Rasanya kini masyarakat sudah lebih peka terhadap penyakit serangan jantung yang bukan hanya menyerang pada golongan berusia, malah seawal usia muda kita juga tidak terkecuali.
Malah, jangan pelik sekiranya korang melihat individu yang aktif bersukan juga turut berhadapan dengan penyakit serangan jantung ini.
Bila tak jadi pada diri sendiri dan keluarga, kita mungkin tidak mengambil pusing akan situasi-situasi seperti ini, namun lebih baik setidaknya korang ambil tahu dan cuba untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Seperti yang telah dikongsi oleh seorang pemuda di laman Facebook dikenali sebagai Ya Muhammad, dia seperti ‘mati hidup semula’ selepas jantungnya berhenti selama 10 saat.
ENCIKKK ENCIKKKKKK BANGUN…
Encik Muhammad sedar tak ni?
Saya lihat bilik pembedahan menjadi kecoh.
Ads
Ada yang menjerit-menjerit, sampai ada yang mencarut “shittt” dalam nada seperti ada sesuatu yang besar baru sahaja berlaku tadi.
Selepas itu Dr Imran bagitahu, jantung tuan Muhammad dah berhenti selama 10 saat tadi.
Itulah pengalaman yang diceritakan oleh Muhammad tentang serangan jantung yang dilaluinya baru-baru ini. Lelaki ini juga menasihatkan kepada orang ramai, khususnya anak muda supaya menjaga kesihatan dan menjalani kehidupan yang sihat.
Dia turut berkongsi 8 pesanan kepada masyarakat supaya boleh kurang risiko terkena serangan jantung di usia muda.
1. Saya dah mula tidur lewat sejak umur 16 tahun
Ads
2. Biasa 2-3 kali sebulan, saya tak tidur 24/48 jam
3. Saya suka buat kerja sampai lewat pagi
4. Saya peminat kopi, tak putus kafein
5. Saya suka makan pedas, maklumlah orang Melaka. Jadi kalau makan tiada yang pedas memang tak lengkap makanan itu bagi saya
Ads
6. Saya terlalu suka makan makanan laut, lagi-lagi udang dan sotong
Tambahnya lagi, sewaktu di wad hanya dia seorang sahaaja berumur 27 lebih, yang lain semuanya pesakit berumur antara 50,60, 70 dan 80 tahun. Dia tidak mahu rakan-rakan yang lain turut terkena kerana ianya sangat menyakitkan.
Dengan perkongsian ini diharap korang semua jadi lebih peka dan elak mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti yang telah disenaraikan oleh Muhammad ini.
Pelumba negara, Adam Norrodin akan membuat penampilan sulung dalam saingan Moto2 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing sebagai pengganti Jake Dixon pada perlumbaan Grand Prix (GP) Britain hujung minggu ini.
Penunggang berusia 23 tahun yang kini bertanding Kejohanan CEV FIM dan menduduki tangga kelima dalam Moto2 selepas meraih tiga podium, akan menjadi pengganti pelumba Britain itu di Litar Silverstone.
Dixon mengosongkan tempatnya susulan dinaikkan ke kelas perdana bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing menggantikan Cal Crutchlow, yang dipanggil bagi menggantikan Maverick Vinales dalam pasukan Yamaha.
Crutchlow sendiri dibawa masuk pada pertengahan musim sebagai pengganti pelumba Itali, Franco Morbidelli, yang semakin pulih daripada pembedahan lutut kiri pada hujung Jun lalu.
Adam membuat penampilan sulung dalam saingan Moto3 pada 2016 bersama pasukan yang ketika itu dikenali sebagai SIC Racing Team selama tiga musim, berjaya merangkul tujuh kedudukan 10 teratas, termasuk tangga kelima pada GP Argentina 2018 selain mencatat pusingan terpantas di GP Malaysia pada 2017.
“Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apa yang saya rasa untuk kembali menyertai kejuaraan dunia di Silverstone, tetapi saya amat gembira dan tidak sabar untuk beraksi. Ia satu penghormatan besar. Saya akan cuba melakukan sebaik mungkin dan saya amat teruja untuk beraksi dalam saingan Moto2 di GP Britain,” kata pelumba remaja itu.
Apa-apa pun tahniah dan selamat berjaya kami ucapkan kepada Adam Norrodin. Semoga beliau dapat melakukan yang terbaik buat negara Malaysia.
Sebut pasal kahwin rasanya semua orang pasti mengimpikan sebuah rumah tangga yang bahagia untuk hidup bersama pasangan masing-masing.
Sumber Gambar : Photo by Jasmine Carter from Pexels
Namun begitu, perkahwinan itu tidaklah seindah seperti apa yang korang bayangkan. Maksud kami, bukan senang nak membina empayar perkahwinan kerana pasti banyak dugaan yang akan korang suami isteri tempuhi.
Isteri perlu taat kepada suami dan suami pula harus bertanggungjawab menjaga isteri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.
Bila dah kahwin, istilah syurga di bawah tapak kaki ibu mula bertukar kepada suami. Daripada pepatah itu saja, korang mesti dah sedia maklum yang tugas seorang isteri kepada suaminya adalah amat besar sekali.
Sumber Gambar : Photo by Kumar Saurabh from Pexels
Ada beberapa cara yang korang boleh buat sebagai tanda hormat kepada si suami. Antaranya adalah seperti berikut:
1.Sentiasa bercakap lemah-lembut tak kiralah berapa lama korang dah saling mengenali atau berkahwin.
2. Jangan sesekali menjerit, menengkin dan memanggil suami dengan kasar atau menggunakan kata-kata kesat.
3. Jangan menyindir suami tentang isu-isu sensitif. Jika mereka mempunyai kekurangan atau kelemahan, jangan jadikan ia sebagai bahan ketawa. Walaupun mungkin suami tak marah tetapi boleh jadi dia memendam perasaan kecil hati.
4. Dengar pendapat dan hormati permintaannya. InsyaAllah si isteri akan mendapat ganjaran kebahagiaan di dunia dan pahala untuk akhirat nanti.
Sumber Gambar : Photo by Alex Green from Pexels
5. Jangan melawan untuk menunjukkan sikap siapa lebih berkuasa. Bila perempuan terlalu agresif dan mengarah, lelaki akan jadi lebih keras. Jika korang tunjukkan rasa hormat dan hargainya sebagai ketua keluarga, suami akan lebih mudah untuk bertolak ansur.
6. Tunjukkan rasa sayang dan hormat kepada keluarga mereka. Sesekali, ajaklah suami untuk pergi melawat ahli keluarga atau sanak-saudara mereka. Pasti suami happy bila melihat isterinya sayang dan ambil berat pada keluarganya.
7. Beri suami ruang untuk ber ’me time’ atau hilangkan stres bersama kawan-kawan. Jangan halang atau kongkong mereka seperti anak kecil.
8. Tanya pendapat suami bila membuat keputusan penting dan hargai apa saja yang mereka katakan.
Jadi, korang dah betul-betul bersedia ke nak kahwin? Hiks!
Destinasi pelancongan di Thailand paling digemari golongan keluarga Malaysia tahun ini. Mana tidaknya, negara tersebut sememangnya ‘kaya’ dengan pelbagai juadah yang enak selain menawarkan lokasi pelancongan yang indah.
Kota metropolitan Asia yang menawarkan pelbagai jenis hiburan untuk semua peringkat umur merupakan destinasi idaman oleh keluarga Malaysia yang ingin bercuti di luar negara tahun ini, didahului oleh dua bandar raya di Thailand iaitu Hat Yai dan Bangkok, dan diikuti oleh Singapura, Tokyo dan Taipei.
Menurut data carian platform percutian digital Agoda, tujuh daripada sepuluh destinasi
antarabangsa yang mendapat carian tertinggi untuk percutian di tahun 2023 oleh golongan
berkeluarga adalah bandar-bandar besar.
Syurga pantai tropika turut menjadi idaman para pelancong, dengan Phuket (#6), Bali (#7) dan Krabi (#8) mendapat tempat di dalam senarai destinasi percutian keluarga yang mendapat carian tertinggi.
Sementara itu, destinasi domestik yang menjadi pilihan untuk percutian keluarga Malaysia
adalah Kuala Lumpur (#1), Pulau Pinang (#2) dan Melaka (#3). Destinasi percutian lain dengan udara nyaman seperti Cameron Highlands (#5) dan Genting Highlands (#10) juga menarik perhatian pelancong keluarga Malaysia.
Menurut Pengarah Negara Malaysia dan Brunei Agoda, Cleland Robertson, rakyat di negara ini lebih menghargai masa dengan meluangkan waktu bersama ahli keluarga dengan percutian dan melakukan pelbagai aktiviti yang menarik di luar sana.
“Rakyat Malaysia menghargai masa yang diluangakan bersama-sama keluarga, dan dengan
bercuti, ia memberikan peluang untuk mengukuhkan ikatan sesama ahli keluarga sambil
menikmati makanan, pemandangan dan aktiviti baharu,” katanya ringkas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.