Malam finale Big Stage musim ketiga sebentar tadi berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada Muhammad Azzammuddin Bin Lop Hisham atau Azzam Sham.
Azzam, 23 telah mengenepikan saingan sengit daripada naib juara, Usop apabila berjaya mengutip 67.85 peratus berbanding Usop, 66.57 peratus.
Jurang markah 1.28 peratus itu diterima oleh Usop yang mengakui bahawa Azzam sememangnya mempunyai aura untuk bergelar juara sejak daripada minggu pertama lagi.
Sementara itu Qody Rani menduduki tempat ketiga dengan 61.85 peratus, Dinie Rashid di tempat keempat (60.04 peratus) dan tempat kelima milik Fadh Majid (58.80 peratus).
Ads
Pada pentas akhir Big Stage malam ini, Azzam telahpun membawakan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aku Bidadari Syurgamu dan Grenade nyanyian asal Bruno Mars.
Ads
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana rezeki dan bakat ini datang daripadaNya. Terima kasih kepada ibu bapa saya, ahli keluarga, atok nenek dan peminat yang selalu mengundi.
“Tulang belakang saya tentunya adalah kamu, Azzam Sham Troopers dan Azzam Sham FC atas sokongan mereka selama ini. Terima kasih juga kepada management saya, Rusa Music yang banyak membantu saya untuk berjaya sehingga ke peringkat hari ini. Saya saya semua orang yang ada di sekeliling saya.
“InsyaAllah saya tak sabar untuk mengeluarkan single baru, tak lama lagi,” katanya yang mengakui tidak menyediakan sebarang ucapan untuk malam ini.
REMAJA teruja dengan posting terbaru daripada pengarah dan penerbit tersohor Malaysia Michael Ang. Dalam posting laman Instagramnya, dia mengumumkan status Islamnya yang sudah masuk satu tahun.
Dalam post tersebut ada menyediakan link Youtube perjalanan islam pengarah drama melayu yang berbangsa cina ini. Menurut Video tersebut, Michael sudah berstatus mualaf sejak tahun lepas ketika dia post gambar dirinya sedang berbuka puasa di dalam kereta.
Rata-rata pelakon dan penyanyi tanah air sepertii Fazura, Aeril Zafrel, Scha Al Yayha, Janna Nik, Khai Bahar, dan ramai lagi membanjiri ruang komen posting umum statusnya dengan kata-kata semangat dan indah.
Ahlan wa sahlan Michael Ang 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal, Fazura berharap orang ramai dapat memberi ruang kepadanya untuk meneruskan kehidupan serta membesarkan puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya, dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang gangguan.
Menurut Fazura, dia tidak pernah berniat untuk meraih simpati sebagai ibu tunggal. Sebaliknya, apa yang diharapkan hanyalah peluang untuk menjalani kehidupan seperti biasa sambil memberikan yang terbaik buat anak kesayangannya.
Mahu Fatima Membesar Dengan Mental Yang Sihat
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru baru ini, pelakon berusia 42 tahun itu meluahkan hasrat agar Fatima dapat membesar dalam suasana yang harmoni dan mempunyai kesihatan mental yang baik.
“Minta kepada anda semua, tolong, saya adalah ibu tunggal yang bekerja, saya harap nak membesarkan anak saya dengan mental yang baik, dengan tenang. Tolong jangan ganggu saya lagi.
“Tolong berhenti sekarang. Sebab saya seorang ibu tunggal. Bukan saya nak minta simpati, ramai yang ibu tunggal di luar sana. Tapi saya mohon kepada semua, cukuplah.
“Saya dah lalui banyak selama dua tahun ni. Dan Alhamdulillah, saya bersyukur Allah berikan saya kekuatan luar biasa,” katanya.
Fatima Jadi Sumber Kekuatan
Dalam masa sama, Fazura turut menzahirkan penghargaan kepada ahli keluarga, rakan rakan, peminat serta puteri tunggalnya yang menjadi tulang belakang dan sumber kekuatan untuk dia terus bangkit mengharungi kehidupan.
Pelakon filem popular Gol & Gincu itu berkata, dia dan Fatima akan terus melangkah bersama walau apa juga cabaran yang bakal ditempuhi pada masa akan datang.
“Dan no matter what, from now on, saya dan Fatima akan sentiasa berdua untuk menghadapi semuanya. So, saya mohon kepada semua, cukuplah. Jangan ganggu saya lagi.
“Minta anda semua biar saya membesarkan Fatima dengan sebaik-baiknya, dengan tenang, dengan harmoni,” ujarnya lagi.
Minta Peminat Terima Takdir Jodoh
Pada masa sama, Fazura turut mengingatkan orang ramai agar menerima hakikat bahawa jodohnya bersama bekas suami, Fattah Amin, telah pun berakhir dan segala yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT.
“Dan ingatlah bahawa jodoh, ajal maut semua Allah tentukan. Harap peminat-peminat saya dan juga peminat-peminat Fattah yang dulu, terimalah bahawasanya dah tak ada jodoh antara kita, kan?
“Dan Fatima pun ada keluarga sendiri, saya pun dah ada, orang kata hidup saya sendiri. Dan saya perlu bekerja, dan saya perlu membesarkan Fatima sebaik-baiknya,” katanya.
Fokus Pada Co Parenting Demi Fatima
Mengulas lanjut, penyanyi lagu Kisah Terbaik itu menjelaskan hubungan antara dirinya dan Fattah berada dalam keadaan baik. Jelasnya, fokus utama mereka kini hanyalah untuk bersama sama membesarkan Fatima menerusi proses co parenting.
“So, di sini saya nak terangkan kepada semua, we are okay, we are okay. So, fokus kami hanyalah kami bertiga. Ya? Faz, Daddy Fatima, dan Fatima. Hanya kami bertiga. Tidak ada orang lain lagi,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang ibu berkongsi kisah mencuit hati apabila anak lelakinya meminta beberapa bahan sebelum dia pulang dari tempat kerja. Permintaan tersebut rupa-rupanya berpunca daripada inspirasi yang datang daripada komik Lawak Kampus yang sering dibaca oleh kanak-kanak itu di rumah.
Menerusi satu perkongsian di Thread oleh pengguna Syira Shukri, kanak-kanak tersebut meminta ibunya membeli tembikai, oren dan air soda kerana mahu membuat minuman sendiri untuk berbuka puasa.
Pada mulanya, ibunya menyangka anaknya mahu mencuba resipi daripada pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak hari ini sering melihat resipi menarik di media sosial.
Namun sangkaan itu meleset sama sekali.
Rupa-rupanya kanak-kanak berkenaan mahu mencuba minuman yang dilihatnya dalam komik kegemarannya, Lawak Kampus.
Komik tersebut bukan sahaja menghiburkan, malah kadangkala memaparkan situasi harian yang membuatkan pembacanya rasa ingin mencuba sendiri perkara yang dilihat.
Minuman Inspirasi Komik Lawak Kampus
Menurut perkongsian tersebut, anaknya terliur melihat minuman yang digambarkan dalam komik itu lalu berazam untuk mencubanya sendiri di rumah. Walaupun ia sekadar ilustrasi dalam komik, imaginasi kanak-kanak membuatkan minuman itu kelihatan sangat menarik.
Lebih mencuit hati, ‘resipi’ minuman tersebut sebenarnya dirujuk daripada Lawak Kampus Jilid 42, halaman 101. Dalam babak tersebut digambarkan gabungan tembikai, oren dan air soda sebagai minuman yang kelihatan menyegarkan.
Situasi itu membuatkan si ibu terhibur kerana tidak menyangka komik yang sering dibaca anaknya mampu memberi inspirasi sehingga ke dapur.
Bagi seorang kanak-kanak, apa yang dilihat dalam bahan bacaan kegemaran boleh mencetuskan rasa ingin mencuba sesuatu yang baharu.
Bagi ibu bapa pula, momen seperti ini kadangkala menjadi pengalaman yang menghiburkan kerana mereka dapat melihat bagaimana imaginasi anak berkembang melalui bahan bacaan yang diminati.
Bukan Sekadar Komik Lawak
Dalam perkongsian sama, ibu tersebut turut menyedari satu lagi sisi positif daripada komik Lawak Kampus. Walaupun ia terkenal sebagai komik jenaka, kandungannya kadangkala menyelitkan unsur pembelajaran secara tidak langsung.
Ketika membaca komik berkenaan, anaknya ternampak satu babak lawak yang melibatkan soalan matematik berkaitan Algebra. Babak tersebut mungkin sekadar gurauan dalam cerita, namun ia berjaya menarik perhatian kanak-kanak tersebut.
Rasa ingin tahu membuatkan kanak-kanak itu terus meminta ibunya mengajarkan konsep tersebut. Dia mahu memahami bagaimana soalan matematik itu sebenarnya diselesaikan.
Selepas diterangkan secara ringkas, dia bukan sahaja mula memahami asasnya, malah meminta ibunya menyediakan beberapa soalan mudah untuk dicuba sendiri.
Keinginan untuk mencuba itu menunjukkan bagaimana minat belajar boleh muncul daripada perkara yang tidak disangka-sangka.
Komik Lawak Kampus Cetus Rasa Ingin Tahu
Apa yang lebih membanggakan, kanak-kanak itu baru berada di Tahun Dua namun sudah mula memahami sedikit demi sedikit konsep algebra. Walaupun masih di peringkat asas, ia tetap menjadi sesuatu yang menggembirakan bagi ibu bapanya.
Perkongsian ini sekali gus menunjukkan bahan bacaan santai seperti Lawak Kampus juga boleh memberi impak positif kepada perkembangan kanak-kanak. Selain menghiburkan, komik juga boleh merangsang imaginasi dan rasa ingin tahu.
Komik Lawak Kampus karya Keith Kam sememangnya terkenal dengan jenaka kehidupan pelajar. Ceritanya sering memaparkan situasi di sekolah yang dekat dengan dunia pelajar seperti kelas, peperiksaan, guru dan persahabatan.
Pada masa sama, komik ini kadangkala menyelitkan elemen pembelajaran dalam bentuk yang ringan dan mudah difahami. Perkara inilah yang membuatkan ramai pembaca muda tertarik untuk terus membaca.
Kadangkala, daripada satu babak lawak yang ringkas, ia mampu mencetuskan rasa ingin tahu dan membuka ruang kepada pembelajaran sebenar. Inilah antara keunikan yang membuatkan komik seperti ini terus diminati oleh generasi pelajar hingga hari ini.
Sumber : Thread syirashukri
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...