Anak kepada pelakon terkenal, Norman Hakim iaitu Marissa Dania mencuri perhatian ramai apabila berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama BMW hasil titik peluh dan usaha kerasnya sendiri.

Kejayaan tersebut turut mendapat perhatian bapanya, Norman Hakim yang meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak perempuannya itu menerusi satu hantaran di media sosial baru-baru ini.

Menurut Norman, kejayaan Marissa merupakan hasil daripada kerja keras, disiplin serta keazaman tinggi yang ditunjukkannya dalam mengejar impian.

“Tahniah anak. You’ve worked incredibly hard and shown that brilliance, discipline and determination can take you far. You truly deserve to reward yourself with your ‘3rd toy’.”

Ucapan tersebut jelas memperlihatkan betapa Norman menghargai usaha dan kesungguhan anak perempuannya dalam mencapai kejayaan yang diimpikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marissa Dania Hakim (@marissadania_)

Lebih membanggakan, Marissa Dania kini berjaya menghadiahkan dirinya sebuah kereta BMW sebagai ganjaran atas segala usaha yang telah dilakukan selama ini.

Ads

Menerusi ucapan berkenaan, Norman turut menyifatkan kejayaan tersebut sebagai sesuatu yang layak diraikan selepas melihat sendiri kesungguhan anaknya dalam membina kehidupan dan mengejar cita-cita.

Norman Hakim Titip Pesanan, Jangan Abaikan Zakat

Bagaimanapun, di sebalik kegembiraan meraikan kejayaan anaknya, Norman tidak melepaskan peluang untuk menitipkan pesanan bermakna agar Marissa sentiasa mengutamakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Pelakon berusia 50 tahun itu mengingatkan anaknya supaya tidak sesekali mengabaikan kewajipan membayar zakat, selain terus istiqamah dalam bersedekah dan memanfaatkan kejayaan perniagaan untuk membantu masyarakat.

Ads

“Ingat pesan Papa… jangan sesekali abaikan zakat. Terus istiqomah dalam bersedekah dan jadikan platform perniagaan yang dibina sebagai jalan untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan negara melalui tanggungjawab cukai dengan amanah.”

Bagi Norman, kejayaan yang dikecapi seharusnya menjadi peluang untuk melakukan lebih banyak kebaikan, khususnya dengan membantu golongan memerlukan dan menunaikan kewajipan yang ditetapkan.

 Dalam masa sama, Norman turut menasihati Marissa agar sentiasa mengejar keredaan Allah SWT dan tidak terlalu leka dengan kejayaan duniawi.

“Kejarlah reda Allah dan kebahagiaan akhirat, insya-Allah dunia akan menyusul dengan izin-Nya. Terus berdoa dan berusaha kerana sesuatu yang terasa mustahil bagi kita tidak pernah mustahil bagi-Nya.”

Walaupun Marissa Dania kini mampu menikmati hasil titik peluh sendiri, Norman tetap berharap agar anak perempuannya tidak melupakan tanggungjawab dan nilai kehidupan yang lebih penting.

Ads

Norman Hakim Letak Sasaran Porsche Taycan Buat Marissa Dania

Menariknya, Norman turut berseloroh dengan meletakkan sasaran seterusnya buat anak kesayangannya itu untuk memiliki sebuah Porsche Taycan.

“Last but not least, let’s set our next target: #Taycan!”

Gurauan tersebut menambahkan lagi kemanisan ucapan Norman yang bukan sahaja meraikan pencapaian anaknya, malah memberikan dorongan supaya Marissa terus berusaha mencapai impian yang lebih besar pada masa hadapan.

Selepas berjaya memiliki kereta BMW hasil usaha sendiri, sasaran Porsche Taycan yang disebut bapanya itu pastinya menjadi satu lagi impian menarik untuk dikejar sekiranya mempunyai rezeki dan peluang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads