Siapa pula remaja yang jadi jutawan di usia muda ini?
Mungkin korang yang seusia remaja ini sedang sibuk mencari kerja. Yelah, selalunya diusia 18 tahun kita baru habis SPM dan mencari arah untuk melanjutkan pelajaran. Namun, tidak bagi Kim Jung-youn.
Pada Usia 18 tahun, gadis ini telah dinobatkan sebagai bilionair termuda di dunia. Gelaran tersebut terdahulu dipegang usahawan Kevin David Lehmann, 20, dari Jerman. Dinamakan sebagai bilionair Forbes termuda dunia, remaja perempuan dari Korea Selatan ini merupakan anak perempuan kepada mendiang Kim Jung-ju, iaitu pengasas Nexon Korea Selatan.
Founder Nexon Kim Jung- COURTESY OF NEXON
Beliau, kini muncul sebagai hartawan termuda selepas mewarisi kepentingan dalam syarikat gergasi permainan dalam talian selepas bapanya meninggal dunia. Pemergian Kim Jung-ju, 54, pada 27 Februari lalu menjadikan dua anak perempuannya sebagai pewaris harta.
Kim Jung-youn dan kakaknya, Kim Jung-min, masing-masing mewarisi secara bersama saham sedia ada dalam NXC, bernilai AS$2.5 bilion (RM11.5 bilion) setiap seorang. Selepas ditolak bil cukai warisan bernilai sekitar AS$1.5 bilion setiap seorang, nilai kekayaan bersih Kim Jung-youn dan Kim Jung-min dianggarkan AS$1 bilion.
Ads
Ibu mereka, Yoo Jung-hyun yang sememangnya berstatus bilionair, mewarisi 4.57 peratus kepentingan dalam syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan itu. Yoo, 53, terdahulu membantu suaminya memulakan Nexon pada tahun 1994 dan kekal sebagai pemegang saham terbesar dalam NXC iaitu 34 peratus kepentingan.
Yoo juga pernah muncul sebagai 50 Orang Terkaya Korea tahun ini dengan nilai bersih AS$3 bilion.
Ads
Forbes mendedahkan tidak banyak yang diketahui tentang remaja bertuah itu. Bagaimanapun telah dilaporkan secara meluas bahawa Kim Jung-min dan Kim Jung-youn dilahirkan pada tahun 2002 dan 2004. Malah, penulis juga turut mencari gambar mereka namun tetap gagal.huhu
Wow, asyukkk la remaja Korea Selatan ini, bertuah betul Kim Jung-youn ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umum mengetahui kerajaan memang sudah mewajibkan pemakaian face mask untuk di tempat awam sejak 1 Ogos lalu di seluruh negara.
Memandangkan penggunaan menjadi norma baru yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian, ia sedikit sebanyak agak membebankan golongan berpendapatan rendah kerana perlu melaburkan kewangan mereka yang ketika ini hanyalah sekadar cukup makan.
Baru-baru ini seorang guru terpanggil untuk berkongsi threat di laman twitter beliau dengan nama @fazri_hassan tentang situasi pelajar disekolahnya yang mengunakan face mask terpakai yang kotor dan berjahit.
Hari ini saya ambil sedikit masa berbincang dgn murid mengenai pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam kawasan yang sesak. Terdiam seketika saya apabila melihat pelitup muka seorang murid kelihatan kotor dan siap berjahit lagi tali dia. pic.twitter.com/5LQevPvKAm
Dikenali sebagai Cikgu Fazri menceritakan untuk membincangkan tentang pemakaian pelitup muka di kawasan sesak dengan anak muridnya.
Namun, beliau terkesima dan sebak selepas melihat salah seorang anak muridnya memakai pelitup muka yang bukan sahaja terang-benderang tercemar, malah talinya dijahit semula menggunakan benang.
Ia menandakan pelitup muka tersebut telah pun dipakai berulang kali oleh murid berkenaan.
Insiden tersebut membuatkan beliau turut bertanyakan kepada murid-murid lain dan segelintir daripada mereka akui telah berulang kali pakai selama dua hingga tiga hari sebelum ditukar baharu.
Beliau sudah pun menukar pelitup muka baharu dan sentiasa bersedia memberikan secara percuma kepada murid yang tidak berkemampuan di dalam kelasnya.
Menurut sumber, Fazri merupakan guru pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan, Sabah dan anak muridnya daripada pendidikan khas tahun enam.
Fazri juga mengajak guru-guru lain cakna untuk memeriksa pemakaian pelitup muka dengan lebih kerap selepas ini untuk memastikan kebersihan dan keselesaan dalam kalangan pelajar.
Rata-rata warganet bersetuju dengan guru ini, dan turut berkongsi pandangan.
Sebelum ini, kerajaan juga bercadang untuk menurunkan lagi paras harga siling pelitup muka tiga lapisan di bawah RM1.20 seunit.
Malah, harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga akan diturunkan kepada RM1.15 bermula pada tarikh sama.
So apa pandangan korang tentang isu ini?
Sumber : Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zoo Negara yang asalnya dulu selalu menjadi tarikan para pelancong dari dalam dan luar negara kini telah menjadi tempat untuk bersanding juga.. Kalau dulu masa korang kecik, selalu datang nak tengok haiwan, sekarang boleh tengok pengantin bersanding sekali! Dua pasangan pengantin ini yang juga merupakan kakitangan di Zoo Negara telah diraikan didalam sebuah upacara Walimatul Urus – Raikan Cinta yang berlangsung pada hari ini bertarikh 9 April 2021.
Dua pasangan yang bernama Mohd Hafizi Azahari dengan Mustaza Syirin Mustafa dan Mohamad Rafiq Syafiq Mohamad Salehuddin dengan pasangannya Nursyahidah Ismail telah diraikan di Panggung Tunku Abdul Rahman yang bertempat di Zoo Negara.
Sumber foto: Sinar Harian
Disebabkan PKP yang lama baru-baru ini, pendapatan Zoo Negara telah terjejas, lalu mereka mengambil inisiatif ini untuk menjana pendapatan mereka untuk menampung perbelanjaan Zoo tersebut. Mengikut Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata ianya akan menjadi sebagai produk pemasaran untuk mempromosikan pakej perkahwinan di Zoo Negara. Dia juga berkata tetamu yang hadir akan diberikan 50 peratus diskaun tiket kemasukan ke Zoo Negara pada hari berkenaan.
Walau bagaimanapun, mereka masih dalam perancangan untuk mengadakan idea ini dijangka selepas Aidilfitri nanti, dan jika mereka boleh mengadakan majlis perkahwinan di Dewan Kancil, Zoo Negara, mereka akan mengkaji terlebih dahulu tentang prosedur operasi standard (SOP) yang bersesuaian untuk tetamu yang akan hadir.
So, lepas ni kalau korang datang Zoo Negara nampak pengantin tengah berjalan, jangan terkejut ye! Dorang bukan datang untuk nak photoshoot tapi untuk bersanding dekat sana!
Sejak semalam kecoh di media sosial apabila pelanggan CIMB membuat semakan di akaun masing-masing dan mendapati di transaksi tertulis “direct debit”. Ada memakan jumlah ribu, ada yang ratus mahupun cecah belasan ringgit. Tertanya-tanya apa yang berlaku kerana bank sudah tidak dibuka malam, pengguna CIMB meluahkan rasa marah dan kecewa atas kejadian yang berlaku dan mendakwa kejadian seumpama ini bukan kali pertama berlaku di CIMB.
Bagaimana pun pagi ini di fb CIMB, pihak bank berkenaan telah memuat turun kenyataan yang memaklumkan bahawa Direct Debit yang dipotong dari akaun pengguna adalah transaksi debi sah yang telah dibuat oleh pelanggan. Malah pihak CIMB turut meminta maaf di atas kekeliruan yang timbul kerana direct debit itu adalah transaksi-transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan/ perkhidmatan penstriman dalam talian.
Kenyatan penuh pihak CIMB berkaitan isu ini sejak dua jam lalu (ketika artikel ini ditulis).
Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan-pelanggan yang terbabit bahawa transaksi-transaksi ‘direct debit’ baru-baru ini merupakan transaksi kad debit sah yang telah dibuat oleh pelanggan. Insiden-insiden terpencil ini adalah berkenaan dengan transaksi-transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan / perkhidmatan penstriman dalam talian.
Walau bagaimanapun, transaksi-transaksi tersebut telah dilabel semula sebagai ‘direct debits’, menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan-pelanggan kami.
Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kami akan menghubungi pelanggan-pelanggan yang terbabit secara langsung.
Walau pun pihak CIMB sudah mengeluarkan kenyataan, tapi nampaknya rasa tidak puas hati pelanggan kerana ada sebahagian dari mereka mendakwa tidak ada pun membuat sebarang pembelian. Jadi bagaimana akaun mereka ada direct debit seperti kenyataan yang CIMB keluarkan.
So korang, kalau ada masalah dengan akaun tu please check la ya. Mana tahu berlaku hal yang sama juga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!