Sejak semalam kecoh tentang kisah Makcik Maznah. Ia berikutan ada dakwaan netizen bertemu makcik ini di beberapa lokasi meminta sedekah selain memaklumkan anaknya yang sepatutnya ditingkatan tiga tidak bersekolah berikutan kesusahan dialami. Masa yang sama, timbul dakwaan kononnya anaknya hanya duduk di food court dan menunggu emaknya meminta bantuan dari orang ramai.

Bacalah kisah terkini mengenai Makcik Maznah yang dikongsikan oleh Cikgu Fazli yang bertemu sendiri dengan makcik ini bersama Awaris, gadis yang meviralkan kisah Makcik Maznah di media sosial.

Apa yang pasti, rakyat Malaysia memang pemurah kerana dalam masa satu hari, jumlah sedekah yang Makcik Maznah dapat adalah sebanyak RM70,000 sumbangan dari rakyat Malaysia.

IKLAN

Apa pun, bacalah perkongsian Cikgu Fazli mengenai hal ini.

Kisah Sebenar Makcik Maznah Yang Viral! Dapat RM70,000 Dalam Masa 24 Jam

Kisah Sebenar Makcik Maznah Yang Viral! Dapat RM70,000 Dalam Masa 24 Jam

IKLAN

Okey semua. Dah jumpa Mak Cik Maznah yang viral ni. Aku tulis fakta padat terus la senang.

IKLAN

1. Mak cik ni susah sejak 2014 bila suami berhenti kerja sebagai tukang masak.
2. Kena halau keluar rumah dan mula sewa bilik. Kongsi bilik air.
3. Sejak dari itu anak berhenti sekolah. Masa tu anak darjah 3. Selalu pindah-pindah, susah nak sekolah katanya. Anak tunggal, seorang saja. Perempuan. Sekarang anak sepatutnya form 3.
4. Mohon Baitulmal dari 2015-2016. Lepas tu stop minta bantuan sebab tak nak jadi golongan asnaf dan bergantung pada zakat orang ramai.
5. Suami kerja on dan off. Kadang-kadang ada masalah kesihatan, kadangkala tempat kerja tu tak sesuai dengan cara dia bekerja (tukang masak)
6. Pernah mohon zakat segera (Zakat Selangor) sebanyak dua kali dan diluluskan serta merta (RM100 diberi setiap kali mohon kalau tak silap)
7. Sumber pendapatan utama – tiada. Memang mak cik inilah akan meminta sedekah di pasaraya. Pergi dengan grab dengan anak. Anak akan tunggu di food court biasanya. Anak perempuan yang usia 15 tahun tu lah.
8. Dibilik tak boleh memasak, so makan di kedai makan setiap hari.
9. Mak cik ni buta mata kanan, ada kad OKU. Namun tak mohon bantuan tetap bulanan dari JKM.
10. Setelah tular kes ini, dalam masa sehari orang ramai kirim 63k. Semalam check lebih 70k. Juga lebih kurang rm4500 dikirim melalui Awanis (gadis yang mula-mula temui mak cik nindan tulis pasal dia)
11. Kiriman melalui Awanis semuanya Awanis serah pada pusat zakat dengan persetujuan mak cik ini.
12. Aku nasihatkan dia sewa rumah berdekatan sekolah, sekolahkan semula anak. Duit dah ada untuk bayar deposit dan sebagainya. Sebelum ini alasan menetap di bilik kerana tiada duit bayar deposit.
13. Aku juga minta dia hubungi JKM dan zakat untuk bantuan tetap memandangkan dia OKU. Aku juga dah maklumkan pada pegawai pusat zakat tentang pertemuan ini.
14. Juga mohon dia cari apa-apa kerja yang boleh mereka lakukan untuk pendapatan.
15. Aku nasihat dia tidak boleh selamanya meminta sedekah begini. Sayang kat anak tertinggal pelajaran dan tak sekolah tu.
Okey. Itu sahaja tentang pertemuan kami petang tadi. Dalam gambar itu adalah Awanis, gadis yang jumpa mak cik Maznah di Giant Batu Caves. Dia bukan anak mak cik maznah, so jangan kecam or fitnah dia okeh.
**********
Kawan-kawan. Ini sedikit nasihat jika kalian jumpa kes sebegini.
1. Bantu segera sekadar kemampuan kita. Bagi makanan contohnya.
2. Dapatkan info penuh tentang mereka, no phone dan alamat.
3. Hubungi JKM, Pusat Zakat atau NGO terdekat dan maklumkan ada sasaran yang perlu dibantu.
4. Jangan dedahkan maklumat mereka pada umum. No phone, alamat, no acc tak perlu dedah. Tu hanya bagi pada pihak yang ada autoriti seperti JKM dan pusat zakat.
Banyak sumbangan masuk, pemurah belaka rakyat Malaysia, alhamdulillah.
Harap-harap mak cik ni dan keluarganya menggunakan sebaik-baiknya kiriman sedekah dan sumbangan orang ramai untuk mengubah kehidupan.
#MFS

Makcik Bukan Scammer

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI