Selepas Malaysia, kini giliran negara jiran kita, Indonesia menikmati The BTS Meal yang baru sahaja dilancarkan semalam di negara itu.
Sama seperti di sini, BTS Meal dihidangkan dengan 9 ketul chicken McNuggets, kentang goreng dan minuman coca-cola bersaiz sederhana serta sos sweet chilli bersama saus cajun. Hidangan tersebut berharga Rp 40,909 (RM 11.83) dan apa yang menariknya, di Indonesia menawarkan set jimat 2 hidangan BTS Meal dengan harga Rp 77,273 (RM 22.35).
Sambutan yang diterima sangat luar biasa dan pihak media Indonesia juga turut melaporkan gambar kesesakan yang berlaku di beberapa cawangan McDonald’s.
Khabarnya, beberapa cawangan McDonald’s terpaksa ditutup sebentar kerana terlalu ramai orang dan dikhuatiri menyebabkan penularan COVID-19.
Ads
Sekurang-kurangnya 13 cawangan McDonald’s sesak di Indonesia dan buat sementara waktu, beberapa cawangan di Semarang akan ditutup beberapa hari ekoran bimbang kes wabak COVID-19 meningkat.
Semua tahu bahawa Universiti Harvard adalah antara salah satu universiti terbaik di seluruh dunia. Tapi cuba bayangkan kalau korang dapat belajar jurusan yang ada di Universiti terkemuka ini. Teruja bukan.
Ini bukan angan-angan Pak Jenin lagi, baru-baru ini Universiti terkemuka di dunia Harvard umum membuka kelas pengajian secara percuma di dalam talian.
Harvard menawarkan 67 kursus berkenaan untuk tempoh virus pendemik Covid-19 ini.
Antara kursus yang ditawarkan adalah di dalam bidang teknologi maklumat iaitu pengaturcaraan permainan.
Kursus berkenaan berlangsung selama 12 minggu dan para pelajar perlu memberi komitmen masa enam hingga sembilan jam seminggu.
Penerangan kursus
Dalam usaha untuk memahami bagaimana permainan video itu sendiri dilaksanakan, anda akan meneroka reka bentuk permainan kanak-kanak seperti: Super Mario Bros, Pong, Flappy Bird, Breakout, Match 3, Legend of Zelda, Angry Birds, Pokémon, Helikopter 3D Permainan, Gumpalan, dan Portal.
Melalui kuliah dan kerja tangan, kursus ini meneroka prinsip grafik 2D dan 3D, animasi, bunyi, dan pengesanan perlanggaran menggunakan rangka seperti Unity dan LÖVE 2D, serta bahasa seperti Lua dan C #. Dengan kelas, anda akan memprogram beberapa permainan anda sendiri dan mendapat pemahaman yang mendalam tentang asas-asas reka bentuk dan pembangunan permainan.
Turut ditawarkan ialah pengajian mekanikal berkaitan Pengudaraan Mekanikal untuk COVID-19.
Penerangan kursus
Kursus di Harvard ini akan membantu mempersiapkan doktor hospital bukan ICU berlesen untuk membantu operasi ventilator.
Memandangkan semakin banyak pesakit yang mengikat COVID-19 dan membangunkan radang paru-paru, sistem perubatan itu, dan akan terus menjadi, amat memerlukan profesional perubatan berlesen yang boleh membantu dalam operasi ventilator mekanikal.
Kursus ini memberikan maklumat umum mengenai pengudaraan mekanikal.
Ia bertujuan untuk profesional perubatan berlesen. Keperluan pesakit dan pengaturan penjagaan klinikal berbeza-beza, dan maklumat yang diberikan tidak dimaksudkan sebagai nasihat perubatan, diagnostik atau rawatan.
Ventilator harus digunakan di bawah pengawasan profesional perubatan berlesen yang berkelayakan.
Rujuk arahan pengeluar untuk peranti tertentu yang anda gunakan dan lembaran maklumat produk untuk sebarang ubat yang diberikan. Subjek ini adalah rumit dan berkembang.
So kalau korang bercita-cita nak jadi pelajar Universiti Harvard inilah peluangnya. Moga kursus ini juga mampu mengisi masa lapang korang sepanjang PKP ni.
KLIK pautan ini untuk maklumat lanjut pengajian di Harvard:
'Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia'. Inilah buku yang baru dilancarkan oleh penulisnya, Kean Wong.
Memaparkan wajah kanak-kanak pada lambang bulan dan bintang, wajah wanita di hadapan selain harimau yang memijak buaya, gambar hadapan kulit buku ini didakwa menyamai lambang jata negara (simbol kedaulatan negara) yang digunakan pakai di passport Malaysia sebagai bukti kewarganegaraan individu memegangnya.
Buat anak muda, dalam erti kata mudah, jata negara adalah lambang kedaulatan dan satu negara merdeka.
Sebaik buku ini dilancarkan oleh penulisnya, wujud respon mempersoalkan mengenai maksud di sebalik buku ini dilancarkan.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta KDN menyiasat penulis, penyunting dan penerbit buku terbabit jika wujud motif biadab serta menghina lambang rasmi negara (sumber Berita Harian).
Bukan hanya Dr Asyraf Wajdi, tetapi bantahan turut disuarakan oleh Pemuda Negara Wilayah Persekutuan Adi Ikmal Isa yang meminta Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas ke atas penulis dan penerbit buku “Rebirth” yang mengubah suai Jata Negara pada muka hadapan buku berkenaan (sumber MalaysiaGazatte).
Hal yang sama disuarakan oleh Dr Ahmad Sanusi yang mengulas isu ini di laman fbnya yang bertanya adakah ini penghinaan pada jata negara?
Asyraf Wajdi berkata, imej dipaparkan pada buku itu menggambarkan ada pihak tidak peduli dengan Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2016.
"Nampaknya akta yang baru dipinda dengan meningkatkan hukuman 20 kali ganda belum cukup menggerunkan sesetengah pihak sehingga sanggup secara terbuka membuat penghinaan terhadap lambang rasmi negara, melalui penerbitan buku sebegini," katanya.
Ini hukuman menanti kalau hina Jata Negara
Akta itu memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun dan denda sehingga RM20,000 bagi kesalahan penggunaan lambang negara termasuk jata negara secara tidak wajar.
Bacalah perkongsian dari Dr Ahmad Sanusi mengenai buku ini.
Penghinaan Pada Jata Negara?
=========
1. Kalau dahulu timbul isu Jalur Gemilang dikibarkan terbalik, hari ini timbul pula aduan yang mengadu tentang isu Jata Negara seakan dipermainkan. Dalam sebuah buku yang disunting oleh Kean Wong, muka hadapan buku tersebut seakan mempamerkan Jata Negara yang telah diubah.
2. Gambar yang mirip Jata Negara itu menyelitkan watak seorang kanak-kanak yang berbogel pada bulan dan bintang. Pada hakikatnya, menurut Jabatan Penerangan Negara, bulan dan bintang pada Jata Negara ini adalah simbolik kepada Agama Islam. Malaysia mengangkat Agama Islam sebagai Agama Persekutuan buat negara ini.
3. Gambar tersebut turut mengubah Cogan Negara yang dinukilkan dalam Bahasa Melayu dan Jawi. Ruang Cogan telah diubah menjadi gambar buaya merah. Begitu juga gambar harimau disisinya dipamerkan dengan penampilan yang berbeza.
4. Biarpun kita tidak memahami tujuan sebenar pelukis atau penulis atau penerbit yang memaparkan gambar mirip Jata Negara ini pada buku ini, namun kita mestilah mendidik rakyat agar menghormati simbol rasmi negara.
5. Jata Negara merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Dalam peruntukan undang-undang turut menyebutkan tentang larangan menggunakan Lambang Negara dengan kaedah yang tidak wajar dalam Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.
6. Sekiranya pelukis atau penulis atau penerbit memang berniat untuk menghina Jata Negara, maka kumpulan seperti ini seharusnya boleh dikenakan tindakan. Mereka bukan sahaja menghina Jata Negara, bahkan mengubah simbol Agama Islam yang dipaterikan dalam lambang rasmi negara ini.
7. Ingatkan kepada warga Muslim bahawa Rasulullah memilih sahabat yang hebat yang berperanan menjaga lambang rasmi Islam. Mereka yang memegang bendera rasmi adalah mereka yang bukan calang-calang. Bendera Islam ketika dalam Badar di pegang oleh Mus’ab ibn Umayr sehinggalah beliau syahid dalam perang Uhud.
8. Malah begitu pentingnya simbol rasmi ini, Rasulullah menamakan nama-nama tertentu yang mempunyai kedudukan di sisi Rasulullah untuk mendaulatkan perjuangan dan bendera Islam. Perkara ini boleh diperhatikan dalam Perang Mu’tah dimana Rasulullah telah menamakan Zaid ibn Haritha, dan Ja’far Abu Talib dan Abdullah ibn Rawahah yang mana kesemua mereka bukan calang manusia. 9. Masyarakat mestilah dididik menghormati lambang rasmi Negara. Ia sebagai langkah membina kesetiaan dan penghormatan buat tanah air tercinta. Janganlah bersikap seperti segelintir kita yang merendahkan simbol negara, mengibarkan jalur gemilang secara terbalik bahkan merendahkan tulisan jawi yang menjadi identiti negara.
10. Kumpulan yang menghina lambang rasmi negara tidak layak dianggap sebagai warganegara. Mereka tidak menghormati perjuangan dan usaha datuk nenek dahulu dalam mendapatkan kedaulatan negara ini.
Baru sahaja pelajar-pelajar IPTA/IPTS mahu memulakan pengajiannya di universiti dan kolej, khabarnya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan kepada semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menangguhkan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi pelajar baru dan lama ke kampus masing-masing.
Semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilakukan secara dalam talian, termasuk sesi pengajaran dan pembelajaran sehingga ada pengumuman mengenainya dilakukan.
“KPT amat prihatin dengan pandangan pelbagai pihak serta kebimbangan yang disuarakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat dengan peningkatan kes COVID-19 yang berlaku hanya selang beberapa hari sahaja dari tarikh kemasukan pelajar baharu ke universiti.
Kredit foto: Astro Awani
“KPT turut prihatin mengenai kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar, staf universiti dan semua pihak yang terlibat,”
Sementara itu, bagi pelajar-pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing.
KPT juga mencadangkan kepada semua IPT untuk menangguhkan semua program atau aktiviti melibatkan perhimpunan di kampus. Sebarang pertanyaan berkaitan pergerakan balik ke kampus serta sesi pengajaran dan pembelajaran boleh dirujuk terus kepada IPT masing-masing.
Kredit foto: NSTP
Inisiatif ini dibuat bagi mendengar pandangan pelbagai pihak serta kebimbingan yang disuarakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat ekoran peningkatan kes COVID-19 yang berlaku sekarang.
Diharap dengan agar cara ini sedikit sebanyak dapat mengekang wabak pandemik ini daripada terus menular.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...