Gandingan finalis Hero Remaja 2022 dan Dewi Remaja 2018/2019 ini semakin hari semakin memperkukuhkan pengaruh mereka dalam kalangan peminat.
Memasuki tahun 2023, Meerqeen dan Anna Jobling yang mendaki carta populariti menerusi drama hit, Melur Untuk Firdaus pada tahun lalu meneruskan kecemerlangan apabila tersenarai sebagai artis berwajah kacak dan jelita oleh TC Candler bagi edisi 2022.
Dalam kategori yang dibahagikan mengikut jantina itu, Meerqeen, 22 berada di kedudukan ke-55 manakala Anna, 24 juga tidak kurang hebatnya di kedudukan ke-84.
Tambah membanggakan apabila hanya mereka berdua menjadi artis kelahiran Malaysia yang meloloskan diri dalam senarai kali ini.
Untuk pengetahuan, kedudukan pertama bagi kategori Lelaki Wajah Kacak TC Candler 2022 menjadi milik pelakon, Henry Cavill yang baru-baru ini mengesahkan dirinya tidak akan terus membawa watak Superman. Rapper dari kumpulan Stray Kids, Hyunjin pula berada di kedudukan kedua diikuti Timothee Chalamet di tempat ketiga.
Sementara itu, bagi kategori Wanita Wajah Jelita TC Candler 2022 pula, Jasmine Tooks yang merupakan seorang model dari Amerika Syarikat berada di tempat teratas. DIa diikuti rapat oleh dua artis K-pop iaitu Nacy dan Lisa.
Ads
Senarai TC Candler yang dianjurkan sebagai pengiktirafan tahunan ini dinilai menerusi undian yang dilakukan di platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Bermula sejak tahun 1990 bersama The Independent Critics, senarai TC Candler semakin menjadi ikutan ramai setelah memasuki era digital di mana pengguna media sosial lebih galak mengundi berdasarkan populariti artis tertentu.
*
Terdahulu, selebriti Malaysia seperti Fattah Amin dan Tabby Blackpink pernah berada dalam senarai awal pencalonan pada tahun 2020 serta 2021. Bagaimanapun, mereka tidak berjaya menempatkan diri dalam kedudukan Top 100 bagi kategori masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya hasrat para peminat dua kumpulan menjadi realiti apabila Kugiran Masdo dan kumpulan popular negara seberang, The Changcuters bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur, pada 29 Disember ini.
Diberi nama Kugiran Masdo x The Changcuters, Kugiran Masdo Empire (KME) sebagai peneraju menganjurkan konsert julung kali yang menggabungkan ‘kolaborasi pecah’ antara Kugiran Masdo dan The Changcuters. Ia juga bakal menghimpunkan rantaian peminat yang menjadi tulang belakang mereka.
Wakil penganjur KME, saudara Azanol atau lebih dikenali sebagai Putu Ceri memberitahu, pihaknya yakin konsert berkenaan mendapat sambutan ekoran permintaan yang tinggi daripada pengikut tegar kugiran tersebut.
“Sebagai penganjur KME mahu membawakan sebuah hiburan yang bersifat nusantara dan sangat berbesar hati kerana dapat menyatukan Masdo bersama The Changcuters. Ini melambangkan muzik tempatan atau dari negara jiran tidak ada beza jika kita saling menghargai, menyokong dan menghormati.
“Dengan dua genre muzik yang ‘gila gilaan’, disokong peminat yang sangat menjadi tulang belakang kelangsungan perjuangan kami, KME percaya Kugiran Masdo x The Changcuters di Zepp KL kelak akan mendapat sambutan.
“Apalagi pemilihan tanggal 29 Disember sebagai sebuah signifikan penutup tahun 2022 yang sudah melihat industri seni kembali semarak dan kami berharap kehadiran 2023 akan memberi lebih banyak rezeki serta kesempatan baik untuk seluruh industri terutama muzik,” ujarnya.
Sementara itu, The Changcuters juga melahirkan keterujaan kembali ke Malaysia setelah sekian lama tidak membuat persembahan di hadapan peminat mereka di Malaysia, terutamanya buat Changcut Rangers.
“Tentu sekali lamaran yang diberi tidak akan disia siakan. Kugiran Masdo adalah sebuah ‘maniac’ di Indonesia dan The Changcuters sangat berbesar hati untuk berkongsi panggung dengan mereka.
“Kami akan pastikan malam Kugiran Masdo X The Changcuters adalah momen tak terlupakan buat semua penggemar kami,” kata The Changcuters.
Sekadar informasi, Kugiran Masdo yang cukup terkenal dengan hit Bunga dan Dinda telah berada dalam persada seni tempatan sejak 2015.
Untaian karya mereka yang bersadurkan irama 60-an kemudian meniadi kegilaan di Indonesia dan membuat Kugiran Masdo sebagai pemuzik ‘wajib’ dalam kebanyakan festival yang diadakan di serata republik tersebut.
Selain itu, The Changcuters pula cukup terkenal dengan muzik garage rock sudah menakluk belantika muzik Indonesia seawal tahun 2006 menerusi lagu seperti Rachun Dunia dan I Love You Bibeh.
Tiket bermula harga RM159 (Minami), RM179 (Berchanda), RM199 (Gila Gilaan), RM249 (Amore) dan RM799 (VIP Box) sudah mula dijual melalui https://tapau.asia/ticket.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ramai peminat aktiviti mendaki bukit dan merentas sungai terpaksa menghentikan sekejap aktiviti mereka itu pada bulan Ramadan kerana kekurangan stamina.
Hanya apabila bulan Syawal tiba kelak, ramai yang akan berpakat untuk memulakan kembali adventure memasuki kawasan hutan dan mendaki bukit. Sebelum itu, penulis ingin berkongsi mengenai rekaan kasut yang boleh membuatkan pengalaman lasak korang itu lebih selesa dan bergaya.
But here is the catch, ia bukannya kasut tetapi sandal.
Huh, boleh ke mendaki dengan memakai sandal?
Jenama sport sandal Teva telah lama diperkenalkan sejak tahun 1984 di Grand Canyon, Amerika Syarikat setelah pengasasnya mendapat idea untuk menghasilkan sandal yang tidak akan dihanyut air deras sungai.
Setelah lebih 30 tahun di pasaran, rekaan sandal Teva juga telah banyak berubah menjadi lebih selesa, minimalis, mempunyai pilihan polos atau bercorak serta sesuai untuk dipakai oleh lelaki atau perempuan.
Untuk meraikan ulang tahun ‘kelahiran’ Teva dan ulang tahun pembukaan Taman Nasional The Grand Canyon, Teva memperkenalkan peraduan mudah kepada kesemua pelanggan sandal Teva dan korang berpeluang memenangi trip once-in-a-lifetime ke Grand Canyon selama 10 malam!
Caranya mudah saja, korang hanya perlu berbelanja minimum sebanyak RM250 dalam SATU resit di mana-mana stor Teva (Mid Valley, One Utama atau Sunway Velocity Mall) untuk melayakkan diri menyertai peraduan lucky draw ini.
Tarikh pembukaan peraduan adalah dari sekarang hingga 16 Jun kelak. Manakala keputusannya akan diumumkan bermula 8 Julai 2019.
Selain itu, korang juga boleh mencuba satu lagi bentuk peraduan Teva ini di mana korang perlu memuat naik foto diri sendiri ke Facebook Teva Malaysia dengan memakai sandal Teva dan sertakan caption menarik. 20 gambar yang menerima ‘likes & shares‘ terbanyak akan layak menyertai cabutan lucky draw tersebut.
OMG, siapa je yang tak nak pergi ke The Grand Canyon, Amerika Syarikat. Cepat-cepat dapatkan sandal Teva atau muat naik foto ke Facebook!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal antarabangsa, Rihanna memilih pentas Superbowl Halftime Show 2023 untuk mengumumkan mengenai kehamilan cahaya mata keduanya yang kini menjadi bualan hangat di seluruh platform media sosial.
Kembali tampil dalam persembahan berskala besar setelah kali terakhir beraksi pada 2016, Rihanna bagaimanapun, tidak ‘memberitahu’ kepada umum secara terperinci mengenai perkara itu.
Ramai dalam kalangan peminat hanya meneka tentang kehamilannya menerusi busana yang dipakai penyanyi tersebut yang menampakkan bentuk perutnya seakan kelihatan ‘baby bump’.
Hanya setelah persembahan selesai, wakil publisiti Rihanna, tampil mengesahkan penyanyi lagu popular Pour It Up itu sedang hamil bayi kedua tanpa menyatakan usia kandungannya.
Menerusi makluman itu, penonton memuji bintang terkemuka tersebut yang kelihatan begitu energetik ketika membuat persembahan selama seiam di pentas Superbowl.
Sementara itu, persembahan di Superbowl itu menyaksikan Rihanna membawakan lagu hits seperti Where Have You Been, Only Girl (In the World), We Found Love, Rude Boy, Work, Wild Thoughts, Pour It Up, All of the Lights, Run This Town dan Umbrella.
Sebelum ini, pentas Superbowl Half Time Show pernah dimeriahkan dengan persembahan artis antaranya Michael Jackson, Prince, The Rolling Stones, Lady Gaga, Bruno Mars, Beyonce, Jennifer Lopez, Shakira, Eminem, Dr Dre, Snoop Dog dan Madonna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...