Budaya buli di sekolah seakan dipandang remeh dan dianggap perkara biasa, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang tinggal di asrama.

ARTIKEL BERKAITAN : 9 Filem Tentang Buli Yang Boleh Ditonton, Beri Kesedaran Kepada Masyarakat

Lagi Dakwaan Kes Buli, Orientasi Senior ‘Ajar’ Junior Dengan Batang Penyapu & Besi!
Budaya buli harus dibanteras dari akar umbi. Gambar sekadar hiasan. Sumber: Keira Burton/ Pexels

Susulan satu rakaman video tular di media sosial berhubung kes pelajar yang dipukul oleh beberapa pelajar lain di media sosial. Sekurang-kurangnya tujuh pelajar lelaki Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah agama di sini, mengalami kecederaan dan trauma selepas mendakwa menjadi mangsa buli pelajar Tingkatan Empat sekolah berkenaan.

Dikatakan kejadian berlaku di asrama sekolah kira-kira jam 11 malam, Jumaat yang lalu.

 

Wakil ibu bapa, As’ad Inderas, 47, berkata pihaknya dimaklumkan sekumpulan pelajar Tingkatan Empat mengumpulkan pelajar Tingkatan Dua untuk menjalani orientasi pada malam itu.

“Ketika aktiviti dijalankan, pelajar Tingkatan Dua dipukul dan didera menggunakan objek tumpul serta terdapat kalangan mereka cedera dengan tahap kecederaan berbeza.

“Namun, apa yang dikesalkan ialah pihak pengurusan sekolah tidak memaklumkan secepat mungkin kepada ibu bapa mengenai kejadian itu, malah mereka tidak cuba menyelesaikan masalah pelajar yang cedera.

IKLAN

“Ibu bapa pula mendapat tahu kejadian itu melalui anak, manakala pihak sekolah hanya memaklumkan pada petang Sabtu,” katanya pada sidang media di Labu di sini, semalam.

As’ad berkata, pihak sekolah merancang untuk bertemu ibu bapa pelajar pada petang semalam, namun dibatalkan selepas ibu bapa membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan.

Sementara itu, Noor Azmi Mohd Nor, 44, mendakwa anaknya, Akmal Danish, 14, cedera kaki kanan dan betis, manakala badannya yang kena tendang tidak meninggalkan kesan. Beliau berkata, anaknya mengalami kesesakan nafas dan separuh sedar selepas dipukul.

“Terdapat kesan lebam pada betis dipercayai dipukul menggunakan objek. Saya bawa anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan menghantar semula ke sekolah.

“Ini kali pertama berlaku terhadap anak. Saya dapat tahu kes seperti ini pernah beberapa kali berlaku, namun tak didedahkan.

IKLAN

Ahmad Fauzi Md Sood, 50, berkata anaknya, Ahmad Aqil Zafran, 14, turut menjadi mangsa buli pelajar senior sekolah itu.

Beliau mendakwa anaknya dilibas dengan batang besi dan penyapu dalam kejadian itu.

“Saya membuat laporan polis dan difahamkan 20 pelajar Tingkatan Empat melakukan aktiviti orientasi itu kepada 75 pelajar Tingkatan Dua dan ia berlaku dalam keadaan gelap di asrama,” katanya.

Lagi Dakwaan Kes Buli, Orientasi Senior ‘Ajar’ Junior Dengan Batang Penyapu & Besi!
Foto Hiasan Via Astro Awani

Cara Orientasi Tidak Lagi Sesuai

Katanya, orientasi cara berkenaan tidak lagi sesuai kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan, malah boleh meragut nyawa pelajar. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

IKLAN

Beliau berkata, polis menerima tiga laporan polis dari tiga pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah berasrama penuh yang mendakwa mereka telah dipukul oleh pelajar yang lebih senior dipercayai Tingkatan Empat sehingga menyebabkan kecederaan di beberapa bahagian badan.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : 1

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI