Tahun demi tahun, program realiti Big Stage yang dibawakan oleh penganjur serta penyiar rasmi, Astro Malaysia diolah menjadi semakin menarik untuk ditonton dengan pengenalan beberapa elemen baharu.
Biarpun ‘hilang’ sebentar pada tahun 2022 disebabkan kekangan musim pandemik dan di atas beberapa faktor lain, Big Stage yang popular dengan ‘tagline’ Dominasi BBNU (Budak-Budak Baru Nak Up) kembali menyinari hujung minggu korang pada tahun ini di mana ia bakal menggantikan slot pertandingan Gegar Vaganza yang bakal menutup tirai pada hujung minggu ini.
Memasuki musim keempatnya, Big Stage hari ini memperkenalkan senarai penuh barisan penyanyi muda yang bakal bersaing bagi merebut gelaran juara yang pernah menjadi milik Sarah Suhairi, Han Byul dan Azzam Sham sebelum ini.
Kumpulan peserta tahun ini juga dilihat mempunyai kelebihan diversiti kerana mereka terdiri daripada penyanyi serumpun dari Malaysia, Brunei dan Indonesia.
Slot penyanyi dari Brunei diwakili oleh Syafiq Abdilah manakala penyanyi Indonesia, Tegar Septian yang popular dengan lagu hit Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang pula melengkapkan senarai 11 orang pesaing Big Stage 2022.
Selain itu, demi menyuntik sedikit elemen segar bagi musim ini, Astro mengumumkan bahawa proses pemberian markah oleh para juri bakal dilakukan secara langsung. Ini bermakna, markah yang diberikan oleh juri akan tertera pada skrin LED untuk tontonan umum. Segalanya serba transparent! Itulah yang kami sukakan.
Bercakap mengenai para juri, Big Stage sekali lagi memanggil semula komposer terkenal, Ajai yang pernah mencipta kontroversi sewaktu penglibatannya pada musim ketiga.
Turut menyertainya ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bersetuju untuk kembali menyertai panel juri setelah berehat seketika pada musim lalu.
Big Stage 2022 mengekalkan pengacara duo ikoniknya, Alif Satar dan Sherry Al Hadad dan disokong oleh penaja CUCKOO serta OPPO selaku penaja utama.
Ads
Haa, agak-agak siapakah juara yang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi? Well, hadiah bagi tempat kedua hingga keenam juga tidak kurang hebatnya apabila mereka bakal memenangi:
Tempat Kedua : RM50,000 & trofi
Tempat Ketiga : RM25,000 & trofi
Tempat Keempat : RM15,000 & trofi
Tempat Kelima : RM10,000 & trofi
Tempat Keenam : RM5,000 & trofi
Big Stage 2022 mula bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) bermula 6 Februari 2022 dan juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan di perkhidmatan On Demand.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah tak korang rasai pengalaman bercuti di rumah orang asing yang baru sahaja korang kenal? Rasanya, kalau diikutkan, memang jarang dibuat orang, lebih lagi kalau kenalan baru kita itu belum rapat atau sampai tahap ‘kawan’.
Menerusi filem ‘Speak No Evil’ yang diadaptasi dari filem Denmark ini pada awalnya mencetus kebimbangan penonton filem kerana dikatakan versi baru atau versi Amerika ini akan merosakkan kualiti asal filem tersebut.
Namun, pengarah dan penulis, James Watkins mengambil cabaran dengan pembuatan semula filem Denmark bergenre seram psiko dengan judul yang sama arahan Christian Tafdrup tetap berjaya menarik hati penonton.
SINOPSIS
‘Speak No Evil’ mengisahkan tentang percutian sepasang suami (Ben) isteri (Louise) bersama anak perempuan (Agnes) mereka semasa di Itali yang bertemu dengan satu pasangan lain (Paddy & Ciara) yang mempunyai anak lelaki (Ant).
Selepas meluangkan masa beberapa kali di Itali dan pulang ke rumah, keluarga Ben dijemput oleh Paddy untuk bercuti selama hujung minggu dan tinggal di rumah mereka yang terletak jauh dari kawasan bandar.
Situasi yang pada awalnya harmoni bertukar menjadi janggal dan berbahaya selepas satu per satu perkara berlaku selepas keluarga Ben mengambil keputusan untuk pulang ke rumah mereka di bandar tanpa memberitahu atau meminta izin keluarga Paddy sehingga mereka terpaksa berpatah semula ke rumah Paddy semata-mata untuk mengambil patung kesayangan Agnes.
Menarik mengenai filem ‘Speak No Evil’ versi 2024 ini juga adalah pembuatan semula filem ini lebih meluas jika dibandingkan dengan filem asal dari Denmark yang lebih menakutkan. Melalui versi tahun 2024, penonton juga dapat melihat bagaimana tema baru diterapkan seperti penyalahgunaan berlaku, dinamik perkahwinan yang kompleks, dan perbezaan hak lelaki kulit putih.
Kalau nak tahu, filem ‘Speak No Evil’ sudah pun ditayangkan di pawagam sejak 12 September lalu tau! Bagi peminat filem seram psiko memang patut tonton cerita ini sebab ia penuh ketegangan dan pasti akan menguji emosi anda!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula Sabtu hari itu, peminat kumpulan K-pop Big Bang terpaksalah bersabar, berkumpul dan menanti momen comeback ahli kumpulan tersebut setelah salah seorang daripada ahlinya, G-Dragon tamat latihan ketenteraan di Pusat Kawalan Tentera Korea Selatan, Yongin.
Kalau korang nak tahu, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong,31 telah tamat latihan secara rasminya pada Sabtu yang lalu selepas selesai menjalani latihan ketenteraan secara wajib selama dua tahun.
Di Korea Selatan memang diwajibkan perkhidmatan ketenteraan selama dua tahun kepada semua lelaki yang berusia di antara 18 hingga 35 tahun. Dasar ketenteraan itu diperkenalkan sejak tahun 1957 dan wajib diikuti oleh mereka yang bermastautin di negara itu. So memang tak boleh nak lari dari tanggungjawab ini walau korang superstar macam mana pun.
Macam ‘Konsert’ Berkumpul
Paling wow! Hampir lebih 3000 peminat menunggu bintang kesayangan mereka ini. Rata-rata peminat cukup teruja dengan berita mengenai G-Dragon sehingga tular di media sosial. Berita ini membuatkan kebanyakan daripada fans tegarnya gembira menanti penampilan penyanyi dan komposer itu setelah 2 tahun menyepi. Sudah tentu, ini detik yang akan dinanti-nantikan oleh ramai peminat.
‘The King You Are’
Ada juga peminat yang teruja dengan kemunculan semula G-dragon. Dengan kembalinya tonggak utama Big Bang ini, adakah kumpulan ini bakal kembali dan G-dragon akan menyelamatkan Big Bang macam The King?
Handsome Berimej Kemas
Beberapa keping foto menunjukkan G-Dragon pada hari tersebut. Kini, G-Dragon yang terkenal dengan fesyen rambut berani dahulu sudah memotong rambutnya pendek dengan stail buzzcut.
Hey, walaupun dengan penampilan rambut pendek tapi masih nampak handsome okay!
Hebat penangan bintang K-pop G-dragon ni sampai satu dunia menyambut kepulangan beliau ke industri. Tak sabar pula penulis menanti G-Dragon untuk kembali mewarnai dunia hiburan…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semakin lama, semakin popular demam Thai Pop di kalangan penontonnya di Malaysia.
Jika drama My Ambulance mendapat tontonan yang tinggi di Malaysia dan Thailand, kini 5 lagi buah drama bersiri terbaru menemui korang pada akhir tahun ini di saluran dimsum.
Jom tengok yang mana akan korang minati dan bersedia untuk binge-watch.
.
.
.
Project S the Series
Siri yang mempunyai 4 bahagian ini mempunyai 4 kisah berbeza menerusi 4 sukan berbeza. Haa, banyaknya 4!
Ia menceritakan tentang seorang pemain badminton autism (Sky Wongravee), pasangan sejoli kelab memanah (JJ Jaylerr & Thanaerng Kanyawee), pemain papan selaje (James Teeradon) dan pemain bola tampar (Bank Thiti).
.
.
.
Man of Vengeance
Selepas ibu Tor yang merupakan perempuan simpanan seorang lelaki kaya meninggal dunia, dia dipaksa untuk tinggal bersama keluarga bapanya itu.
Tor didera oleh ibu dan abang tirinya, namun dia kekal tenag kerana kehadiran seorang gadis bernama Mingta.
Pada satu malam ketika dia dikejar oleh ibu tirinya itu, Tor melompat ke dalam sungai berdekatan. Dia dianggap telah mati walaupun hakikatnya masih hidup. Dari situ, Tor menjalankan kehidupan baru di bawah penjagaan rakan mendiang ibunya.
Setelah dewasa, Tor menjadi seorang bapa ayam kaya untuk membalas dendam terhadap keluarga tirinya.
.
.
.
Boy For Rent
Siri romantic comedy ini mengisahkan remaja perempuan bernama Smile (Sananthachat Thanapatpisal) yang jatuh cinta pada seniornya, Kyro. Crush-nya itu bagaimanapun tak menyukai Smile kerana perangai keanak-anakannya.
Lalu Smile mengupah Bads untuk mengajarnya cara untuk menawan hati lelaki.
.
.
.
Love Beyond Frontier
Wang yang berasal dari China terbang ke Thailand untuk mencari ibunya, Rose. Di sana, dia tertukar bagasi degan Ple. Setelah gagal mencari ibunya, dia menetap sebentar dengan wanita bernama Pat.
Malangnya mereka berdua dihalau dari rumah dan terpaksa menagih simpati Ple untuk menetap di rumahnya. Pelbagai ragam berlaku apabila mereka tinggal di bawah satu bumbung.
*
Bagi korang yang ingin menonton 4 siri terbaru ini dan juga siri-siri Thai Pop lain, korang boleh subscribe ke aplikasi atas talian dimsum dan mulai menonton okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.