Realitinya, kebanyakan daripada kapal terbang milik syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia sudah tidak beroperasi lebih dari setahun akibat pandemik COVID-19.
Justeru, syarikat tersebut terpaksa berdepan dengan pembayaran semula wang tiket penerbangan yang telah terjual. Isu ‘refund’ ini telah hangat diperkatakan oleh warganet sejak tahun lalu lagi.
Perlahan-lahan, AirAsia mengotakan janji untuk membayar semula biarpun syarikat tersebut tidak mempunyai apa-apa sokongan kewangan seperti yang diterima oleh syarikat penerbangan di bawah kerajaan.
Menerusi video berdurasi 3 minit 8 saat semalam di IGTV AirAsiaTravels, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tony Fernandes tampil untuk memberikan penjelasan sebenar berhubung isu ini.
Ads
“Sejak Januari 2020, kami telah mengembalikan wang pembelian tiket penerbangan sebanyak RM1.5 juta. Saya ingin berterima kasih kepada 2.9 penumpang kami yang sanggup menerima pampasan berupa Credit-Share. Itu adalah sokongan terbaik yang boleh kami harapkan dan saya amat bersyukur.
“AirAsia masih mempunyai 450,000 penumpang yang sedang menunggu wang pampasan mereka. Kami akan teruskan pembayaran semula dengan simpanan yang kami ada.”
“Itu adalah misi utama kami sekarang di samping memastikan AirAsia kekal bernafas.
“Saya meminta anda semua memberi kami sedikit masa dan bersabar. Kami akan terus jujur dalam hal ini,” katanya dari ibu pejabat AirAsia di RedQ, Sepang yang kelihatan sedikit kosong akibat situasi ‘Work From Home’ yang dijalankan oleh syarikat penerbangan itu.
Ads
AirAsia X Berdepan Lebih Cabaran
Dalam pada itu, syarikat AirAsia X pula akui Tony sedang bergelut dengan lebih banyak cabaran. Ini kerana syarikat tersebut tidak boleh ‘terbang’ ke luar negara akibat situasi pandemik.
“AirAsia X sedang mengalami isu kewangan yang amat membimbangkan kerana kami tidak boleh beroperasi keluar dari negara buat masa ini. Demi survival, AirAsia X kini berdepan rombakan korporat demi membolehkan berjuta-juta penumpang kami untuk terus ‘terbang’ ke Australia, Jepun, Korea dan lokasi lain selepas ini.
“Biarpun kita tidak dapat larikan diri daripada tempias COVID-19, kami masih cuba mengekalkan seramai mungkin pekerja kami dan kami pasti akan kembali dengan semangat baru. Semoga akan ada ‘the light at the end of tunnel’ buat kami, saya pasti.”
Ada yang berjanji untuk memberikan sokongan dan akan terus memilih penerbangan AirAsia selepas pandemik beransur pulih. Ada juga yang ‘menghalalkan’ saja tiket penerbangan yang pernah mereka beli agar AirAsia mampu membayar kakitangannya, terlebih dahulu.
Apapun, industri penerbangan adalah di antara industri yang paling teruk terjejas akibat COVID-19 dan situasi yang menimpa AirAsia ini tidak boleh dielakkan oleh mana-mana syarikat penerbangan.
Diharap agar Tan Sri Tony Fernandes akan tabah menempuhi cabaran ini dan agar AirAsia serta syarikat ‘adik-beradiknya’ mampu untuk kembali berdiri dengan lebih teguh selepas ini.
Hidayah itu milik Allah. Allah memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.
Tiada siapa tahu pengakhiran hidup seseorang itu. Usaha dan doalah kerana Allah itu Maha Mengetahui dan pemberi rezeki. Baca perkongsian dari Ustaz Ebit Lew tentang 7 sekeluarga yang peluk Islam seperti ditulis di laman FBnya.
Atas keperibadian beliau yang tidak lokek membantu golongan memerlukan, Ebit Lew sekali lagi menarik perhatian orang ramai apabila membantu tujuh sekeluarga berbangsa Cina memeluk Islam.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ustaz Ebit memaklumkan peristiwa itu berlaku ketika dia berkunjung ke sebuah gerai buah-buahan yang terletak di Medan Gopeng, Ipoh.
Setiap hari ibu dan anak keluarga itu melihat video pendakwah terbabit di Facebook.
“Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook. Selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat hendak masuk Islam.
“Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang. Anak 11 tahun kata, ‘ustaz beri saya nasihat, saya hendak jadi macam ustaz. Hendak jadi hero’.
Sebagai rekod, ini bukan kali pertama Ebit membantu mereka yang berminat untuk memeluk Islam selepas tertarik dengan kerja kebajikan yang dilakukan.
Rata-ratanya warganet berbangga dengan apa yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew
Untuk info, Ebit sendiri yang juga seorang mualaf, mula mendekatkan diri dengan Islam seawal usia 13 tahun. Difahamkan beliau pernah menuntut ilmu agama sehingga ke Pakistan dan Thailand mengikuti jemaah tabligh.
Sumber: Ebit Lew
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini kecoh di media sosial mengenai kes seorang ustazah dipaksa merangkak oleh seorang ibu.
Hal itu mendatangkan kemarahan kepada orang ramai yang menganggap perbuatan tersebut tidak masuk akal malah ada peguam mahu membela nasib ustazah berkenaan.
Dalam kes ini tular dan mendatangkan kemarahan orang ramai, satu komen dari pemilik akaun Angah Fhira (sudah dinyahkan selepas komennya tersebar) namun sempat dimuat naik oleh netizen yang mana dalam komennya Angah memaklumkan bahawa pelajar yang dipaksa merangkak itu adalah anak saudaranya.
“Anak murid tu cucu saudara saya. Lutut melecet teruk kena denda. Ustazah nie memang dah banyak kes, cuma ibu bapa diam sebab sekolah kampung. Sekolah ini ramai pelajar berenti sebab ustazah nie guna emosi semasa mengajar (cubit sampai lebam etc). Dari ada banyak kelas, sekarang tinggal satu kelas sahaja. Budak dah trauma nak datang kelas. Sekadar pencerahan, ibu murid tersebut bukan ibu yang manjakan anak. Dia seorang yang tegas dan garang dengan anak-anak. Cuma kali ini Ustazah nie bertemu buku dan ruas.
Namun apa menariknya, selain dirinya ada juga komen-komen lain yang memaklumkan kes ini berlaku minggu lepas dan ada ibu-ibu berkongsi anak mereka retak tulang jari dan kes ini berlaku minggu lepas. Juga sudah dipanjangkan ke pihak kementerian.
Malah dalam up date terkini, Cikgu Mohd Fadli berkata, waris kepada ustazah tersebut sudahpun menghubunginya dan beliau menulis kejadian ini berlaku di Madrasah Ad Diniah Islamiah,Parit 15 Bagan Datoh, Perak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes positif COVID-19 mencatatkan nilai yang sangat tinggi sejak kebelakangan ini dan ia sangat membimbangkan masyarakat di Malaysia.
Selain hospital, terdapat pusat-pusat kuarantin untuk pesakit COVID-19 ditempatkan dan antaranya adalah di MAEPS, Serdang. Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) disediakan bagi menampung pesakit yang bergejala rendah.
Bagi mereka yang tertanya-tanya apakah yang perlu dibawa oleh pesakit sekiranya perlu ditempatkan di PKRC, berikut adalah senarai barangan yang perlu dibawa yang telah dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Senarai keperluan asas:
• Pakaian yang selesa
• Baju panas
• Pakaian tidur
• Tuala
• Telekung dan sejadah
• Barangan mandian
• Beg kecil/mudah alih
• Selipar
• Stokin
• Pakaian dalam secukupnya
• Pelitup muka
• Hand sanitizer
• Kudap-kudapan dan minuman 3 in 1
• Ubat-ubatan dan makanan tambahan
• Pelembap bibir
Gambar hiasan
Senarai barangan hiburan
• Bahan bacaan keagamaan
• Bahan bacaan lain
• Laptop, ipad atau tablet
• Telefon bimbit dan pengecas
• Powerbank
Barangan yang dilarang bawa:
Diharap agar rakyat Malaysia terus duduk di rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting di luar. Pastikan sentiasa mematuhi SOP dan sama-sama kita berdoa agar situasi pandemik ini beransur pulih.