
Kalau korang seorang peminat pie di restoran makanan segera McDonalds, dah tentu korang kecur air liur bila melihat gambar Molten Chocolate Pie yang telah tular beberapa ketika yang dulu.

Belum memasuki pasaran di Malaysia, maka telan air liur je la bila tengok orang post di Facebook. Namun begitu, khabarnya pie coklat ini bakal dipasarkan oleh McDonalds Malaysia bermula 6 Jun ini.
Kalau di Singapura penjualan pie ini mengambil masa hanya seminggu untuk sold out, jadi confirm bermula 6 Jun ini dah ramai yang serbu ke McD sebab nak merasa kesedapan pie coklat yang selama ini ditunggu-tunggu oleh masyarakat Malaysia. Hiks!

Nak pula bila korang tu memang hantu coklat. Takkan tak nak try kan? Rugi beb!
Okay apa lagi gais, nanti kalau dah try kasi review sikit la dekat kami ya?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas Kalah Video Game Seorang Gamer Mengamuk & Menembak Mati Dua Orang Mangsa

This is such a despicable act!
Sudahlah kalah lepas tu tak puas hati datang membunuh orang pula. Kejadian ngeri yang berlaku di Florida semalam menyaksikan seramai 2 orang dan 11 mangsa mengalami kecederaan apabila ditembak oleh seorang pemuda bernama David Katz.
Di atas merupakan rakaman streaming live ketika kejadian tembakan tersebut berlaku.
Ketika kejadian, satu perlawanan video game sedang dijalankan dan ia turut ditayangkan secara live streaming. Pihak berkuasa tempatan turut mengesahkan penembak yang berusia 24 tahun itu turut menembak dirinya dan membunuh diri selepas melakukan tindakan pengecut tersebut.
Jacksonville Landing Complex yang menjadi venue perlawanan video game Madden NFL telah menjadi medan berdarah dan pastinya tidak akan dapat dilupakan oleh mangsa dan juga pemain-pemain e-sport di Amerika Syarikat dan global amnya.

David Katz yang berasal daripada Baltimore telah datang ke Jacksonville untuk menyertai pertandingan Madden NFL namun menurut laporan sebelum tindakan mengamuk itu, dia telah kalah dan tersingkir. Dikenali dengan nama ‘Ravenschamp’, ‘Raven’ dan ‘TREXHAVAHARTATAK’ dalam persona online gaming, David pernah memenangi pertandingan hampir sama iaitu Madden 17 Bills Club Championship pada Februari lalu di Buffalo, New York.

Sementara itu, seorang gamer dikenali sebagai Larry Legend dilaporkan telah ditembak sebanyak tiga kali di bahagian dada dan tangan. Ibunya telah memuat naik satu tweet mengatakan, ‘anak saya telah ditembak 3 kali, tolong doakan yang terbaik’.
Seorang lagi peserta, Drini Gjoka turut berkongsi pengalaman ngerinya menerusi Twitter. Jelasnya, dia sangat bernasib bauik kerana terselamat dan peluru hanya mengenai ibu jari tangannya.

Semoga mangsa yang tercedera dan ahli keluarga semua mangsa dapat menempuhi ujian getir ini dengan tabah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muslim Pertama Jadi Ketua Negara Eropah, Tahniah Humza Yousaf!

Mungkin ramai yang menganggap individu yang beragama Islam sukar menempa kejayaan di luar negara, terutamanya di negara yang didominasi oleh masyarakat bukan Islam.
Namun, sebenarnya tanggapan ini tidak benar kerana terdapat banyak pengiktirafan antarabangsa yang telah meraikan individu Muslim berpengaruh dengan mengambil kira imej positif yang ditonjolkan.
ARTIKEL BERKAITAN : #GirlPower: Wanita Islam Pertama Pakai Hijab Ketika Bertugas Di Mahkamah AS, Kenali Hakim Nadia Kahf

Terbaru, seorang lelaki muslim mencipta sejarah apabila dilantik menajdi ketua negara Eropah.
Hal ini selepas Parlimen Scotland pada Selasa mengesahkan pelantikan Humza Yousaf, 37, sebagai Menteri Pertama negara tersebut, lapor AFP.
Pelantikan itu mencipta sejarah apabila ia merupakan kali pertama seorang pemimpin politik beragama Islam muncul sebagai Ketua Eksekutif sebuah negara Eropah.
Humza menggantikan Nicola Sturgeon selepas menang tipis dalam pemilihan Ketua Parti Kebangsaan Scotland (SNP) pada Isnin. Beliau kemudian berjaya mengumpul sokongan yang mengcukupi daripada ahli parlimen untuk diangkat menjawat jawatan nombor satu kerajaan Scotland itu.

Sebaik diangkat sebagai Menteri Pertama, Humza mengulangi ikrarnya untuk meneruskan proses menuntut kemerdekaan Scotland daripada United Kingdom.
Untuk info, Humza merupakan seorang pemimpin politik Scotland yang berasal daripada keluarga imigran Pakistan. Ayah Humza lahir di Mian Channu, Pakistan dan berketurunan Punjabi. Manakala ibunya yang juga berketurunan Punjabi lahir di Nairobi, Kenya. Nenek moyang ibunya dibawa ke Kenya oleh Empayar British untuk berkerja disana.
Kedua-dua orang tuanya berhijrah ke Scotland pada 1960-an sebelum bertemu dan berkahwin disana.
Moga lebih ramai individu Muslim menjadi orang penting di dunia ini. Tahniah Humza, dan selamat mengalas tanggungjawap yang diberikan.
BACA LAGI : Dalam Sejarah, Saima Mohsin Wanita Muslim Pertama Jadi Peguam Besar Wilayah Amerika Syarikat
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Ayah Jadi Rapat, Luangkan Masa Dengan Anak-Anak”, Guru Maut Jatuh Bangunan Sekolah Beri Petanda

Innalillahiwainailahirojiun.
Seolah tahu dirinya akan pergi, guru sekolah, Rosle Abd Aziz, 54 yang meninggal dunia selepas terjatuh dari balkoni sekolah di Sekolah Kebangsaan Batu Gajah semalam menunjukkan perubahan sikap ketara.
Menurut anak sulungnya, Muhammad Zulhakim, 21 tahun, seminggu sebelum bapanya meninggal, bapanya ada menunjukkan perubahan sikap.
“Arwah bapa seorang yang suka masuk tidur awal namun seminggu sebelum kejadian, arwah sanggup meluangkan masa dengan anak-anak sehingga kami semua masuk tidur jam 12 tengah malam.
"Memang agak pelik dan tidak menyangka itu petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," luahnya yang ditemui di Unit Kecemasan Hospital Tanah Merah (HTM) semalam.
Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, kira-kira setengah jam sebelum kejadian berlaku, arwah ada menghubunginya meminta dokumen persekolahan adiknya dan dia sempat ke sekolah berkenaan jam 12 tengahari.
"Saya sampai ke sekolah dan hanya adik keluar bertemu bapa untuk menyerahkan dokumen. Kami tidak sangka tidak lama kemudian, mama menghubungi saya memaklumkan kejadian yang menimpanya.
"Arwah sebelum ini ada menceritakan setiap kelas di sekolahnya memasang sinki sebelum pembukaan sekolah esok dan minat bertukang. (sumber Berita Harian).


Dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, arwah yang juga guru di sekolah berkenaan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, ketika kejadian mangsa sedang melakukan pemeriksaan air bagi memastikan setiap sinki di dalam kelas berfungsi.
"Mangsa dikatakan memanjat keluar dari dalam kelas ke balkoni belakang sebelum memijak kerusi plastik dan tergelincir jatuh pada ketinggian tiga meter.
"Mangsa mengalami kecederaan di kepala berikutan terkena bahagian longkang dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika ditemui di Tanah Merah semalam.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa bersama dua rakannya di balkoni berkenaan manakala terdapat guru lain dalam kelas itu.
"Terdapat guru yang melihat kejadian berkenaan dan kami dimaklumkan kesemua guru ke sekolah untuk melakukan persediaan sempena pembukaan sekolah esok. Mangsa yang mempunyai lima orang anak mengajar Matematik di sekolah berkenaan sejak 17 tahun lalu," katanya.


Zainuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Salam takziah dari kami di REMAJA. Semoga jasa guru ini yang mendidik anak bangsa ditempatkan di syurga firdaus di akhirat kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

