
Sejak menemui peminat fesyen kira-kira 15 tahun lalu sehingga berjaya mencipta kelompok pelanggan setia, jenama Wanderlust + Co bukan lagi nama asing sekiranya seseorang mencari aksesori perhiasan diri seperti rantai leher, cincin, gelang, anting-anting dan bermacam-macam lagi.
Jenama yang diasaskan oleh usahawanita kelahiran Malaysia, Jenn Low ketika dia bermastautin di Melbourne, Australia dengan hanya berbekal AU$10,000 dalam akaun simpannya kini sudahpun berada pada aras tersendiri setelah beberapa butik Wanderlust + Co berjaya dibuka di seluruh negara.
Maka, tidak hairanlah apabila Jenn baru-baru ini berkongsi mengenai perancangannya untuk melebarkan sayap ke pasaran Amerika Syarikat pula menerusi pembukaan stor di – get this – Bleecker Street, West Village yang terletak di kota New York!
Langkah tersebut lantas menerima sokongan ramai netizen tempatan termasuklah para selebriti yang memuji keberanian anak watan Malaysia itu untuk memasang impian yang besar DAN melakukannya.
“Impian ada sesuatu perkara yang melucukan. Kita mengimpakan sesuatu, berharap dan bekerja keras sehingga satu hari nanti ia terjadi; dan dalam cara yang kita tidak pernah bayangkan.”
“Pengembangan perniagaan ke A.S. ini adalah satu langkah semulajadi – bukannya langkah perubahan strategik. (Menerusi pembukaan stor tersebut), kami memberikan pelanggan lebih banyak cara untuk kita berhubung, sama ada menerusi dalam talian atau mencuba sendiri di dalam stor,” ujarnya.
Menerusi hantaran di Instagram pula, Jenn berterima kasih kepada pasukannya yang percaya dengan cita-cita yang dipaterinya sejak sekian lama dan kepada komuniti pelanggannya yang setia.
“(Saya) bersyukur untuk hari ini dan hari-hari di mana kami dalam melakukan sesuatu yang kami cintai. A privilege to have an amazing team,” katanya yang turut berkongsi beberapa foto yang menunjukkan jurnal perjalannya untuk merealisasikan impian membuka stor pertama di kota New York.
Untuk pengetahuan korang, Jenn Low melanjutkan pengajiannya di Monash University dalam jurusan berkembar iaitu sarjana muda Komunikasi dan Pengajian Media serta jurusan sarjana muda Perakaunan dan Kewangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.