Walaupun agama Islam dahulunya kurang dikenali di negara Jepun, kini keadaan itu semakin berubah. Dalam tempoh sedekad lalu, dianggarkan antara 112,000 hingga 230,000 penduduk Jepun telah memeluk Islam dan angka kini kian bertambah, menurut laporan portal Republika.
Perkembangan ini disifatkan sebagai sesuatu yang sangat positif dan membanggakan oleh pelbagai pihak. Malah, pertumbuhan pesat jumlah mualaf di Jepun ini sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor utama.
Antaranya termasuklah perkahwinan antara mualaf dan pasangan mereka, yang secara tidak langsung menyumbang kepada kelahiran generasi Muslim seterusnya di negara tersebut.
Bukan itu sahaja, kedatangan imigran Muslim dari negara seperti Iran, Indonesia, Pakistan dan Bangladesh juga memainkan peranan besar dalam perubahan ini. Dengan kehadiran mereka, jumlah masjid di Jepun turut meningkat, menjadikan ia sebagai tempat interaksi yang penting antara komuniti Muslim dan masyarakat setempat.
Ads
“Apabila bertambahnya Rumah Allah, ia merupakan kesempatan penduduk lokal bersosialisasi dan belajar tentang Islam.
“Sentimen Islamofobia juga membuatkan mereka ingin tahu adakah Islam memicu kepada kekerasan atau sebaliknya? Maka, masjid menjadi tempat rujukan,” lapor Republika.
Selain itu, kadar perpindahan agama yang sangat rendah dalam kalangan Muslim di Jepun turut menjadi penyumbang kepada kestabilan jumlah penganut agama Islam di negara itu. Mereka yang lahir dalam keluarga Muslim kebiasaannya kekal dengan agama yang dianuti sejak kecil.
Ads
Semua ini jelas menunjukkan bagaimana Jepun kini lebih terbuka dalam menerima, memahami dan menghormati Islam, satu agama yang sebelum ini sering disalah tafsir oleh sesetengah pihak.
Bagaimanapun, menurut laporan The Economist, masih ada satu cabaran utama yang dihadapi oleh komuniti Muslim di sana iaitu isu tanah perkuburan.
Ini kerana, hampir 99 peratus rakyat Jepun memilih untuk dibakar selepas kematian, sedangkan Islam dengan tegas melarang amalan tersebut.
Namun begitu, dengan peningkatan kesedaran dan penerimaan terhadap Islam, diharapkan lebih banyak penyelesaian akan ditemui bagi memenuhi keperluan komuniti Muslim di Jepun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang merupakan peminat jenama daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® sepanjang kafe mereka berada di Malaysia selama 25 tahun ini, pastinya korang masih ingat dengan Pasport Ungu ini!
Ya, kad yang pernah menjadi kegemaran ramai ini telahpun dikembalikan di kesemua outlet The Coffee Bean & Tea Leaf® sejak 1 Oktober lalu sempena sambutan ulang tahun jubli peraknya.
Pasport Ungunya pada kali ini didatangkan dengan 10 bulatan di bahagian belakang di mana pemilik kad tersebut boleh mengumpul 10 cop untuk melengkapkannya.
Setelah lengkap, mereka hanya perlu memasukkan Pasport Ungu itu ke dalam peti yang disediakan di outlet The Coffee Bean & Tea Leaf® berhampiran dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik!
Antaranya termasuklah kredit kad TCB, barangan eksklusif ulang tahun ke-25 The Coffee Bean & Tea Leaf® dan juga pakej penginapan hotel selama 4 hari 3 malam sama ada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Johor bernilai hingga RM2,000.
Di antara barangan eksklusif ulang tahun ke-25 The Coffee Bean & Tea Leaf®.
Caranya mudah sahaja, hanya dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM25 di mana-mana outlet The Coffee Bean & Tea Leaf®, korang akan memperolehi satu cop. Setelah mengumpulkan kesemua 10 cop, jawab sahaja soalan ini, “Berapakah usia The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia pada tahun ini?”.
Ketua Pemasaran & Inovasi, Fiona Rodrigues serta David Tan, Ketua Operasi The Coffee Bean & Tea Leaf® sewaktu pelancaran ulang tahun ke-25 jenama tersebut di Malaysia.
Senang kan? Korang boleh menghantar lebih daripada satu Pasport Ungu ini untuk menaikkan lagi peluang dipilih sebagai pemenang.
Peraduan ini tamat pada 31 Oktober 2022. So you know what to do through out this month, right? Layan je selera korang di The Coffee Bean & Tea Leaf®.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aksi separuh akhir kedua Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di antara Malaysia dan Thailand pada malam ini berakhir dengan keputusan mengecewakan setelah Malaysia tewas 0-3 di Stadium Thammasat, sebentar tadi.
Thailand mendahului pada separuh masa pertama menerusi jaringan penyerang, Teerasil Dangsa pada minit ke-19 lalu memadam kelebihan bekalan satu jaringan oleh Faisal Halim dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Begitupun, skuad Harimau Malaya tidak berjaya bangkit pada separuh masa kedua apabila Thailand terus menghukumi strategi bertahan yang dipamerkan oleh pemain Kim Pan-gon dengan jaringan kedua oleh Bordin Phala (’55) diikuti jaringan ketiga oleh Adisak Kraisorn (’71).
Thailand sekaligus melangkah ke peringkat akhir dengan agregat 3-1 dan bakal menentang Vietnam setelah mereka menewaskan Indonesia 2-0 semalam.
Rata-rata penyokong Malaysia di platform media sosial meluahkan rasa tidak puas hati terhadap corak permainan pasukan kebangsaan pada malam ini.
Namun, mereka sedikit sebanyak berbangga dengan usaha dan strategi yang telah ditampilkan oleh mereka sepanjang musim Piala AFF kali ini. Mereka turut berharap agar Malaysia bangkit untuk keempen Piala Asia 2023 kelak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, jaguh beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah berjaya meraih gelaran pertama pada musim ini apabila muncul sebagai juara bagi kejohanan berstatus Super 500 Terbuka Thailand di Bangkok, Thailand pada Ahad, semalam.
Memetik laporan Sinar Harian, kejayaan duo berstatus keempat dunia itu melakar kejayaan tersebut selepas menumpaskan gandingan baharu, Jeong Na-eun dan Lee Yeon-woo yang menghuni ranking ke-105 dunia.
Dalam pada itu, kemenangan 2-0 ke atas gandingan Korea Selatan tersebut menjadi tonik tambahan buat pasangan negara yang bakal menggalas cabaran Malaysia dalam saingan Masters Malaysia di Bukit Jalil bermula pada Selasa ini.
Walaupun ditentang hebat gandingan dari negara Ginseng itu, Pearly-Thinaah yang dibimbing oleh Rosman Razak bagaimanapun tenang mengawal gelanggang dan menang 21-16 pada set pertama.
Walaupun begitu, Na-eun dan Yeon-woo kemudian memperkemaskan corak pemainan, namun pengalaman memisahkan Pearly-Thinaah yang mengesahkan kemenangan 21-17 dalam masa 57 minit permainan.
Sementara itu, pasangan negara yang dikaitkan dengan kemelut berkaitan kontrak bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu membawa pulang AS$37,525 (RM161,191), manakala pasangan Korea Selatan pula meraih AS$18,050 (RM77,535) menerusi kejayaan tersebut.
Sebagai rekod, ini merupakan pentas final kedua buat Pearly-Thinaah selepas muncul naib juara Masters Indonesia yang diadakan pada awal tahun ini.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!