Baru-baru ini, usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian warga internet apabila beliau dikatakan telah berjaya membeli sebuah jet peribadi hasil daripada perniagaan jeruk mangga bersama anak sulung kesayangan, Ammar Ahyan.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Tiktok milik beliau berdurasi selama 45 saat itu, Aliff dilihat teruja bersama isteri dan anak mereka ketika menaiki jet peribadi berwarna hitam yang didakwa milik mereka.
Dalam pada itu, suasana dalam video tersebut turut menyaksikan Aliff dan Ammar melakukan lawatan ringkas di bahagian dalam jet berkenaan sambil menunjukkan fasiliti mewah yang terdapat dalam pesawat itu.
“Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat papa dan mama. Doakan yang baik-baik untuk kami, amin,” tulisnya.
Ads
“Alhamdulillah, berkat menjual jeruk bersama Ammar Ahyan kita dapat beli sebuah private jet,” luah Aliff penuh rasa syukur dalam video yang sama.
Walaupun begitu, harga sebenar jet peribadi tersebut tidak dapat dipastikan. Namun, menurut hasil carian beberapa pengikut Aliff di ruangan komen mendapati model Cessna 172 itu merupakan antara model jet persendirian paling popular dan dianggarkan mencecah sekitar RM1.6 juta untuk versi baharu.
Sementara itu, ini bukan kali pertama Datuk Seri Aliff Syukri mencetus kontroversi atau kekeliruan netizen. Terdahulu, beliau pernah menafikan dakwaan bahawa nombor plat Toyota Vellfire miliknya bernilai ratusan ribu ringgit. Katanya, tindakan tersebut bagi mengelakkan dirinya diburu pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Meskipun terdapat segelintir pihak yang skeptikal, gaya hidup mewah Aliff tidak pernah gagal mencetus perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat. Namun bagi beliau, ini semua adalah hasil kerja keras dan pengorbanan sebagai usahawan serta bapa yang ingin memberi inspirasi kepada anak-anaknya.
Walau apa pun, sama ada betul atau tidak pemilikan jet ini, semangat juang dan kreativiti Aliff Syukri dalam menjana pendapatan patut dicontohi. Nah! Kalau jual jeruk pun boleh beli jet, apa alasan kita lagi kan…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa klip video dimuat naik graduan dari negara barat mencuri tumpuan rakyat Malaysia gara-gara menggunakan lagu rasmi UiTM ketika merakam momen graduasi mereka.
Dua hantaran video telah menjadi sorotan warganet Malaysia kerana lagu kebanggaan universiti itu iaitu ‘UiTM di Hatiku’ digunakan masyarakat di luar negara.
Menerusi akaun @whiteboy_612, dia dilihat menggunakan lagu UiTM sebagai latar videonya sekali gus dihujani komen lucu daripada netizen.
Majoriti warganet berseloroh bertanya individu tersebut graduan dari UiTM mana.
Menjengah ke akaun @d0ublechin2.0 pula, ruangan komentar gadis mat saleh itu juga dibanjiri komen-komen selepas menggunakan lagu berkenaan.
“Akak belajar dekat UiTM Jengka ke,” antara komen yang ditinggalkan.
“UITM going international! Hahaha,” komen pula pengguna lain.
Pastinya menambah rasa bangga dalam kalangan bekas graduan universiti itu apabila lagu tersebut mendunia dan digunakan graduan dari universiti luar negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini Netflix telah mengumumkan bahawa siri drama popular Squid Game akan muncul untuk musim kedua. Namun, apa yang menariknya drama ini bakal menjadi realiti kerana Netflix dikatakan sedang merekrtu peserta dari seluruh duia bagi menyertai siri realiti itu.
Pertandingan tersebut akan mencari 456 pemain, merangkumi cabaran-cabaran yang diilhamkan daripada siri asal dengan penambahan baharu yang pasti akan mengejutkan. Pemenang bakal memperoleh hadiah bernilai AS$4.56 juta (RM20.16 juta).
Antara syarat-syarat yang diperlukan adalah seperti berikut:
Mestilah berumur 21 tahun ke atas
Fasih bahasa Inggeris
Boleh ambil cuti sebulan pada tahun 2023 selama permainan dijalankan
Miliki pasport yang sah
Bukan kakitangan Netflix
Siri itu akan ditayangkan sebanyak 10 episod dan difilemkan di Britain. Mereka akan bertanding untuk menjadi satu-satunya wakil perserta yang terselamat dan membawa pulang hadiah wang tunai. Walau bagaimanapun, korang tidak perlu risau kerana menang atau kalah, semua pemain tidak akan dicederakan.
Ha, apa tunggu lagi inilah masanya korang merebut peluang untuk memenangi wang tunai lebih RM20 juta serta berpeluang untuk muncul dalam siri Squid Game.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerjaya guru amat dipandang mulia. Ilmu dicurahkan kepada anak murid amat dikenang hingga ke akhir hayat. Seperti kita tahu, peraturan penjarakan sosial di sekolah amat ketat termasuk murid-murid hanya dibenarkan makan di dalam kelas bagi mengelak penularan wabak COVID-19.
Memandangkan murid-murid perlu makan di dalam kelas, guru turut bertanggungjawab memantau anak-anak murid agar mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Namun gelagat seorang guru, Cikgu Farrah Norashikin Juhari yang mengajar Pendidikan Jasmani sebuah sekolah rendah di Jitra, Kedah amat menarik perhatian.
Gelagatnya yang dilihat seakan membebel dilihat cukup “merdu” pada pendengaran. Jelas suaranya menyebut kesianlah kat cikgu sama. Hang pa makan kenyang dah, cikgu baru nak makan. Cikgu sambil dok makan, sambil dok menjerit. Tang nu menjerit tang ni menjerit, lama-lama cikgu mati tercekik. Bagi cikgu makan sat. Amboi depa makan kenyang-kenyang, lepas tu dema nak bagi kita naik angin. Tak kesian ka tengok tak kesian ke. Terus nak makan tak lalu dah,”katanya dalam loghat Kedah yang agak pekat.
Dalam satu video dikongsi oleh Cikgu Farrah Norashikin di fbnya, video ini sudah disyer 9.9 k orang. Memang ramai terhibur tengok gelagatnya.
Haha, sesekali merdukan kalau dengar cikgu membebel. Apa pun memang cikgu superb. Cukup menghiburkan.
Korang tengoklah sendiri bagaimana cikgu nie membebel. Ala, rindunya alam persekolahan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!