Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata, kerajaan akan menambah baik kemudahan dan rawatan bagi anjing K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menurutnya, kerajaan juga akan menambah bilangan anjing pengesan untuk pihak bomba, polis dan kastam.
Tambah beliau, anjing pengesan seperti Blake yang mati baru-baru ini telah banyak menabur bakti kepada negara.
Ads
“Kita semua mesti mengingati Blake, anggota Unit Pengesan K9 Bomba yang telah meninggalkan kita setelah menabur bakti untuk negara.
“Kerajaan akan menambah baik kemudahan dan rawatan perubatan bagi anjing K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“Kerajaan juga menambah bilangan anjing pengesan K9 untuk Bomba, Polis dan Kastam dengan peruntukan RM5 juta,” katanya.
Blake merupakan antara anjing unit K9 yang banyak menabur bakti dalam misi menyelamat pihak bomba.
Pada 19 September lepas, anjing pengesan milik JBPM, Blake terpaksa ditidurkan (euthanized) pada jam 4.38 petang selepas dikesan menghidapi barah.
Blake yang juga dikenali antara hero terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember tahun lepas.
Buat makluman, anjing kesayangan ramai itu didiagnosis menghidap barah limfoma tahap empat pada 15 Ogos lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Susulan artikel REMAJA bertajuk rahsia surah-surah ini di alam ghaib dan kenapa jin takut saat mendengarnya yang mendapat 36.7 K syer dan dibaca oleh lebih setengah juta pembaca, dalam satu ruangan komen di facebook REMAJA, seorang individu telah memberi pandangan berkaitan alam ghaib yang mana menurutnya dia sering keluar masuk ke alam bunian hingga seekor jin betina melamarnya.
Tertarik dengan ceritanya, wartawan REMAJA mengatur temujanji dan bertemu remaja dimaksudnya iaitu Muhammad Afiq bin Rudy Azmin, 19 tahun, penuntut Aircraft Engineering di Kolej Yayasan Melaka untuk berkongsi kisah hidupnya.
Aktif menulis kisah-kisah motivasi dan hampir siap menghasilkan sebuah buku motivasi khusus untuk golongan remaja di blognya, Malaysianaviationflyelz.blogspot.com, menurut Afiq, dia mula memasuki alam ghaib ketika usianya 16 tahun.
Jom baca kisahnya yang menarik untuk korang fahamkan tentang dunia ghaib ini.
Menurut Afiq, segalanya bermula pada usianya 16 tahun.
“Tahun itu saya kerap bangun malam untuk solat tahajud. Boleh dikatakan agak kerap.
“Mungkin kesan dari bangun malam ini, suatu hari saya bermimpi dibawa ke rumah nenek. Dalam mimpi itu saya nampak ada baby, ayam, pisau seolah-olah mereka cuba buat ritual agama. Mereka sembelih ayam dan darahnya memercik.
“Dalam takut-takut itu, mimpi itu berakhir. Kesannya saya terjaga dari tidur dan rasa amat takut. Terasa-rasa seperti ada mata sedang memerhatikan saya. Bila tengok jam sekitar 3 pagi.
“Sejak dari kejadian itu, saya sering bermimpi benda-benda pelik. Saya nampak pocong dua ekor, saya nampak pontianak. Malah saya boleh dengar bunyi tapak kaki di siling rumah, dengar baby menangis dan benda-benda berkaitan sihir,” katanya yang tampak tenang.
Mata pocong hitam dan tidak nampak wajah sebenar manakala pontianak pula kuku dan taringnya sangat tajam dan panjang
Agak-agak bagaimana rupa pocong eh?
Menurut Afiq, sama kita lihat iaitu seperti mayat berbungkus dengan bunjut di kepala, begitulah pocong yang datang dalam mimpi dan mengejarnya.
“Mata pocong hitam, bukan seperti mata manusia,” katanya.
Rupa pontianak pula?
Kalau nak tahu, rupa pontianak lebih seram, kuku panjang, taring panjang, mengilai cuma part rambut itu, Afiq tak berapa nampak kerana dia sendiri dalam ketakutan kerana selepas terjaga, seluruh tubuhnya berpeluh.
Menurut Afiq, mimpi-mimpi pelik dan takut ini sering dihadapinya. Seminggu lebih dari tiga kali dan perasaannya berbaur. Ada takut, ada tidak, ada ngeri dan sebagainya. Jelas Afiq lagi, jika dirinya bermimpi dan tidak diganggu secara fizikal tetapi hal pula dengan ibunya. Ibunya sering sakit tengkuk, sakit pinggang dan sakit badan.
Jelas Afiq lagi, dia sudah mendapatkan rawatan bertemu ustaz-ustaz termasuk dilakukan ayat-ayat rukyah tetapi mimpi ini tetap datang setiap hari biarpun dia selalu berdoa agar mimpi-mimpi pelik ini tidak datang.
Bagaimana dengan alam ghaib dan apa gambaran sebenar di sana?
Tentu ramai dari kita tertanya-tanyakan bagaimana gambaran di alam ghaib. Disebabkan sering bermimpi benda pelik dan menakutkan, kata Afiq, suatu hari dia bermimpi dibawa ke tempat lebih indah.
Afiq akui dia sudah melihat aurora yang sangat cantik warnanya. Suasana juga sangat tenang dan damai
“Terlalu cantik, saya boleh nampak sebuah perkampungan cantik, tiada tekanan. Tiada apa nak dirisaukan. Malah saya boleh nampak aurora yang sangat cantik. Dapat tengok bintang dan paling best rasa sangat tenang di sana,”kata Afiq memaklumkan, semua keindahan dan ketenangan dipertontonkan kepadanya ini berubah 100 peratus selepas dia didatangi satu jin betina yang melamarnya.
Afiq akui aurora dilihatnya berwarna hijau. Seperti hilang semua masalah bila di alam bunian ini
“Dalam kejadian mimpi itu, jin ini datang bersama bapanya. Jin betina itu hanya diam dan bapanya saja yang bertanya. Dia mahu melamar saya untuk anaknya dan saya pula ketika itu telah berkata YA saat diajukan soalan.
“Sejak itulah saya dibawa memasuki alam ghaib. Dipertontonkan macam-macam. Kata orang out of box pemikiran manusia. Saya pula walau pun sudah berkata ya tetapi saya masih mempertahankan diri diri saya dengan ayat-ayat Quran kerana tak mahu terus hanyut.
“Saya berkata YA itu tanpa sedar. Mungkin kerana keadaan ketika itu. Sebab itulah saya sentiasa memagarkan diri saya dengan ayat-ayat Quran kerana tak mahu jauh terpesong,” katanya memberitahu dalam seminggu lebih dari tiga kali dia keluar masuk ke alam ghaib. Malah akui Afiq, dia dapat merasakan kehadiran jin betina ini termasuk di siang hari dan biasanya petanda adalah “aura merah” yang dapat dirasai.
Aura merah adalah petanda jin datang kepada manusia
Kena hati-hati dengan jin
Nasihat Afiq, kejadian jin dan manusia ini jauh bezanya dan dia sendiri amat berhati-hati termasuk menjaga auratnya ketika mandi.
Biar pun kelebihan begini, Afiq tidak menganggap ia satu beban malah dia sendiri ada ketikanya tidak mahu memikirkannya dengan lebih mendalam. Ditanya pernah dirinya mendapat “barang” pemberian jin betina itu kepadanya, kata Afiq tidak pernah. Malah dia berkali-kali memesan agar berhati-hati dengan jin biarpun dia dapat merasai kehadiran makhluk itu selepas berkata YA dalam mimpinya itu.
So korang, nak ke masuk ke alam ghaib? Dengar pengalaman Afiq keluar masuk ke alam ghaib.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keselamatan kanak-kanak dan remaja bawah umur sentiasa menjadi kerisauan utama para ibu bapa. Apatah lagi sejak kebelakangan ini ada saja kita dengar tentang kes jenayah yang berlaku terhadap kanak-kanak dilaporkan hampir setiap hari.
Sebuah apps terbaharu khusus buat ibu bapa menjejak anak-anak mereka menerusi telefon pintar telah dilancarkan pada hari ini. TraqKid yang dibangunkan oleh Knightbright Resources Sdn. Bhd. dan U Mobile Sdn. Bhd., merupakan sistem yang bertindak sebagai alar penjejak kanak-kanak berasaskan telefon pintar pertama di Malaysia.
Dengan menggunakan sistem ini, ibu bapa dapat mengetahui lokasi anak mereka secara proaktif dari semasa ke semasa. Ia juga menbolehkan ibu bapa mendapatkan bantuan kecemasan dari pusat panggilan TraqKid dan anggota Program Kepolisan Komuniti Malaysia.
Sistem TraqKid berfungsi menerusi kad SIM U Mobile yang dilengkapi dengan teknologi perkhidmatan lokasi berasakan SIM. Pada majlis pelancaran dan tandatangan perjanjkan, Pengerusi Knightbrigde Resources dan Pengasas/CEO Program Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng berkata teknologi TraqKid membantu ibu bapa dalam situasi kecemasan dengan hanya menekan butang si telefon. Apabila amaran diaktifkan petugas Program Kepolisan Komuniti Malaysia segera bergegas ke lokasi.
Bagi Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee pula melahirkan rasa gembira kerana diberi peluang untuk bekerjasama dalam projek yang diyakini mampu membanteras jenayah terhadap kanak-kanak.
Majlis pelancaran yang berlangsung hari ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim, juga bertindak sebagai penaung TraqKid.
“Kanak-kanak merupakan aset penting serta pewaris untuk pembangunan negara untuk terus maju di masa hadapan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kolektif semua orang untuk memainkan peranan melindungi mereka,” jelasnya.
TraqKid boleh didapati menerusi tempahan awal mulai hari ini, 1 November 2017. Langganan bermula pada harga RM58 setiap bulan dengan U Mobile. Untuk pendaftaran yuran pendahuluan sebanyak RM36 bagi Insurans Kemalangan Peribadi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiga minggu lalu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan lantangnya telah menyelar kerajaan Malaysia kerana tidak menggunakan kuasa ke atas bank-bank tempatan untuk meluluskan perlaksanaan moratorium bagi membantu rakyat sewaktu Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Bagaimanapun, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada waktu itu berkata kerajaan tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk menentukan perlaksanaan dan penyediaan moratorium. Sebaliknya kata beliau, keputusan itu adalah hasil perbincangan di antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi perbankan.
Kenyataan Tengku Zafrul itu telah dinafikan oleh ramai pakar, peguam dan ahli politik lain yang mengatakan peraturan darurat seharusnya boleh memberi kerajaan kuasa untuk melakukannya.
Tiga minggu telah berlalu; soal perlaksanaan moratorium MASIH belum ditentukan dan “sedang dibincang dengan Perdana Menteri dan agensi berkaitan”.
Hal demikian, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah bersuara mengenai kelambatan tindakan yang diambil kerajaan.
Melalui video yang dimuat naik ke akaun TikTok-nya @syedsaddiq, ahli parlimen Muar itu tidak memahami mengapa kerajaan “susah dan degil sangat nak berikan moratorium kepada rakyat yang susah?” sambil menekan bahawa kerajaan terlalu pentingkan ‘menjaga’ bank-bank mega di Malaysia.
Kongsi Syed Saddiq, kebanyakan bank telah mencapai keuntungan yang lebih besar sepanjang tahun 2020 dan 2021 jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum negara dilanda wabak COVID-19.
Jelas beliau, angka keuntungan suku tahun pertama yang diperolehi oleh bank adalah seperti berikut: CIMB (RM2.46 bilion), Hong Leong Bank (RM722 juta), Maybank (RM2.39 bilion), Public Bank (RM1.53 bilion) dan RHB (RM650 juta).
Bukan setakat itu, pihak atasan di bank-bank tersebut juga telah menikmati kenaikan gaji serta pemberian bonus tatkala sebilangan besar rakyat di luar sana terpaksa merana kerana perlu melangsaikan hutang di keliling pinggang.
“Kekayaan 50 orang billionaire di Malaysia bertambah RM371 bilion semasa pandemik Covid ini. Orang kaya terus kaya, orang miskin semakin miskin. Billionaire terus kaya, CEO terus kaya.
“(Sementara itu), 600 ribu golongan pekerja isi rumah M40 (golongan pertengahan) jatuh miskin (ke tahap B40).
“Sudah 266 orang bunuh diri, lebih 120 ribu orang lagi perlukan kaunseling. Bagilah moratorium sekarang!”
“Ini soal hidup dan mati,” gesa beliau kepada pihak kerajaan.
Terdahulu, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan sewajarnya termasuk moratorium dan bantuan i-Sinar akan diumumkan kerajaan dalam tempoh terdekat demi meringankan beban rakyat.
Menteri Kanan Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Rakyat pula terus dilihat menekan kerajaan di platform media sosial agar meluluskan perlaksanaan moratorium tidak bersyarat dan membenarkan pengeluaran KWSP (secara berkala) terutamanya sepanjang Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara sekarang.
Ini kerana kebanyakan daripada rakyat yang berkerja bersendirian (tanpa majikan) bergelut untuk mendapatkan pendapatan yang stabil dalam keadaan pergerakan terbatas.
Namun di pihak pengulas ekonomi pula, mereka enggan melihat dividen dan simpanan hari tua rakyat tergugat disebabkan keputusan kerajaan untuk membenarkan pengeluaran KWSP secara besar-besaran.
Apa pendapat korang: adakah korang merasakan kerajaan terlalu ‘menjaga’ bank di Malaysia sehinggakan rakyat yang merana?