Fenomena peminat kumpulan K-pop sensasi, BTS yang berkumpul di sebuah kafe di Busan baru-baru ini semasa menghadiri konsert BTS ‘Yet To Come – in Busan’ baru-baru ini telah meraih perhatian ramai.
Apa yang istimewanya dengan kafe tersebut sehinggakan orang ramai sanggup beratur sehingga ke bahagian luar bangunan?
Kongsi salah seorang ARMY yang berada di kafe itu ke dalam komuniti dalam talian BTS, rupa-rupanya kafe berkenaan dimiliki oleh ayah Jimin, salah seorang ahli BTS. Kemeriahan orang ramai di situ sekaligus membuatkan peminat dunia hiburan K-pop lain teruja untuk singgah di sana satu hari nanti.
“Saya pun nak pergi. Saya tertanya-tanya bagaimana keadaan kafe itu.”
Kafe bernama MAGNATE ini telahpun dibuka di Daeyeon-dong Namgu, Busan sejak tahun 2019 dan mempunyai dekorasi dalaman yang cukup elegan. Tentunya mata terus tearah ke bahagian chandelier di tengah-tengah kafe. Nampak eksklusif namun harga menu yang ditawarkan sebenarnya berpatutan untuk mana-mana pengunjung.
Khabarnya, ada topi milik Jimin yang juga dipamerkan sebagai hiasan meja. Tapi korang jangan pula ke sana untuk membawa pulang topi itu! Hehe..
Nah, REMAJA senaraikan 9 lagi kafe menarik yang dimiliki oleh keluarga idol K-pop kegemaran korang. Jangan lupa singgah apabila melancong ke Korea Selatan.
Ads
Gongbech
(Abang Suga BTS)
Bagaimanapun, abang Suga, Geumjae dilaporkan tidak lagi menjadi pemilik kafe ini.
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke kafe-kafe ini tau!
Sekiranya korang ingin melawat kafe popular milik selebriti Korea sendiri, banyak pilihan yang tersedia bergantung kepada lokasi yang dilawati seperti Cafe Aewol Monsant milik G-Dragon (Jeju Island), Soul Cup Cafe milik JY. Park – CEO JYJ Entertainment (LOTTE World Mall Songpa-gu Seoul), Caffe Soo milik Bae Suzy (Gwangju) dan Cafe 89 Mansion milik Lee Jong Suk (Gangnam, Seoul).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebentar tadi, kita menerima berita duka apabila seorang lagi penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 2.15 petang tadi.
Berita duka itu disahkan oleh anak sulung Allahyarham, Hadzly.
Aman Shah yang berusia 68 tahun merupakan anak seni berbakat besar dan pernah menempah kemasyhuran menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan lagu Adikku Pandai Menari.
Dilahirkan di Johor Bahru pada 1954, ketika bergelar penyanyi, Allahyarham Aman Shah pernah bernaung di bawah syarikat rakaman EMI antara 1980 hingga 1987.
Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Darah Satria.
Untuk pengetahuan semua, penyakit jantung kini bukan hanya dihidapi oleh orang tua, malah jangan pelik sekiranya penyakit ini menyerang golongan yang lebih muda.
Memang ajal maut di tangan Tuhan, tapi tidak salah sekiranya kita mengambil tahu dan lebih prihatin terhadap kesihatan tubuh badan sendiri.
Antara tanda-tanda serangan jantung yang korang perlu tahu adalah seperti berikut:
• Sakit di tengah dada, menyucuk, rasa berat seperti dihempap batu, sakit merebak ke bahu dan kiri hingga rasa kebas
• Berdebar-debar
• Loya dan muntah
• Berpeluh-peluh
• Rasa nak pitam
Gambar hiasan
Siapa golongan berisiko mendapat penyakit jantung?
Menurut Sinar Harian, Pakar Jantung Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Beni Rusani memberitahu, fakta perubatan menunjukkan bahawa lelaki lebih ramai yang mendapat penyakit jantung. Faktor ini adalah disebabkan oleh penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dalam tubuh, faktor usia, merokok, obesiti dan kurang bersenam, serta sejarah keluarga.
Tip elak serangan jantung
Jadi apa yang korang perlu buat, Ahli Jawatankuasa Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, Dr Effarezan Abdul Rahman memberikan beberapa tip yang boleh dilakukan bagi mengelak daripada serangan jantung.
Gambar hiasan
1. Makan secara sihat. Pelbagaikan pemilihan makanan dan sukatan yang betul. Separuh pinggan diisi dengan sayur dan buah-buahan, suku pinggan diisi protein yang kurang lemak dan suku terakhir dengan karbohidrat.
3. Tidak merokok atau vape, ia boleh merosakkan paru-paru dan menambah risiko serangan jantung, angin ahmar dan kanser.
4. Menangani stress, kawal perasaan marah untuk mengurangkan tekanan.
Diharap selepas ini sama-samalah kita mengambil berat tentang tahap kesihatan diri masing-masing. Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengetahui kondusi tubuh badan korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon karya terkenal Mukhsin, Yana Alyahya, akhirnya mengumumkan kehamilan bayi pertamanya, selepas lima bulan berahsia kepada umum.
Menurut Yana, dia dan suami tercinta, Jad Hanif Jimmy, menzahirkan rasa teruja bagi menyambut putera sulungnya itu.
“Selepas menanti lima bulan, kami teruja untuk mengumumkan yang kami sedang menantikan kelahiran cahaya mata lelaki.
“la merupakan satu perjalanan yang penuh ‘ups and downs’ dan perjalanan kita sebagai ibu bapa jauh lagi tapi kami teruja untuk menantikan si kecil ini,” tulisnya di Instagram.
Di samping itu, adik kepada pelakon terkenal, Sharifah Amani itu juga memohon doa orang ramai agar bayi mereka sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.
“Terima kasih kepada semua pihak yang tahu dan menyimpannya sebagai rahsia. Maafkan kami berdua sekiranya ada tersilap kata dan doakan kami berdua dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan, insya-Allah.
“Saya sangat gementar untuk bergelar seorang ibu namun saya bersyukur kerana punya sistem sokongan yang kuat. Syukur juga bayi saya dalam keadaan baik dan sihat. Alhamdulillah,”katanya lagi.
Untuk rekod, pasangan dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada Januari tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah tiga tahun tidak bersua muka bersama rakan baiknya yang juga pelakon, Nonny Nadirah, usahawan dan penyanyi, Mila Jirin menitipkan rasa syukur apabila dia akhirnya dapat bertemu empat mata semula dengan aktres tersebut.
Menerusi sebuah hantaran video di Instagram, penyanyi lagu popular Persis Mutiara itu dilihat gembira sewaktu meluangkan masa bersama Nonny di sebuah pusat beli-belah sambil menikmati minum petang.
“Aku sayang kau Nonny Nadirah. Jangan hilang dari radar persahabatan,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
“MasyaAllah hari ini saya tidak sangka dapat jumpa dengan seseorang yang sudah lama saya cari. Cuma belum sampai ketuk pintu rumah mak dia sahaja, sebab tak ada alamat. Ini dia (memalingkan kamera kea arah Nonny). Mana menghilang?” soal Mila.
Nonny yang juga bekas peserta Akademi Fantasia Musim kelima itu yang berada di hadapan Mila kemudian dilihat ketawa sambil tersipu-sipu malu.
“Baru keluar dari…tak tahulah,” jawab Nonny ringkas sambil ketawa.
Apa yang mencuri tumpuan menerusi perkongsian berkenaan juga adalah Nonny kelihatan sungguh ayu mengenakan hijab kembali.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata warganet dan rakan artis turut menzahirkan rasa teruja dan syukur apabila melihat kemunculan semula Nonny yang telah lama menghilangkan diri.
“Alhamdulillah, Alhamdulillah. Nonny jangan hilang lagi ya. Nonny kena kuat. You’ve friends all around you. Yang always doa kan dan cari Nonny,” komen seorang netizen.
“Alhamdulillah. Tak aoa dia hilang dari media sosial ini untuk pulihkan diri dia. Alhamdulillah, semoga sentiasa dalam jagaan Allah dan jangan jauh dari sahabat-sahabat awaka yang baik ini,” komen pengikut lain.
Sekitar tahun 2021, Nonny pernah mengejutkan ramai pihak dengan beberapa hantaran yang menimbulkan persoalan mengenai penampilannya yang seakan-akan memberi bayangan sudah tidak berhijab di laman sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.