Agak kerap sebenarnya bila di dalam surau kita akan terganggu dengan suara orang berborak-borak sesama rakan mereka selepas habis solat. Ada saja cerita dikongsi, dari kisah beli baju apa. Nak makan apa, kisah anak dan pelbagai kisah lain. Sambil pakai tudung, sambil tu la mulut tak henti-henti diselang seli dengan ketawa bagai.
Di sebalik isu ini, Remaja menemuramah Ustaz Mk Azman mengenai hukum berborak dalam surau atau masjid sehingga mengganggu tumpuan jemaah lain untuk beribadah.
Apa hukumnya?
Ads
Menurut Ustaz Mk Azman, hukumnya adalah BERDOSA.
Bila kita berbual-bual hal dunia sehingga mengakibatkan tumpuan jemaah lain hendak bersolat, kita adalah manusia yang berdosa.
Ads
“Ini kerana kita dilarang bercakap soal dunia di dalam masjid atau surau kerana di dalam rumah Allah ini, kita hanya digalakkan beribadah sahaja. Kalau hendak berborak hal dunia, kita harus keluar dengan segera dari ruang solat tersebut. Ruang solat adalah tempat untuk bersolat di mana orang lain mencari kekusyukan dari Allah dan bukannya bercakap soal dunia.
“Baca Quran dengan kuat dan masa yang sama orang hendak sembahyang pun dikira berdosa kerana mengganggu tumpuan orang apatah lagi berborak hal dunia. Baca Quran itu pahala tetapi jika sampai mengganggu orang lain sudah dikira berdosa.
Ads
“Apa tah lagi kita hendak bercakap-cakap soal dunia yang lain. Dunia Allah ini luas dan kita digalakkan untuk berborak mengenainya tetapi bukan di dalam masjid atau surau,” katanya menjelaskan tindakan berborak itu seperti menghilangkan i’zzah atau kemuliaan rumah suci Allah.
Dalam pada itu, Ustaz Mk Azman menjelaskan, perbuatan berborak dan bakal mengganggu tumpuan jemaah lain untuk bersolat perlu dihentikan serta merta.
Ditanya bagaimana untuk menegur orang yang sedang berborak dan masa yang sama tidak menyakitkan hati mereka, Ustaz Mk Azman menjelaskan cukuplah dengan mengangkat tangan ke bibir, tanda kita mahu mereka berhenti berborak.
“Jangan sampai terkeluar perkataan yang boleh menyakitkan hati orang lain hanya kerana kita hendak menegur perbuatannya itu,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Waktu makan tengah hari warga kota pada hari ini telah dikejutkan oleh bekalan elektrik yang terganggu untuk sementara waktu di sekitar Lembah Klang.
Menurut kemaskini oleh pihak Tenaga Nasional di akaun Facebook rasminya, mereka telah mengesahkan kejadian dan berkata siasatan masih dijalankan. Di antara lokasi yang dilaporkan mengalami gangguan ini termasuklah KLCC, Ampang Point, Publika, Bangsar South, Bukit Jalil dan di Hospital UKM.
“Pasukan teknikal kami sedang mengenalpasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” catatnya.
Dalam pada itu, bukan hanya mereka yang berada di dalam bangunan sahaja yang terkejut dengan kejadian tersebut tetapi juga penumpang tren khususnya yang menggunakan laluan LRT Ampang-Sri Petaling.
Kata pihak Rapid KL, para penumpang dinasihatkan untuk bersabar dan mengikuti arahan yang diberikan. Penumpang juga disarankan untuk menggunakan pengangkutan alternatif sewaktu perkhidmatan tren mengalami kelewatan kerana terpaksa bergerak perlahan serta berhenti lebih lama di stesen.
Hanya sekitar jam 2.15 petang tadi, barulah Rapid KL mengesahkan perkhidmatan tren telah berjaya diselaraskan dan jadual perjalanan telah kembali normal.
Nervous tak bila blackout tadi? Hehe.. mujur sesetengah kawasan di Lembah Klang telah pulih seperti sedia kala.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demi melancarkan dan mempercepatkan proses pemberian vaksin, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil telahpun mula beroperasi sejak Isnin, 21 Jun 2021. Dengan kapasiti 10,000 dos sehari, PPV ini akan menumpukan kepada pemohon di bawah 40 tahun di sekitar Lembah Klang.
Seluruh trek balapan stadium itu bertukar wajah menjadi ruang urusan vaksinasi selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ini merupakan salah satu usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menjayakan inisiatif yang diterajui oleh Khairy Jamaluddin dan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui penggunaan fasiliti secara optimum.
Seramai 60 sukarelawan MYVAC di bawah kelolaan KBS akan berkhidmat di Stadium Nasional Bukit Jalil dan jumlah itu akan ditambah mengikut keperluan.
Justeru itu, orang ramai diminta untuk segera mendaftar dan sentiasa menyemak status janji temu mereka melalui aplikasi MySejahtera.
Tinjauan REMAJA di media sosial mendapati ramai yang telah berkongsi foto OOTD mereka sebaik selesai menerima suntikan dos vaksin. Tidak keterlaluan sekiranya kami rasakan PPV ini merupakan lokasi OOTD vaksin terbaik! Bukan mudah ya untuk mengambil foto di berlatar belakang stadium kosong seperti ini.
Lihat sajalah beberapa OOTD yang mencuri tumpuan kami.
REMAJA pasti ramai yang berharap agar proses pemberian vaksin akan bergerak pantas kerana masyarakat sudah menyedari bahawa mereka memerlukan vaskin itu untuk meningkatkan imunisasi badan menentang penularan wabak pandemik COVID-19 yang masih berleluasa.
Diharap semuanya berjalan lancar dan sama-samalah kita berdoa agar inisiatif pemberian vaksin di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil dan di PVV lain mampu memberikan kita kehidupan seperti sedia kala.
Umum mengetahui, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal diadakan tidak lama lagi. Inilah waktu masyarakat setempat mengetahui calon wakil rakyat mereka yang bakal dipilih.
Kebiasaannya, wakil rakyat dikalangan calon yang telah berpengalaman lama dan sudah tentu agak berusia sedikit, namun bagi PRN Melaka kali ini, calon Pakatan Harapan (PH), Farzana Hayani Mohd Nasir mencuri perhatian kerana menjadi calon termuda.
Baru berusia 21 tahun, Farzana bakal bertanding kerusi DUN Sungai Rambai dan menurutnya kepada Berita Harian, walaupun baru setahun jagung dalam arena politik, namun beliau yakin pengundi semakin bijak dan matang menerima orang muda sebagai wakil rakyat.
“Usia bukan faktor utama untuk menjadi wakil rakyat, apa lebih penting berupaya memahami masalah dan berusaha selesaikannya. Saya percaya pengundi akan menilai berdasarkan tekad dan kesungguhan membantu rakyat dan membawa perubahan,” jelasnya.
Farzana juga merupakan mahasiswa di sebuah universiti tempatan dan katanya, beliau akan memberikan tumpuan kepada pembangunan generasi muda dalam bidang pendidikan kerana masalah liputan internet di DUN Sungai Rambai menyukarkan golongan muda yang kini bergantung sepenuhnya kepada kemudahan teknologi untuk belajar dan bekerja.
“Saya mahu meluaskan lagi liputan internet di DUN Sungai Rambai. Ia kini menjadi antara keperluan penting dalam kehidupan masyarakat. Bukan saja pendidikan, malah saya akan memperkasakan sektor keusahawanan wanita di Sungai Rambai,” katanya.
Gadis ini juga kini sedang sibuk turun padang untuk bertemu dengan rakyat tempatan sempena kempen mengundi yang bakal dijadualkan pada 20 November depan.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.