
Baik betul hati orang terkaya di dunia ini.
Jeff Bezos pada ketika ini merupakan manusia kedua terkaya dunia di belakang Elon Musk. Dalam temuramah bersama CNN, Bezos berkata beliau ingin mendermakan majoriti kekayaan beliau untuk tujuan amal.
ARTIKEL BERKAITAN : Warisi Harta RM11.5 Bilion, Remaja 18 Tahun Dari Korea Selatan Hartawan Termuda Dunia

Tumpuan akan diberikan kepada tujuan menentang perubahan iklim dan menyokong individu yang akan menyatukan manusia dalam situasi sosial dan politik yang tegang sekarang.
Jeff Bezos, the founder of Amazon who is estimated to be worth $124 billion, said that he would give away most of his money to charity, making him the latest billionaire to pledge to donate his vast fortune during his lifetime.https://t.co/hqDG3WCbv6
— The New York Times (@nytimes) November 14, 2022
Tidak seperti Bill Gates dan Warren Buffet, Bezos tidak menandatangani Giving Plegde yang merupakan ikrar untuk memberikan hampir kesemua harga untuk tujuan awal. Bezos juga menolak dalam temu bual untuk memperincikan peratusan tertentu kekayaannya atau mengenal pasti ke mana ia akan didermakan.
Berita mengenai keputusan Bezos datang selepas dia dan Sánchez menganugerahkan Dolly Parton dengan hadiah $100 juta untuk usaha dermawannya. Selepas tidak lagi menjadi CEO Amazon, Bezos menumpukan perhatian kepada badan amal dan pengembaraan ke angkasa lepas menerusi Blue Origin.
Sumber : CNN
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bijak! Lindungi Hak Dan Elak Di Eksploitasi, Dua Lipa Paten Nama

Isu eksploitasi dan plagiat bukan hal yang asing dalam industri fesyen mahupun dunia muzik lagi-lagi selebriti popular.
Tambahan pula, segelintir penghasil karya tidak mampu untuk mempatenkan atau membuat hak cipta pada rekaan masing-masing, menjadikan idea rekaan mereka di buru oleh pihak dan jenama-jenama tempatan lain yang tidak bertangungjawab.

Dua Lipa yang merupakan penyanyi dan juga ikon fesyen, baru-baru ini mengambil keputusan untuk mempatenkan namanya bagi mengelakkan dirinya daripada menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.
Memetik laporan NBC, penyanyi yang mula terkenal dengan lagu New Rules ini sudah mendaftarkan namanya untuk pelbagai produk seperti pakaian, kosmetik, permainan komputer, buku, barang kemas dan peralatan dapur.

Sedar Dirinya Ramai Peminat
Melalui sumber kepada The Sun, “Dua sedar dirinya kini mempunyai peminat yang ramai. Penyanyi itu mengambil tindakan untuk mempatenkan namanya bagi menjana pendapatan sampingan dengan mengikut jalan yang betul.
Mohon Beberapa Negara
Bukan itu sahaja, Dua juga membuat permohonan untuk mendaftarkan namanya di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Australia, Israel dan Asia Timur. Sekiranya permohonan itu diluluskan, penggunaan nama Dua Lipa perlu mendapat izin daripada penyanyi tersebut selama 10 tahun.

Dalam erti kata lain, pihak tidak bertanggungjawab tidak akan mampu memperoleh keuntungan menggunakan nama penyanyi tersebut sekiranya permohonan berkenaan diluluskan oleh hakim.
Bagus juga tindakan yang dilakukan oleh Dua ni, moga lebih ramai yang sedar dan ikut langkah Dua bagi memerangi isu plagiat ini.
Sumber : The Sun US
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pulang Semula Koleksi Berharga Di AS, Hard Rock Cafe Jakarta Bakal Ditutup 31 Mac Ini Selepas 3 Dekad Operasi

Selepas tiga dekad beroperasi dan disulami dengan pelbagai detik terindah bersama pemuzik tempatan dan antarabangsa, Hard Rock Cafe Jakarta akan ditutup secara rasmi bermula 31 Mac depan.
Menurut laporan Suara.com, Pengarah Urusannya, Agaverus Hutagalung berkata, rangkaian kafe dan bar bertemakan rock n roll selain terkenal sebagai lokasi yang menyimpan koleksi peribadi milik pemuzik terkenal seluruh dunia itu ditutup kerana tidak melanjutkan tempoh sewa.
ARTIKEL BERKAITAN: Paras Air Laut Lagi Tinggi Dari Darat, Jakarta Dijangka ‘Karam’ 2023?

“Saya ingin jelaskan tiada perselisihan faham. Isunya adalah soal sewa sebab sudah 10 tahun berada di sini dan kontrak juga sudah habis.
“Jika kita sambung sewa akan berlaku kendikan serta segala kos lain yang perlu ditanggung,” ujarnya.

Dalam pada itu, Agaverus turut memaklumkan, pihaknya cukup terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 yang berlaku sejak tiga tahun lalu.
“Kita terus terang berdasarkan keadaan kewangan agak berat untuk kita melanjutkan operasi ini. Jadi kita memilih untuk menutup operasi,” katanya.
Selain itu, menurutnya lagi terdapat beberapa barang peribadi milik pemuzik berpengaruh dunia seperti Metallica, Megadeth, Slash dari Gun n Roses yang disimpan di kafe tersebut.

“Semua barangan ini adalah milk pemuzik yang pernah membuat persembahan di Indonesia” katanya.
Selaras penutupan itu, pihak kafe akan memulangkan semula koleksi barangan berharga kepada ibu pejabat di Amerika Syarikat (AS).
“Suka atau tidak kita perlu pulangkan semula barangan itu ke ibu pejabat di Orlando, AS. Barangan peribadi itu merupakan hak milik antarabangsa dan syarat itu terpakai kepada semua cawangan kafe di seluruh dunia,” kongsinya lagi.

Menjengah di ruangan komen pada hantaran yang dimuat naik HRC Worldwide di Instagram, rata-rata warganet melontarkan pelbagai reaksi susulan penutupan kafe dan bar popular itu.
“Ia ditutup hanya kerana alasan bayar sewa mahal, jadi pasti nanti akan buka di tempat baru yang harga sewanya lebih murah. Semoga… Dalam 10 tahun operasi sudah pasti adalah kiraan dan profitnya,” komen seorang pengguna.
“HRC Jakarta pertama di Sarinah; tutup. Pindah ke EX Mall (yang sekarang dikenali PI Extension), tutup lagi. Eh, buka di Pacific Place Mall mahu tutup lagi. Lebih elok jika HRC Jakarta mempunyai tanah sendiri seperti HRC Bali,” komen juga pengguna lain.
“So sad to hear that. Too much fun to remember,” tulis pengunjung tetap kafe tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Website Hard Rock Cafe Jakarta & Instagram Hard Rock Cafe Jakarta
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penangan “Hanafi” Bukan Calang-Calang. Ini 10 K-Drama Tentang Pasangan Curang

C.U.R.A.N.G
Inilah perkara yang paling ditakuti oleh semua pasangan terutamanya bagi kamu kaum perempuan. Sudah banyak kisah yang kita baca bagaimana lelaki yang dianggap baik, lemah lembu serta manis mulutnya telah berlaku curang kepada pasangan mereka.
Baru-baru ini, viral seorang wanita berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang dengan wanita lain di rumah sewa mereka sebelum dia diceraikan.

Luahan hati wanita itu dikongsikan menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Facebook milik Najihah Othman.
Menurutnya, dia mula berasa curiga dengan tindakan suaminya sejak tiga hari sebelum kejadian berlaku pada 5 November lalu apabila suaminya sering memberi alasan bagi mengelak berjumpa dengannya.
“Untuk pengetahuan semua, saya telah diceraikan oleh bekas suami pada 5 Disember 2021 asbab orang ketiga.
Nak lebih detail lagi boleh baca di sini
Ternyata curang ini faktornya bukan terletak pada personaliti seseorang. Jadi bagaimana untuk kamu kenal pasti apakah ciri-ciri seorang yang akan atau telah curang?
Sementara itu, rata-rata orang ramai yang membaca perkongsian tersebut turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen. Jadi, disebabkan isu ini ‘trending’, Remaja senaraikan antara drama-drama Korea lain yang bertemakan ‘curang’.
1. A WORLD OF THE MARRIED

Drama yang bertemakan konflik keluarga ini memaparkan adegan ranjang yang panas atau babak ‘dewasa’ ini sarat menceritakan tentang pembalasan dendam seorang doktor terhadap suaminya yang telah berlaku curang.
2. Woman Of Dignity/The Lady In Dignity
Mengisahkan tentang Woo A-Jin yang hidup mewah kerana kekayaan ayah mertuanya, tetapi tidak kekal lama setelah suaminya mula curang. Hidup Woo A-Jin mula kucar-kacir. Park Bok-Ja seorang wanita misteri dan muncul dalam hidup Woo A-Jin dan mengajar Woo A-Jin untuk jadi terus tabah.
Namun begitu, drama ini tidaklah 100% fokus kepada cerita skandal atau perkahwinan Woo A-Jin, ada juga tentang perebutan harta ayah mertua Woo A-Jin.
3. Birth Of Beauty
Sa Geum-ran seorang isteri yang baik telah berkahwin dengan Lee Kang Joon tetapi tidak tinggal bersama hampir 7 tahun kerana bekerja di US. Jadi Sa Geum-ran tinggal bersama ibu mertua dan adik ipar yang melayannya sangat teruk.
Dia kemudiannya mendapat tahu bahawa suaminya curang dengan pembaca berita yang popular. Perempuan itu mengaku dan memalukan Sa Geum-ran dengan mengatakan yang dia tidak sepadan dengan suaminya itu.
Dia pun membawa diri dan ditimpa kemalangan. Semua menganggap wanita itu sudah meninggal dunia dan paling sedih, suami dan keluarga mertua langsung tidak datang ke hari pengebumiannya.
Sa Geum-ran merayu dekat doktor bedah plastik, Han Tae-Hee untuk mengubah dirinya menjadi jelita demi membalas dendam pada suaminya.
4. My Wife’s Having an Affair This Week

Menceritakan tentang Do Hyun Woo seorang producer TV yang menganggap dirinya bertuah kerana memiliki karier yang berjaya dan perkahwinan yang bahagia. Tetapi akhirnya terkejut apabila secara tidak sengaja terbaca mesej seorang lelaki kepada isterinya.
Drama ini sebenarnya lebih kepada bagaimana si suami nak menghadapi situasi tersebut kerana dia masih mahu selamatkan rumah tangga mereka. Dia juga turut meminta pendapat orang ramai di dalam forum.
5. My Mister
Dong-Hung (Lee Sun-Kyun) yang mempunyai 2 orang abang. Kehidupannya nampak okay sahaja tapi sebenarnya banyak yang di hadapi dan tidak berkongsi dengan sesiapa walaupun dengan isteri sendiri. Lebih malang lagi, isterinya curang dengan orang yang paling dia hormati, iaitu naib presiden di tempat kerjanya.
Bila abang-abangnya tahu yang isteri adik mereka curang, semua macam tak percaya dan sedih. Mereka tak sangka yang adiknya mempunyai masalah besar sedangkan dia kelihatan baik-baik sahaja. Drama ini lebih kepada hubungan kekeluargaan dan memang menangis je la kalau tonton cerita ni. Hiks!
6. I Have A Lover
Mengisahkan tentang Hae-Gang (Kim Hyun-Joo) seorang peguam yang berjaya dan disebabkan dia bercita-cita tinggi, beri kesan pada hubungan antara dia dan suami, Jin-Eon (Ji Jin-Hee).
Dalam masa sama suaminya berkenalan dan rapat dengan Seol Ri (Park Han Byul) yang mempunyai personaliti ceria sama seperti isterinya masa awal-awal bercinta dahulu. Mereka akhirnya menjalinkan hubungan cinta.
Hae Gang terlibat dalam satu kemalangan dan hilang ingatan. Dia kemudiannya hidup sebagai kakak kembarnya. Nanti dia akan terserempak semula dengan suaminya yang masih menjalinkan hubungan cinta dengan Seol Ri tu.
7. VIP
Mengisahkan tentang pasangan suami isteri Na Jung-Sun (Jang Na-Ra) dan Park Sung-Joon (Lee Sang-Yoon) yang bekerja dalam satu jabatan yang bertanggungjawab berurusan dengan pelanggan VIP di Sung Un Department Store.
Mereka berdua memang bahagia walaupun belum mempunyai anak. Namun kebahagiaan mereka tidak lama apabila Na Jung-Sun menerima satu mesej misteri yang memberitahu suaminya curang dan ada hubungan sulit dengan salah seorang dalam jabatan yang sama tempat mereka bekerja.
So, drama ni akan buat korang berteka-teki, antara pekerja mereka siapa yang ada affair dengan suami Na Jung-Sun?
8. The Last Empress
The Last Empress mengisahkan tentang Oh Sunny (Jang Na Ra), pelakon teater yang ceria dan comel yang berkahwin dengan Emperor Lee Hyuk, seorang kerabat diraja. Pada awalnya memang Oh Sunny gembira sebab dia memang ada hati pada Lee Hyuk.
Tapi selepas berkahwin, baru dia tahu bahawa Lee Hyuk banyak rahsia dan salah satunya mempunyai hubungan sulit dengan setiausaha sendiri.
Sebenarnya banyak rahsia lagi dalam istana tersebut, contohnya salah guna kuasa dan pembunuhan. Oh Sunny la yang akan bongkar segala-segalanya termasuklah balas dendam pada Lee Hyuk yang khianat padanya.
9. Ms Perfect

Mengisahkan tentang Sim Jae-Bok yang telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Akibat dari tuntutan kerja dan komitmen yang banyak, timbul masalah antara dia dan suami, Koo Jung Hee.
Rupanya dalam diam, suaminya telah curang dengan seorang perempuan muda dan cantik, Na Mi.
Tapi yang plot twistnya, cerita ni bukan 100% tentang kisah curang suami dia dan Na Mi tetapi tentang seorang wanita yang muncul dalam hidup mereka, Lee Eun.
Lee Eun cuba merampas suami Sim Jae-Bok dan cara dia buat rancangan tu memang psycho habis.
10. Want A Taste?
Rasanya drama ini kurang popular dan jarang disebut di dalam media sosial. Mungkin kerana jumlah episod yang banyak, melebihi 100 episod.
Drama Want A Taste? mengisahkan tentang Hae-Jin, seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki 6 tahun lebih muda dan mempunyai seorang anak perempuan. Dia menguruskan restoran bapa mertuanya dan berusaha untuk tanggung pembelajaran suaminya, Jin Sang di universiti.
Malangnya, suami Hae Jin, Jin Sang menjalinkan hubungan cinta dengan Joo-Ri, anak orang kaya. Bila Hae-Jin dapat tahu, dia taknak ceraikan Jin Sang. Tapi Jin Sang sampai sanggup mogok lapar semata-mata nak bercerai.
Dalam tempoh sulit tu, Hae Jin berjumpa dengan Dae-Gu yang juga mempunyai masalah rumah tangga.
Jangan stress-stress dan selamat menonton!
Sumber: sayaiday.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

