Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan satu bentuk penilaian pembelajaran baharu sebagai sebahagian daripada agenda reformasi pendidikan negara, melibatkan murid Tahun 4 dan pelajar Tingkatan 3 dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Pengumuman tersebut dimaklumkan ketika Datuk Seri Anwar berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, pada Selasa, yang menandakan permulaan fasa baru dalam penilaian pembelajaran di sekolah.
Menurutnya, Pengukuran Pembelajaran bagi murid Tahun 4 akan mula dilaksanakan pada tahun ini dan melibatkan empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Sementara itu, Pengukuran Pembelajaran bagi pelajar Tingkatan 3 pula dijadualkan bermula pada tahun 2027 dengan melibatkan lima mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.
“Kedua-dua pengukuran ini akan ditadbir oleh Lembaga Peperiksaan (LP) secara berpusat. Nama lain bagi pengukuran ini adalah Matriks Pembelajaran Malaysia,” katanya.
Di samping itu, beliau turut menjelaskan, pelaksanaan penilaian baru ini merupakan sebahagian daripada usaha reformasi pendidikan negara yang bersifat menyeluruh dan berani, sejajar dengan aspirasi RPN 2026–2035.
Tambahnya, reformasi tersebut memberi penekanan kepada pengukuhan jati diri dan kenegaraan, mempertingkat intervensi pendidikan pada peringkat awal kanak-kanak, serta memartabatkan peranan guru sebagai tunjang sistem pendidikan.
Pada masa yang sama, Rancangan Pendidikan Negara turut memberi penekanan kepada usaha memperkasa sistem pendidikan tinggi supaya menjadi lebih terangkum dan adil, termasuk dengan membuka akses yang lebih luas kepada pelajar daripada golongan miskin, pelajar berkeperluan khas serta bakat terbaik negara tanpa mengira latar belakang.
Selain itu, ikhtiar tersebut dilihat bukan sekadar tertumpu kepada perubahan struktur atau dasar pendidikan semata-mata, sebaliknya bertujuan melahirkan generasi yang berakar kukuh pada nilai dan jati diri, yakin terhadap identiti nasional, cekal dalam menghadapi perubahan semasa, serta berkeupayaan mengangkat masa depan Malaysia berteraskan ilmu, adab dan ihsan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di ruangan kapsyen video tersebut, Yun meluahkan rasa sedih kerana kehilangan sahabat baiknya, namun tetap reda dengan ketentuan Illahi.
“Kepulangan yang kami nantikan tapi Allah lebih sayang Farah untuk kembali kepadaNya. Tak percaya, ayat terakhir awak untuk kami, ‘bye Donny, Nani, Yuni..jumpa lagi, sayang korang.’
“Kami pun sayang kau Farah, tapi Allah lebih sayangkan kau. Semoga ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman. Tunggu kami di sana. Al-Fatihah,” coretnya di ruangan kapsyen.
Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini dilaporkan ditemui jam 6 petang semalam di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.
Hari ini, seorang suspek berstatus anggota polis lelaki berusia 26 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat mangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melakar sejarah dengan meletakkan status pengajian tinggi negara di pentas dunia melalui pembukaan kampus baru di Doha, Qatar.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, UKM telah mengorak langkah yang unik dengan pembukaan kampus berkenaan apatah lagi universiti itu bermula sebagai sebuah institusi pengajian awam Malaysia yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim
“Sebagai salah seorang yang menandatangani memorandum mendesak penubuhan sebuah universiti awam yang berteraskan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, saya berasa bangga untuk bersama-sama warga UKM di hari yang gemilang ini”
Menerusi laman Facebook, beliau mengucapkan tahniah kepada Naib Canselor UKM Prof. Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman di atas kejayaan tersebut dan berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain untuk mengorak langkah serupa selepas ini.
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim
“Saya ingin memanjatkan rasa syukur kerana telah diberi kesempatan dan ruang ketimbang keberadaan saya di Doha untuk bersama-sama kepimpinan dan warga UKM untuk menyaksikan saat-saat yang unik dan bersejarah ini”
Dalam pada itu, pembukaan Kampus UKM di Qatar bakal menerima kemasukan pelajar pada bulan Oktober sesi akademik 2024/2025.
Kampus UKM Qatar juga bakal menawarkan lima (5) program iaitu Sarjana Muda Perakaunan (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan), Sarjana Muda Sains Aktuari (Fakulti Sains dan Teknologi), Sarjana Muda Sains Komputer, Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Pembangunan Sistem Maklumat) dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pakaian rasmi kontinjen Malaysia yang diperkenalkan baru-baru ini menerima kecaman hebat daripada masyarakat.
Malah, ada segelintir pengguna di media sosial turut menyalahkan Kementerian Belia dan Sukan kerana dikatakan membuat rekaan pakaian yang dilihat ketinggalan zaman dan buruk.
Hal itu diperjelaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bahawa pihaknya tidak mempunyai kaitan sebaliknya rekaan itu diurus oleh Majlis Olimpik Malaysia.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia juga turut mengambil kesempatan dalam masa yang singkat dalam menghasilkan banyak rekaan semula baju kontinjen Malaysia kerana kurang berpuas hati dan kecewa dengan rekaan sebelum ini.
Kredit: Instagram @kool101my
Menurut beberapa komentar yang dilontarkan di media sosial, ramai bersetuju bahawa baju yang telah direka untuk para atlet negara itu akan kelihatan memalukan kerana ia nampak tidak menarik jika dibandingkan dengan rekaan baju dari negara lain.
Walau bagaimanapun, menurut Ketua Kontinjen Negara, Datuk Hamidin Mohd Amin yang menerima maklum balas negatif orang ramai berhubung pakaian berkenaan berkata mereka tetap dengan pendirian untuk tidak melakukan sebarang perubahan rekaan baju.
Tegasnya, apa yang penting ketika ini pemburuan emas di Olimpik lebih menjadi keutamaan berbanding rekaan pakaian rasmi kontinjen negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!