Begitulah pelakon yang juga isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Haziq Nadzli, Eyra Hazali yang sentiasa memegang rapi pada nasihat orang tuanya dalam menjalini kehidupan seharian.
Menerusi ciapan di Twitter, pelakon naskhah popular Nur 2 itu berkongsi, ibunya berpesan agar sentiasa menjaga nama baik orang tua terutama bapa kerana namanya sentiasa di bawa ke mana sahaja.
“Ibu saya selalu pesan; ‘nak buat perangai, tidak fiikir diri sendiri, tidak mengapa. Tetapi fikirlah nama ayah. Kemana sahaja korang pergi, korang bawa nama ayah sekali tau’,” ciapnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan ciapan pelakon tersebut kerana rata-ratanya menerima titipan pesanan yang sama daripada orang tua mereka.
“Sama seperti kata arwah ibu saya, tetapi bezanya cuma ‘sebelum buat salah, ingat mak abah…tidak kasihan kah lihat mak abah yang bersusah mencari rezeki siang malam untuk korang, tidak minta balas apa pun. Cukup jadi anak-anak yang baik untuk mak abah, kami dah syukur sangat,” balas seorang pengguna menerusi ruangan komen.
Ads
“Betul. Mak kata, ‘orang tidak tanya ‘siapa nama budak itu’ tetapi orang tanya ‘anak siapa itu, siapa ibu bapa budak itu?’. Jadi, jagalah nama mak ayah sebaiknya. Apatah lagi muka kau itu sebijik copy paste muka maka atau ayah kau,” komen pengguna lain.
Ads
Setakat ini, ciapan berkenaan telah meraih lebih lima ribu ulang ciap, lapan ribu tanda suka dan lebih 80 jumlah komen.
Sekadar informasi, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 November 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Hayder Qalish dan Endra.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pasangan selebriti popular, Harris Annuar dan Asha Merican telah mencuri perhatian warganet apabila memuat naik sebuah video di media sosial yang memperlihat puteri sulungnya itu yang diberi nama Auraa Medina.
Menjengah di hantaran Tiktok Hero remaja 20172018 itu, dia berkongsi satu klip video yang sempat menggelar bayinya itu sebagai mak cik Turki dek kerana raut wajahnya persis seperti orang sana, sekaligus menerima pujian rata-rata pengguna.
“Mak cik Turki nak keluar berjalan. Ini dia mak cik Turki, mak cik jual karipap ke? Comelnya,” katanya.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen tersebut dibanjiri pelbagai reaksi. Majoriti memuji akan kecomelan bayi pasangan berkenaan.
“Macam kak Ton lah muka dia. Comel dooh (loghat pantai timur),” komen seorang pengguna.
“MasyaAllah, cantiknya mak cik Turki,” komen lagi pengguna lain.
“Muka awek turki,” tulis seorang warganet.
“Alahai, comelnya mak cik ini,” komen yang lain.
Sekadar informasi, selepas empat tahun menjalin kasih, Harris dan juga isteri tercintanya yang juga pelakon jelita, Asha Merican telah mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022. Pada hujung Mac lalu, pasangan dua sejoli itu dikurniakan cahaya mata perempuan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Antara negara paling berkuasa untuk revolusi industri 4.0 ini. Bidang teknologi negara China semakin bergerak maju dan patut dicontohi.
Bertujuan mencegah jenayah di China,kini negara yang sangat besar dengan populasi manusia telah ‘revolusi tandas’ yang mana ia dilengkapi dengan sistem yang canggih.
Digelar tandas pintar, pengguna tidak dibenarkan menggunakan atau berada dalam tandas lebih daripada 15 minit.
Tandas pintar ini telah pun disediakan di sekitar bandar Shanghai sebanyak 150 buah. Ia merupakan salah satu pengenalan dalam usaha China menggunakan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk diimplementasi dalam rutin harian setiap individu di sana.
Memetik laporan SCMP, setiap tandas mempunyai pengesan infra merah yang boleh mengesan keberadaan penggguna sekali gus merekod tempoh masa pengguna di dalam tandas.
Selain sistem berkenaan, tedapat sensor yang akan mengumpul maklumat seperti kualiti udara dan fungsi penjimatan air berdasarkan tempoh seseorang berada di dalam tandas.
Sekiranya pengguna ‘meluangkan masa’ lebih dari 15 minit, satu mesej penggera akan dihantar kepada pekerja yang mengendali bahagian itu untuk tindakan susulan. Kami tidak dapat pastikan apakah tindakan susulan yang dibuat kepada pengguna yang melebihi masa.
Sebelum ini, China sudah mengimplementasi tandas awan di sana dengan sistem pengecaman muka untuk tisu tandas. Setiap pengguna akan diberikan sebanyak 40-80 sentimeter tisu tandas selepas wajah diimbas.
Bagus kerajaan China buat revolusi tandas, bila la teknologi ini boleh la diaplikasikan di Malaysia juga baru la tak segan nak masuk tandas awam…hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah kami ucapkan kepada Nelydia Senrose dan Mohd Hafez Halimi yang baru saja selesai melangsungkan majlis resepsi perkahwinan.
Kalau sudah namanya resepsi selebriti, tentulah ramai rakan selebriti yang hadir melaram pada malam ini. Jom tengok stail siapa yang menjadi kegemaran korang.
Nelydia Senrose
Okay kami perlu sertakan sekali Nelydia di dalam senarai ini kerana dia kelihatan cukup cantik sekali!
Mendapat sentuhan jurusolek Dato Alha Alfa dan dandanan CKay Liow, Nelydia kelihatan seperti seorang puteri dalam persalinan Rizman Ruzaini ini.
Uqasha Senrose
Fuh merah Mak Ngah! Uqasha mendapat perhatian ramai malam ini dengan persalinan kebaya lace oleh Ezuwan Ismail. Rambut didandan bersanggul agar tidak menutupi perincian manik pada baju.
Raysha Rizrose
Dewi Remaja 2014/2015 ini juga memilih persalinan ala kebaya tetapi dimodenkan dengan sentuhan drapping pada bahagian pinggang. REMAJA juga menyukai pemilihan aksesori anting-anting Raysha yang cocok dengan warna nude bajunya.
Syamim Farid
Naib juara Dewi Remaja ini membuktikan persalinan ringkas tidak semestinya membosankan. Kata kuncinya adalah kekemasan dan kami amat cemburu dengan dandanan rambut serta solekan Syamim!
Nadiyah Shahab
Jika tak bergaya, bukan Nadiyah Shahab lah namanya. Suri kepada Ben Ali ini datang untuk meraikan sahabat baiknya dalam persalinan merah kedam dan drapping pada bahagian dada. Siapa kata beg dempak tak boleh dijadikan kluc elegan?
Fazura
Ringkas tetapi bersesuaian dengan majlis resepsi pada malam ini! Gaya dan dandanan Fazura ini mudah untuk ditiru oleh kita semua jika berkunjung ke majlis resepsi perkahwinan. Biru gelap dan gincu menyerlah, you are good to go!
Whulandry
Hamil tak semestinya dijadikan alasan untuk tidak bergaya. Bekas finalis Miss Indonesia, Whulandry mengenakan dress sarat longgar untuk dipadankan dengan baju Melayu suaminya ke majlis Nelydia. Rambut ringkas dibawa ke belakang agar perincian baju lebih menyerlah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menara Kuala Lumpur bakal disimbahi sinaran lampu hijau pada setiap malam setiap kali masuknya waktu solat Maghrib dan Isyak.Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur...