nizam

Pentas akhir Gegar Vaganza 9 diadili oleh juri tetap yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Edry Abdul Halim.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI