Bagi yang suka menonton saluran berita TV3 pastinya mengenali pembaca berita terkenal era-90 an iaitu Zalina Azman.

Disifatkan sebagai cantik, bijak dan elegan pastinya ramai membuatkan penonton meminati personaliti wanita itu yang turut mempunyai karisma serta tutur kata menarik apabila menjalankan tugasan di depan lensa kamera sehingga menjadi inspirasi golongan wanita.

Hawa Rizwana Terkejut Berita Kehilangan Zalina Azman, Akui Minat Bakat Besar Senior

Bagaimanapun, siapa sangka bahawa ketika ini negara dikejutkan dengan kes kehilangan Zalina Azman yang dilaporkan tidak dapat dikesan sejak November 2021!

ARTIKEL BERKAITAN : Rakan Personaliti Televisyen Berdoa Agar Bekas Pengacara TV3, Zalina Azman Ditemui Semula

Majalah Remaja sempat menemu bual si cantik manis, Hawa Rizwana Redzuan yang juga merupakan pengacara dan pembaca berita mengenai kehilangan Zalina Azman.

IKLAN

Menurut Hawa, berita kehilangan Zalina merupakan satu benda yang sangat mengejutkan bukan hanya kepada dirinya namun semua masyarakat di Malaysia terutamanya rakan media.

Hal ini kerana kehilangannya sejak 29 November 2022 lalu dan sehingga kini belum dijumpai dan menjadi tanda tanya semua pihak. Malah, Hawa turut memohon semua rakyat Malaysia yang mempunyai info untuk melaporkan kepada pihak berwajib PDRM dan berharap keluarga Zalina Azman kuat menerima dugaan dan segera dapat dijumpai dengan sihat sempurna.

Meminati Bakat Besarnya

Hawa juga mengakui sangat meminati bakat Zalina Azman, bukan sahaja dalam teknik membaca berita tapi juga dia merupakan pengacara yang baik dan bijak. Cantik, bijak dan elegan, demikian menggambarkan personaliti Zalina Azman.

IKLAN

Malah, kewibawaan Zalina Shaharah Azman ketika menyampaikan berita dan mengacarakan program Money Matters sememangnya tidak dapat disangkal.

Zalina Azman mula bekerja di stesen televisyen TV3 sejak tahun 1990 dan pernah diberi jolokan ‘hos wanita paling glamour’ dan pernah menemuramah personaliti antarabangsa seperti bekas Perdana Menteri Afrika Selatan, Nelson Mandela.

Jadi, sudah tentu berita ini juga menjadi bualan hangat di pejabat Sri Pentas sejak dua tiga hari ini.

” Kami juga agak terkejut sebab kehilangan beliau agak lama sejak bulan November 2021. Tapi dalam masa yang sama kami sentiasa mendoakan dan cuba membantu dengan membuat laporan di Wanita Hari Ini dan laporan di Buliten Utama. Jadi itu setakat yang kami mampu buat dan darap penonton, pendengar sama-sama mendoa dan memberi kerjasama juga.”Ujar Hawa

IKLAN

Malah Hawa turut akhiri perbualan dengan berpesan agar masyarakat dan orang ramai tidak menghangatkan keadaan dengan spekulasi sendiri dan mendoakan yang baik-baik buat Zalina.

BACA LAGISherry Alhadad, Dulu Penjaga Wardrobe.  Kini Bergelar Pengacara TV & Artis Komedi Paling Popular. – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI