Setiap tibanya Tahun Baru Lunar, pastinya ramai akan berkumpul bersama keluarga untuk berkongsi detik manis menyambut musim perayaan. Lebih menarik lagi apabila dapat menikmati hidangan menyelerakan ketika sambutan istimewa ini.
Sempena menyambut Tahun Baru Lunar tahun ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® memperkenalkan minuman espresso asal tunggal khas dan minuman Ice Blended® yang baharu, berserta aneka juadah dan bekas aneka juadah dan bekas minuman yang istimewa untuk memeriahkan musim perayaan kali ini.
Fortune Cookie
Antara minuman yang diperkenalkan adalah Salted Caramel Oat Milk Gibraltar Latte (RM15.90) dan Salted Caramel Oat Milk Ice Blended®* (RM16.90), produk pertama daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia diperbuat daripada susu oat dan disempurnakan dengan karamel dan garam Himalaya merah jambu. Bukan itu sahaja, Salted Caramel Oat Milk Gibraltar Latte juga buat julung kalinya menggunakan biji kopi Colombia dari rantau Andes, Antioquia – dan hasilnya ialah latte yang kaya dengan aroma buah plum yang mempesonakan, turut diberi sentuhan mandarin, coklat susu, dan walnut.
Salted Caramel Oat Milk
Bagi penggemar teh pula, Jasmine Dragon Phoenix Pearl tersedia dalam cawan (RM9.60) atau teko (RM12.50). Flores Green Dragon Indonesia (RM45/paket bersaiz 8oz) dan Jasmine Dragon Phoenix Pearl (RM55/tin dengan 20 uncang teh) juga boleh dibawa pulang untuk dihidangkan buat seisi keluarga bagi mereka yang ingin menikmati minuman-minuman ini dengan sepuas-puasnya di samping insan tersayang.
Flores Green Dragon Indonesia & Jasmine Dragon Phoenix Pearl
Dan berita baik buat pembaca Remaja, kami ingin memberikan hadiah istimewa daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah.
Para pemenang berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah menarik seperti berikut:
Ads
Hadiah utama bernilai RM452.10
Peaches & Cream Tart bernilai RM129.30
Flores Green Dragon Indonesia 8oz bernilai RM45.00
Fortune Wuxian bernilai RM78.00
Ads
Party pack (Which S’wich?) bernilai RM80
Fortune Cookie x 2 bernilai RM19.80
The Coffee Bean Card (TCB Card) preloaded bernilai RM100
Ads
CB&TL_CNY 2022 TCB Card
Hadiah sagu hati bernilai RM153
Golden Prosperity saiz kecil (petite) bernilai RM55
Clarity Wuxian bernilai RM48
The Coffee Bean Card (TCB Card) preloaded bernilai RM50
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila selebriti, Bella Astillah mengenakan uniform pramugari Malaysia Airlines dalam satu majlis bertemakan kerjaya sempena hari jadi salah seorang ahli keluarganya. Seperti yang kita tahu, uniform tersebut bukanlah boleh dipakai sesiapa sahaja sewenang-wenangnya dan menjadi kesalahan juga bagi pramugari membenarkan orang lain memakai uniform milik mereka itu.
Sumber gambar: Instagram Bella Astillah
Alhamdulillah, kes itu telah selesai dengan Bella pun sudah meminta maaf kerana mengenakan busana itu tanpa menyelidik selebih dahulu etika yang betul bersama pihak pengurusan syarikat penerbangan negara itu. Ada hikmahnya juga, uniform ini menjadi bualan ramai dan kita sendiri rindu akan suasana di lapangan terbang melihat pramugari sibuk mengejar jadual mereka dan juga layanan yang molek di atas awan. A true Malaysia Hospitality.
SEJARAH UNIFORM Untuk pengetahuan semua kebaya ikonik ini memiliki sejarah yang panjang seiring dengan perkembangan Malaysia Airlines sejak awal penubuhannya. Sejarah syarikat penerbangan ini bermula dengan nama Malaysan Airways Limited pada 1946 dan bertukar menjadi Malaysia-Singapore Airlines (MSA) pada tahun 1966 ketika keluarnya Singapura dari Malaysia untuk menjadi negara yang bebas.
Kemudian syarikat yang bermula sebagai satu entiti tersebut menjadi dua entiti berbeza yang dikenali sekarang Singapore Airlines dan Malaysia Airline System pada tahun 1972. Masing-masing membawa haluan sendiri sebagai satu entity baharu.
Pramugari Malaysia-Singapore Airlines. Sumber gambar: via scmp.com
Mesti anda tertanya-tanya siapakah yang mewarisi uniform asli MSA selepas perpecahan berlakukan?
Singapore Airlines mewarisi uniform asal berkenaan manakala Malaysia Airlines pula perlu bermula semula dengan rekaan kebaya yang lain. Rekaan kebaya asal pramugari MSA bukanlah hasil rekaan orang tempatan kita sebaliknya direka oleh pereka terkemuka dunia, Balmain. Rekaan tersebut masih lagi digunakan oleh pramugari Singapore Airlines atau lebih popular dengan gelaran Singapore Girls sehingga hari ini.
EVOLUSI KEBAYA Malaysia Airlines hadir dengan rekaan kebaya sendiri dengan busana kebaya dengan serlahan corak berona biru gelap, coklat dengan serlahan rona merah terang dan getika itu ia dikenali sebagai era ‘Golden Girls’ hasil rekaan pereka tempatan, Andy Chiew yang memenangi pertandingan mereka busana untuk syarikat penerbangan negara ketika itu.
Evolusi rekaan kebaya Malaysia Airlines. Sumber gambar: via twitter @MAS
Evolusi demi evolusi berlaku dan sehingga kini empat rekaan sudah dilalui, rekaan busana kebaya Malaysia Airlines yang terkini merupakan hasil rekaan Jabatan Seni Reka Fesyen, Institut Teknologi MARA (Kini dikenali sebagai UiTM) pada tahun 1986. Warna rona hijau gelap dan bunga rona merah jambu berteraskan motif daun kelarai, bunga cempaka, bunga melur dan daun bunga raya menjadi corak unik yang melambangkan negara kita yang berbilang kaum dan mewah dengan flora yang cantik.
Uniform terkini pramugari Malaysia Airlines, warna mewakili pangkat yang berbeza di antara pramugari. Sumber gambar: via twitter @MAS
Pada tahun 2016, pengurusan syarikat penerbagan negara ini pernah mengumumkan bahawa mereka akan menukar kebaya ini dan rekaan baharu oleh pereka fesyen terkemuka negara, Dato’ Seri Farah Khan. Namun idea tersebut mendapat tentangan dan kritikan hebat rakyat Malaysia dengan menyifatkan bahawa uniform yang sedia ada sudah cukup ikonik dan melambangkan Malaysia. Sehingga kini uniform yang direka kira-kira 34 tahun lalu ini masih lagi kekal dan semoga selepas pandemik Covid-19 ini berakhir, kita akan melihat kebaya ini terbang tinggi menjadi duta kecil negara tersayang ini.
***P/S- Rindu suasana dalam pesawat Malaysia Airlines apabila mahu kembali ke negara ini usai mengembara, dengan pramugari yang sangat ramah dan ucapan ‘and to Malaysians welcome home’ oleh kapten. Nothing can beat Malaysian Hospitality!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Satsuma-imo, Japanese sweet potato, atau ubi keledek ungu, bentuknya ungu di luar dan kuning di dalam. Secara tradisional ditanam di Jepun dan Okinawa. Ia adalah makanan ruji masyarakat Okinawa, yang merupakan penduduk paling sihat dan paling lama hidup di muka bumi ini.
Kesihatan dan jangka hayat hidup mereka sering dikaitkan dengan rutin pemakanan yang diamalkan masyarakat ini, dan salah satunya dipengaruhi oleh ubi keledek.
Malah, perkongsian pakar otak, DrRizal Abu Bakar turut menyatakan kajian yang telah dilakukan kepada makanan superfood ini.
Nak bagitau KELEDEK UNGU adalah SUPER FOOD.
Anti oksida tinggi. Juga anti radang. Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus. Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.
Vitamin A untuk apa?
Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini. Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.
Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, KELEDEK UNGU turunkan uric asid sebanyak 30%. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.
Banyak lagi kebaikan KELEDEK UNGU.
Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke 4.
Boleh cuba. Masak dengan kreativiti masing masing. Yang penting hidup akan lebih sihat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa sedar, isu perdagangan, penjualan dan pemilikan hidupan liar sebagai binatang peliharaan dipandang remeh sehinggakan ramai yang menyimpan niat untuk membela dan memlihara binatang eksotik terutamanya ular.
Sumber Gambar : Pexels
Tapi sebelum korang memelihara binatang itu ambil kira sisi haram dan halal. Sebagai orang Islam, apakah hukum apabila melakukan jual beli dan memelihara ular. Ini penjelasan yang telah dikongsikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan di bawah ini.
Soalan
Assalammualaikum, adakah dibolehkan untuk menjadikan ular sebagai haiwan peliharaan dan apakah hukum berjual beli ular? Mohon pencerahan SS Mufti, terima kasih.
Ringkasan Jawapan:
Hukum memelihara ular adalah haram dan dilarang melaksanakan transaksi jual beli ular. Hal ini kerana ular termasuk dalam kelompok haiwan pengganggu (fawasiq) dan tiada manfaat untuk diperdagangkan. Setiap barangan jualan yang tiada nilai manfaat adalah tidak sah transaksinya kerana tidak menepati syarat jual beli.
Huraian Jawapan
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat
Ular antara haiwan yang berbahaya dan memberi mudarat kepada manusia. Terdapat beberapa riwayat hadis yang menunjukkan bahawa Baginda SAW memerintahkan agar ular dibunuh sama ada dalam keadaan berihram atau tidak ihram. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan orang yang sedang berihram untuk membunuh ular di Mina”
Riwayat Muslim (2235)
Menurut imam Nawawi, hadis ini menunjukkan bahawa seseorang yang sedang berihram diharuskan untuk membunuh ular. Sepertimana yang diketahui orang dalam keaadan ihram dilarang untuk membunuh binatang, namun syarak memberi pengecualian terhadap binatang-binatang pengganggu, bahkan hukumnya sunat dibunuh untuk menghindari kemudaratan. ( Lihat : Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/ 234)
Daripada Aisyah R.Anha, Bahawa Nabi SAW bersabda :
Maksudnya : “ Lima binatang fawasiq yang boleh dibunuh di tanah halal dan haram (atau dalam keadaan berihram), iaitu ular, burung gagak hitam bercampur putih, tikus, anjing gila, burung helang
Riwayat Muslim 1198, Riwayat Bukhari 3314
Perkataan fawasiq yang dinyatakan di dalam hadis memberi makna binatang-binatang pengganggu dan perosak. Berpandukan hadis ini juga, majoriti ulama bersepakat bahawa harus membunuh binatang-binatang tersebut sama ada di tanah haram (Mekah dan Madinah) dan juga di luar tanah haram. ( Lihat : Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 8/ 113-114).
Berdasarkan dalil yang dibentangkan, ular termasuk dalam lima kelompok haiwan penggangu (fawasiq) yang dianjurkan untuk dibunuh. Hal ini kerana haiwan tersebut memudaratkan dan berbahaya kepada manusia.
Fuqaha telah membahaskan hukum memelihara dan berjual beli kelompok haiwan penganggu ( fawasiq) seperti berikut :
Hukum Memelihara Ular
Ibn Hajar al-Haitami menyatakan haram mengurung lima binatang pengganggu dan perosak di dalam kandang untuk tujuan pemeliharaan.” (Lihat Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh Minhaj 9/337)
Menurut Imam al-Zarkasyi, seseorang yang mukalaf diharamkan memelihara beberapa jenis binatang, antaranya anjing yang tidak dibenarkan oleh syarak dan juga binatang perosak yang lain seperti helang, tikus, burung gagak dan ular. (Lihat : al-Mantsur fi al-Qawaid, 3/80).
Hukum Jual Beli Ular
Imam al-Nawawi menyatakan tidak sah jual beli haiwan yang tidak mendatangkan manfaat seperti kumbang, kala jengking, ular, tikus semut dan seumpamaya. ( Rujuk Raudah al-Tolibin wa Umdatun al-Muftin 3/353 )
Fuqaha turut bersepakat bahawa tidak boleh dijual beli hasyarat (antaranya serangga) yang tidak memberi manfaat kerana tidak menepati syarat barang jualan iaitu barang jualan mestilah mempunyai nilai manfaat. Oleh yang demikian, haram menjual hasyarat (antaranya serangga) seperti tikus, ular, kala jengking, kumbang, semut dan seumpamanya. Adapun sekiranya sebahagian haiwan serangga mempunyai manfaat, maka ia harus dijual seperti ulat sutera untuk dijadikan kain sutera dan serangga lebah yang boleh menghasilkan madu. ( Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Quwaitiyah, 17/280)
KESIMPULAN
Setelah meneliti perbahasan yang dikemukakan, haram memelihara haiwan yang dianjurkan untuk dibunuh terutamanya binatang yang berbahaya seperti ular. Bahkan, ular termasuk dalam kelompok haiwan penggangu dan perosak (fawasiq) dan tiada manfaat untuk diperdagangkan. Setiap barangan jualan yang tiada nilai manfaat adalah tidak sah transaksinya kerana tidak menepati syarat jual beli.
Jadi, dah tahu hukumnya masih nak memelihara haiwan berbisa ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.