Penyebaran foto dan video tidak berbaju semakin kerap berlaku, kebelakangan ini.
Entah mengapa, kes ini menjadi trend yang semakin sukar untuk dibanteras.
Sudah tentu, golongan selebriti menjadi sasaran mudah. Dengan menyebarkan foto atau video si mangsa atau yang ‘seakan-akan mangsa’ di media sosial, ia adalah taktik termudah untuk menjatuhkan karier dan maruah si selebriti.
Tetapi macam mana pula dengan orang biasa seperti kita? Mengapa ada scammer yang berminat untuk mendedahkan foto dan video bogel kita kepada masyarakat?
Scammers ada agenda tertentu. Ada yang melakukannya atas dasar nafsu, ada yang menjalankan perniagaan dengan menjual foto dan video tersebut. Dan ada juga yang menggunakannya untuk memeras ugut.
Malangnya, kita begitu mudah terperangkap.
Percaya atau tak, kebanyakan remaja tertipu dengan scam berbentuk ‘agensi model’. Ramai sangat yang nak popular dan dapat kerja dengan cara mudah sehingga tertipu dengan scammer yang meminta foto atau video bogel sebagai syarat pendaftaran.
Kebanyakan ‘agensi model’ ini beroperasi secara online kerana di sinilah tempat sasaran remaja bersosial. Dan mereka tak hanya bertopengkan staf agensi, ada juga yang menipu sebagai jurugambar, scouts, dan ‘model senior’ yang boleh menolong mereka.
Okay, okay – katakanlah korang pernah terserempak dengan scammer seperti ini. Apa yang perlu korang buat?
.
.
01
Tak Pernah Minta Pun
First of all, industri modelling tak kiralah di Malaysia atau di peringkat antarabangsa tidak akan sesekali meminta foto dan video bogel sebagai syarat pendaftaran model ke dalam database mereka. Oleh itu, bila ada yang memintanya, please be smart and know that it is a fraud.
Ads
.
.
02
Tetapi..
Yes, ada agensi model yang meminta foto kamu berpakaian mandi (swimsuit dan trunks). Ia adalah normal kerana agensi dan klien perlu tahu ukuran dan bentuk badan model.
TETAPI sebelum menghantar foto itu, tolong kaji dulu latar belakang agensi model dan staf tersebut.
Telefon syarikat itu untuk mendapatkan kepastian ia wujud dan beroperasi.
.
.
03
Jika kamu di bawah usia 18 tahun, jangan sesekali menghantar apa-apa jenis foto – berbaju atau tidak berbaju. NO.
Ads
Sepatutnya, jika agensi model berminat untuk mengambil kamu sebagai model, mereka akan menghubungi ibu bapa / penjaga. Sekiranya mereka direct message (DM) di Instagram dan Facebook sekalipun, berikan nombor telefon ibu bapa / penjaga kamu kepada mereka.
Kami takut, mula-mula je minta foto biasa. Beberapa minggu kemudian, mereka akan mula berani meminta foto atau video bogel.
.
.
04
Ada remaja yang memandang remeh tentang kes foto dan video bogel. Kata mereka, “Alah, internet ada banyak sangat benda macam tu. Pornografi melambak. Tak ada siapapun yang akan kisah dengan foto atau video bogel aku.”
SALAH
Dengan bahan tersebutlah, kamu kini berisiko untuk menjadi mangsa rogol pula. Mungkin ada orang di luar sana yang gian dengan foto atau video bogel kamu dan mencari mangsa untuk jenayah rogol pula. Lebih tragik, bunuh selepas ‘mendapat’ apa yang dia inginkan.
Jika kamu sudahpun menjadi mangsa kepada scammer – pertama sekali jangan salahkan diri sehingga murung.
Scammers adalah golongan yang sudah berpengalaman melakukan kerja penipuan ini dan mereka mudah membuatkan ramai lagi mangsa terpedaya. Apa yang kamu boleh buat sekarang adalah mencari cara untuk memadamkan foto dan video yang sudah tersebar di internet.
Hubungi pihak polis dan lakukan report secepat mungkin. Most probably, kamu bukanlah mangsa pertama kepada kes seperti ini dan pihak polis boleh mendapat clue terbaru daripada laporan kamu untuk menangkap pesalah.
No it is not.
Pastikan kamu simpan segala mesej, email, foto, borang dan apa-apa yang berkaitan dengan ‘agensi model’ ini agar kamu boleh trace kembali tindak-tanduk scammer.
.
.
06
Akhir sekali, beri amaran kepada model lain yang mumpunyai ‘jalan cerita’ seakan sama dengan yang pernah kamu lalui ketika tertipu dengan ‘agensi model’ ini.
Kongsikan posting di media sosial untuk memberi amaran kepada remaja lain yang bercita-cita untuk menjadi seorang model. Dan jangan sesekali memuat naik atau menghantar foto dan video lucah kepada SESIAPA.
Not to your boyfriend, girlfriend, family members or ANYONE. Ini demi keselamatan kamu kerana telefon dan komputer terdedah kepada hackers.
*
Ya, foto dan video bogel mungkin nampak seperti trend di kalangan selebriti dan remaja di Malaysia. Tetapi ia mendatangkan lebih banyak masalah di kemudian hari. Fikir dahulu sebelum menangkap atau merekod okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila kita menerima berita kematian yang disampaikan oleh rakan-rakan di media sosial mengenai musibah yang melanda ahli keluarga mereka, pantas tangan kita menulis Al-Fatihah di ruang komen. Ia sebagai tanda simpati yang kita hulurkan untuk rakan-rakan yang sedang kesedihan.
Namun tahukah, tulisan Al-Fatihah sahaja jika tidak dibaca penuh ibu segala kitab yang mengandungi tujuh ayat ini hanyalah satu perbuatan sia-sia sahaja.
Ini kerana walau niat kita baik untuk berkongsi kesedihan namun tulisan Al Fatihah tanpa membacanya umpama perbuatan sia-sia kerana tiada doa disampaikan untuk si mati.
Ustaz Azhar Tuarno berkata tulisan Al-Fatihah tanpa bacaan hanya satu perbuatan sia-sia kerana tiada doa yang sampai untuk si matiSertailah solat jenazah jika menziarahi orang meninggal kerana perbuatan itu baru dikira sebagai lengkap
REMAJA menghubungi Ustaz Azhar Idrus yang kini bertugas sebagai Pegawai Di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi mengenai trend menulis perkataan Al-Fatihah sebagai tanda doa untuk si mati.
Menurutnya, perbuatan itu hanya sia-sia sahaja kerana tiada doa yang sampai kepada si mati.
“Untuk menyampaikan doa buat si mati, kita wajib membaca Al-Fatihah ini secara penuh dan bukan menulis perkataan Al-Fatihah sahaja kerana ia tidak membawa sebarang doa untuk si mati.
“Manakala untuk ahli keluarga, kita boleh sampaikan salam takziah di atas kehilangan dan kemudian bacalah Al-Fatihah untuk arwah. Ini adab yang perlu kita tahu,”katanya memaklumkan, menjadi satu fardu kifayah buat kita jika mempunyai kelapangan masa untuk menziarahi si mati.
“Ia satu perbuatan yang mendatangkan pahala apabila menziarahi si mati. Masa yang sama, sebaik-baiknya apabila kita datang menziarah, jangan hanya duduk di luar masjid, surau atau rumah. Biasanya sedekahkah Al-Fatihah dan bacakan Surah Yassin lalu hadiahkan untuk di mati.
“Kemudian apabila urusan mandi jenazah dan selepas dikafankan, bersama-sama kita solat jenazah dan pergi ke tanah perkuburan. Ini baru lengkap sebagai adab menziarahi orang meninggal dunia. Kalau kita tinggal jauh pula, selepas kita bacakan surah Al-Fatihah secara penuh, buatlah solat ghaib sebagai tanda ingatan kita buat si mati yang mungkin kita mengenali semasa hayatnya,” katanya ketika dihubungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita tergempar untuk peminat K-pop khususnya BTS telah muncul hari ini. Dan ia pasti menggembirakan ARMY yang berada di Selatan Tanah Air dan juga negara jiran.
BTS telah mengumumkan yang mereka bakal singgah di Singapura sebagai sebahagian daripada lokasi perhentian mereka sempena ‘LOVE YOURSELF TOUR’ pada 19 Januari 2019.
Berita yang diumumkan pada pagi tadi turut menyatakan beberapa lokasi lain seperti Taiwan, Hong Kong dan Thailand yang akan diadakan bermula dari Disember 2018 sehingga April 2019.
Selepas berita ini mula tular di laman media sosial pihak penganjur di Singapura iaitu One Production telah memuat naik tweet mengesahkan BTS akan mengadakan konsert istimewa di NationaL Stadium yang mampu memuatkan seramai kira-kira 55,000 orang penonton.
Kali terakhir BTS singgah ke negara tersebut ialah lima tahun yang lalu dengan konsert ‘The Red Bullet’ dengan hanya lebih lima ribu penonton. Nampaknya kali ini BTS ingin kembali dengan kuasa gegaran yang lebih hebat!
Tambah menarik lagi, BTS merupakan grup K-pop pertama yang bakal mengadakan konsert solo di stadium penuh berprestij tersebut. Dan ia juga bakal menjadi sebuah konsert terbesar pernah diadakan di Singapura?
Rata-rata ARMY sangat teruja dengan berita ini dan berkongsi kegembiraan di laman media sosial seperti di Twitter. They’re so excited and freaking out! Lol
Okay…. jadi bagaimana pula dengan negara kita, Malaysia?
Pada tahun 2015 mereka datang ke Kuala Lumpur untuk konsert ‘The Red Bullet’. Dan sambutan yang diberikan oleh ARMY Malaysia sememangnya cukup hebat.
Ketika artikel ini ditulis masih tiada sebarang berita atau ura-uta yang BTS akan turut mengadakan konsert ‘LOVE YOURSELF’ di Malaysia. Pastinya ramai ARMY yang cukup berharap untuk dapat menyaksikan persembahan mereka sekali lagi, apatah lagi dengan status superstar mereka di peringkat global kini mencapai tahap sangat luar biasa.
Semoga akan ada penganjur di Malaysia yang dapat ‘memujuk’ BTS untuk turut singgah ke Malaysia!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fair & Lovely bukan jenama asing di negara ini dalam membantu wanita mendapatkan ton kulit lebih sekata melalui pencerahan kulit.
Rasanya masa penulis masih kecil, produk penjagaan kecantikkan ini dah popular dikalangan masyarakat kita.
Baru-baru ini, syarikat pembekal barangan keperluan harian, Unilever di India akan menukar nama produk penjagaan wajah Fair & Lovely selepas berlaku bantahan besar-besaran yang menentang sentimen perkauman di seluruh dunia.
Isu ini terjadi selepas tragedi George Floyd di Amerika Syarikat. Sebilangan syarikat, termasuk gergasi produk kecantikan Perancis L’Oreal dikecam berhubung produk-produk pencerahan kulit selepas tercetusnya gerakan Black Lives Matter yang menegakkan keadilan menyusuli kematian lelaki kulit hitam.
Syarikat Inggeris-Belanda itu menyatakan ia akan berhenti menggunakan perkataan ‘Fair’ yang membawa erti cerah pada nama produk itu memandangkan jenama itu ‘komited dalam meraikan semua jenis rona kulit’.
“Kami menyedari bahawa penggunaan kata-kata ‘cerah’, ‘putih’ dan ‘terang’ menunjukkan ideal kecantikan yang kami anggap tidak betul, dan kami ingin mengubahnya,” kata Sunny Jain, presiden Unilever’s Bahagian Kecantikan dan Penjagaan Diri.
Unilever dilaporkan mengaut keuntungan sebanyak AS$500 juta (S$697 juta) menerusi penjualan produk Fair & Lovely di India pada tahun lalu.
Kulit cerah di India digambarkan sebagai mereka yang daripada golongan berdarjat.
“Kami akan menjadikan portfolio jagaan kulit kami lebih inklusif dan kami mahu menerajui usaha yang memaparkan kecantikan yang lebih pelbagai,” kata ketua Unilever di India, Sanjiv Mehta
Elok juga produk kecantikan Fair & Lovely ni rebrand nama baru. Yela, tak semestinya berkulit putih tu cantik dan orang yang berkulit gelap tu tak cantikkan.
Sumber: Reuters
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!