Kita semua sedar akan impak yang dihadapi sektor pelancongan dan syarikat penerbangan pada musim pandemik penuh mencabar ini. Dengan sekatan pergerakan masih berkuatkuasa dan menghalang penduduk dunia daripada mengembara seperti normal, syarikat penerbangan teruk terjejas dengan kerugian yang terpaksa ditanggung.
Nasib malang ini seringkali disuarakan oleh salah sebuah syarikat penerbangan Malaysia, AirAsia Berhad menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pengarah AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes menerusi platfrom media sosial AirAsia dan akaun peribadi beliau sendiri.
Isu bayaran semula tiket penerbangan yang berbangkit sejak tahun lalu dan soal perlepasan tenaga pekerja AirAsia masih jelas di minda ramai rakyat Malaysia
Semua sedar akan keadaan semasa dan membenarkan syarikat tersebut ruang serta peluang untuk perlahan-lahan mengatasi isu tersebut. Semua orang tampil bersimpati dengan nasib AirAsia. Tidak mengapalah jika bayaran semula tiket penerbangan masih belum diproses, take your time!
Justeru, apabila Tony Fernandes berkongsi foto kenderaan premium jenama Tesla baharu beliau di media sosial dua hari lalu, warganet tempatan jelas keliru dengan mesej disampaikan oleh beliau.
Ada yang berpendapat tindakan menunjukkan kenderaan berharga antara RM170,000 hingga RM260,000 itu adalah tidak tepat dengan masa dan situasi semasa.
Memandangkan masih ramai penumpang belum memperolehi bayaran semula wang mereka, ada pihak menyindir foto tersebut di ruangan komen dan menyifatkan Tony tidak sensitif.
“Harap refund tiket AirAsia sudah berjaya dibayar balik semuanya.”
Ads
“Kami berharap kamu boleh membayar semula duit kami secepat kamu memberi reward kepada diri sendiri dengan mendapatkan kereta baru.”
Namun, janganlah cepat melatah guys.
Menerusi kapsyen yang ditulis Tony, beliau berkata bahawa model Tesla itu hanya disewa olehnya selama dua minggu saja. Ia bukanlah kenderaan baharu yang dibelinya.
Ramai tampil memuji Tony Fernandes kerana memilih sebuah kenderaan mesra alam seperti ini bagi tempoh trial. Malah, ada yang berharap agar model Tesla Y ini digunakan dalam perkhidmatan AirAsia Ride selepas ini. Amboi, penulis pun hendak cuba naik jika berpeluang! Hehe..
Kebetulan apabila berita ini keluar pada awal bulan Ramadan tahun ini? Mungkin ya, mungkin tak.
Namun apa yang pasti, Marvel telah mengumumkan perancangan mereka untuk menerbitkan superhero Muslim pertama dunia. Bukan hanya itu, dia juga berjantinakan perempuan!
Menurut Presiden Marvel Kevin Feige, filem mengenai karakter bernama Ms. Marvel atau nama sebenarnya, Kamala Khan ini masih dalam proses pembikinan.
“Ms. Marvel ialah satu lagi karakter di dalam rangkaian buku komik Marvel Cinematic Universe dan dia merupakan hero Muslim yang mendapat inspirasi daripada Captain Marvel.
“Kami mempunyai banyak idea untuk karakter ini once kami telah perkenalkan Captain Marvel (pada Mac tahun hadapan, yang dibintangi oleh Brie Larson).”
Dari kiri: Ms Marvel dan Captain Marvel.
Buat masa ini, apa yang kami tahu adalah Kamala Khan merupakan remaja berbangsa Pakistan-Amerika yang berasal dari New Jersey. Dia mengetahui dirinya memiliki kuasa untuk mengubah bentuk dan mengubati (healing factor).
Karakter Kamala Khan atau Ms Marvel dicipta oleh G.Willow Wilson dan Ian Herring sebagai seorang yang bergelut dengan persepsi masyarakat sekeliling terhadap dirinya yang bergelar Muslim-American.
Isu ini sering dihadapi dalam realiti kehidupan sekarang di kalangan remaja Muslim di sana dan harapnya, Kamala Khan dapat memberi inspirasi kepada remaja yang berdepan dengan isu yang sama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengorbanan mereka yang berkhidmat semasa waktu kritikal melawan pandemik Covid-19 di seluruh dunia sememangnya sangat besar.
Terbaru, seorang lagi petugas kesihatan warganegara Malaysia yang berkhidmat di United Kingdom telah mengehembuskan nafas terakhir disebabkan pendemik Covid-19.
Meninggal sebab Covid-19
Dr Vishna Rasiah disahkan meninggal dunia semalam menerusi laporan daripada NHS Birmigham Women’s and Children’s .
Dr Vishna atau mesra dipanggil Vish merupakan Pakar Pakar Perunding Neonatal di Birmigham Women’s and Children’s Hospital.
Portal itu dalam masa yang sama menyifatkan mendiang sebagai seorang doktor yang mempunyai kemahiran tinggi dan sudah merawat ramai pesakit di Birmingham.
“Vish seorang doktor yang sangat hebat, ketua dan rakan sekerja yang sangat komited terhadap pesakit dan keluarganya. Kehilangannya merupakan sesuatu yang sukar buat kami, apatah lagi anak dan isterinya,” kata Ketua Eksekutif, Sarah-Jane.
Rata-rata rakan-rakan sekerja di hospital kami, malah oleh ramai yang lain di seluruh kawasan Midlands dan yang mengenali Dr Rasiah meluahkan rasa sedih.
Untuk info, United Kingdom antara negara paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan mencatatkan hampir 150,000 kes positif serta hampir 20,000 kematian setakat Jumaat.
Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menantikan pembukaan taman tema Genting Skyworlds secara rasmi yang dijangka dibuka pada suku pertama tahun ini.
Kadar tiket harian dijangka akan dijual sekitar RM200. Selain itu, taman tema ini juga khabarnya mampu memuatkan sehingga 20,000 pengunjung sehari. Namun disebabkan keperluan prosedur standard operasi (SOP) COVID-19, kapasiti keseluruhan mungkin dihadkan kepada 10,000 pengunjung sehari buat masa ini.
“Memandangkan pada masa ini ia hanya dibenarkan beroperasi pada kapasiti kurang daripada jumlah maksimum, kami percaya taman hiburan ini akan beroperasi dengan kerugian pada peringkat awal,” jelas seorang firma penganalisis.
Bagaimanapun, Genting masih akan meneruskan pembukaannya kerana objektif utama taman tema ini adalah untuk menambah jumlah keseluruhan pengunjung ke Genting Highland. Apabila taman tema lama ditutup pada 2013, jumlah pengunjung menurun seramai 6,600 orang sehari atau 2.4 juta orang pengunjung setahun pada 2014.
“Kami menjangkakan Genting akan menetapkan harga tiket taman hiburan itu pada sekitar RM200 sehari,” katanya.
Hm, apa pendapat korang dengan jangkaan harga tiket masuk ke Genting Skyworlds ini? Okay lah kan. Kalau kita ke taman tema luar negara pun harganya lebih kurang saja ataupun lebih mahal daripada RM200.
Jika berkemampuan, tidak salah sekiranya korang nak berlibur. Sama-sama kita nantikan tarikh pembukaan taman tema ini secara rasmi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.