Bila sebut tentang sikap pemalas, sudah pasti kita akan melenting. Rasa malas biasanya mewakili banyak sebab tetapi ia lebih merujuk kepada individu itu sendiri.
Namun sikap rakyat mencerminkan negaranya dan bila membaca laporan ini, sudah pasti kita terpana dengan kenyataan ini. Tapi sebelum timbul rasa ingin marah, mungkin laporan ini menyedarkan diri kita.
Tahukah, satu kajian global terkini menunjukkan rakyat Malaysia merupakan antara penduduk dunia yang paling pemalas! Erkkk!!!
Kajian tersebut dijalankan menggunakan peranti pengira langkah digital yang telah dimuat turun di telefon pintar untuk mengesan aktiviti berjalan kira-kira 700,000 orang di 46 negara di seluruh dunia.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Standford University, rakyat Malaysia berjalan 3,943 langkah sehari berbanding Hong Kong yang berjalan kira kira 6,880 langkah sehari.
Scott Delp, seorang profesor yang mengetuai penyelidikan itu berkata bahawa “kajian itu adalah 1,000 kali lebih besar daripada kajian sebelumnya mengenai pergerakan manusia.”
Ads
Secara purata, bilangan langkah harian yang diambil ialah 4,961 (4km), tetapi banyak negara, termasuk Kanada, Australia, New Zealand, juga jatuh di bawah anggaran jumlah anggaran.
Bersama sama Malaysia di tangga tercorot adalah Arab Saudi dan Indonesia.
Malaysia menduduki carta ketiga di bawah dalam aktiviti berjalan kaki
Penyelidik juga menyatakan bahawa orang biasanya berjalan jumlah yang sama setiap hari di negara-negara yang kurang obesiti. Walau bagaimanapun, terdapat jurang yang lebih besar antara mereka yang berjalan banyak dan mereka yang berjalan sangat sedikit di negara-negara yang mempunyai kadar obesiti yang lebih tinggi.
Jika di lihat pada pencapaian rakyat Malaysia menerusi kajian ini, ianya juga memberi gambaran mengenai paras obesiti yang membimbangkan di negara ini. Bukan lagi rahsia, Malaysia merupakan negara yang paling obes di rantau ini.
Ads
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia tergolong dalam kumpulan “Paling Pemalas” di dunia. Antaranya adalah kerana medium pengangkutan utama yang di gunakan oleh rakyat Malaysia. Walaupun fasiliti pengangkutan awam di Malaysia telah meningkat , majoriti masyarakat masih menggunakan pengangkutan peribadi seperti kereta dan motorsikal.
Hatta nak ke kedai depan rumah yang hanya sekangkang kera jaraknya , kita akan menghidupkan enjin dari menapak ke kedai dalam cuaca panas membahang.
Sebagai perbandingan di antara rakyat Hong Kong dan Jepun, majoriti penduduk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam sebagai medium utama, jarak dari rumah ke stesyen pengangkutan awam juga membolehkan mereka untuk melangkah lebih banyak setiap hari.
Berjalan adalah satu aktiviti yang menyihatkan tubuh badan
Obesiti antara masalah yang turut menghantui penduduk di negara ini kerana terlalu banyak kemudahan tersedia
Bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk berjalan dengan lebih banyak, pihak berkuasa tempatan serta pihak pemaju perlu mewujudkan lebih banyak ruang pejalan kaki di sekitar kawasan perumahan dan di dalam bandar. Laluan berbumbung juga mungkin boleh memberi lebih keselesaan memandangkan faktor cuaca di Malaysia yang tidak menentu – panas dan hujan.
Ads
Faktor keselamatan juga perlu dipertingkatkan dengan mewujudkan penghadang di antara ruang pejalan kaki dan jalan raya utama bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang melibatkan pejalan kaki. Pemasangan kamera CCTV dan rondaan pihak berkuasa secara berkala juga penting untuk menjamin keselamatan pejalan kaki dari aktiviti jenayah
Walau apa jua alasan, sampai bila kita hendak terus berada di tangga tercorot?
Tentu kita biasa mendengar “bebelan” dari mak ayah yang mengatakan tidak elok mandi malam kerana angin masuk dalam badan selain boleh mengakibatkan paru-paru berair.
Sekian lama mempercayai pandangan orang tua terdahulu, tetapi nampaknya pandangan itu tidak tepat dari sudut perubatan kerana ia hanyalah mitos dan tidak sama sekali akan mengakibatkan individu yang mandi malam akan terkena paru-paru berair. Sebaliknya menurut Doktor Rafidah Abdullah, seorang pakar perubatan menulis, seandainya mandi dan kemudian berehat, tidur akan jadi lebih nyenyak.
Jelasnya lagi, mandi malam bukan penyebab kepada paru-paru berair. Baca perkongsiannya mengenai mandi malam yang boleh mengakibatkan paru-paru berair seperti dikongsinya di fb miliknya.
Soalan biasa:
“Doktor mandi malam penyebab paru-paru berair ke?”
Tidak.
Tolong lah hapuskan mitos itu.
Saya pun suka mandi malam-malam: nyenyak tidur
“Habis itu apakah penyebab paru-paru berair?”
Rasa dah sampai masanya saya “break the bubble”. Saya tidak suka istilah paru-paru berair. Cuba kita majukan sedikit minda kita dan beritahu saya apa yang anda maksudnya paru-paru berair itu. Rakan saya ada jelaskan 3 makna (atau deskripsi) utama: radang, oedema atau effusion.Berbeza bergantung kepada lokasi dimana air itu berada: rongga/ruang yang mana.
Kalau jumpa Doktor, tanya yang mana satu. “Paru-paru berair” sahaja tak cukup untuk kami fahami. Dan jika orang saja sebut itu sebab tak bagi mandi malam; cuba anda tanya diagnosa 1, 2 atau 3 yang dimaksudkan itu? Ketiga-tiga mempunyai fisiologi berlainan. Saya rasa akan senyap orang itu. Senang sikit nak masuk bilik air, mandi malam-malam.
Jom, lengkapkan diri kita dengan lebih ilmu pengetahuan☺.
Rafidah Abdullah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gelaran wanita paling diperkatakan sepanjang musim anugerah di Hollywood selayaknya dimahkotakan kepada pelakon filem Everything Everywhere All At Once, Tan Sri Michelle Yeoh.
Michelle, 60 telah berdepan laluan yang agak berliku bagi memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di setiap anugerah berprestij yang dianjurkan. Biarpun terlebih dahulu memenanginya di anugerah Golden Globes, nasib tidak menyebelahinya sewaktu anugerah Critics Choice dan BAFTA apabila saingan terdekatnya, Cate Blanchette membawa pulang kedua-dua trofi bagi kategori tersebut.
Namun, Michelle terus mengungguli di acara Screen Actors Guild (SAGs) Awards selepas itu dan ia merupakan petanda penting untuknya memberi saingan di malam kemuncak Anugerah Akademi ataupun Oscars yang berlangsung pagi ini.
Anak kelahiran Ipoh, Perak itu seperti biasa terus positif dengan peluangnya memenangi anugerah Oscars dan demi merealisasikan impiannya (dan impian seluruh rakyat Malaysia serta penggiat seni berketurunan Asia di seluruh dunia), Michelle mengulang pakai tuah persalinan jenama fesyen dari Perancis iaitu Dior.
Tampil elegan dalam gaun labuh serba putih dengan perincian bulu, Michelle memadankannya dengan jam tangan mewah Richard Mille berwarna putih dan perhiasan berlian daripada Moussaieff Jewellers.
Sewaktu berada di anugerah SAGs, Michelle telahpun menyarungkan gaun rekaan Schiaparelli iaitu jenama Perancis terkenal yang semakin digemari ramai selebriti Hollywood kerana keunikan konsep Surrealisme yang ditonjolkan.
Namun harus diingat, ketika Michelle tewas kepada Cate di anugerah BAFTA, beliau juga pada waktu itu menyarungkan sut rekaan satu lagi jenama Perancis iaitu Dior.
Justeru, tuah Michelle untuk membawa pulang trofi anugerah Oscars dengan memakai gaun rekaan jenama Perancis pada pagi ini selari dengan ramalan ramai pengkritik fesyen – 50% boleh berpihak kepada Michelle tetapi 50% lagi boleh berpihak kepada pelakon filem Tar, Cate Blanchette.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seringkali kita lihat betapa mulus, cerah dan bersihnya kulit wajah gadis-gadis di Korea Selatan apabila kita menonton penyanyi dan pelakon dari sana.
Actually, tak perlu lihat ke arah selebriti Korea pun. Sememangnya gadis di Korea serius dalam menjaga kecantikan kulit sampakan mereka tidak perlu pun menggunakan terlalu banyak produk kosmetik untuk mengaburi cela yang ada pada wajah.
Rahsia sebenar mereka adalah makanan yang mereka ambil pada setiap hari. Perhatikan sahaja menu masakan di Korea pada waktu sarapan; pagi-pagi lagi mereka sudah mengambil makanan sihat, penuh nutrisi dan memastikan badan bertenaga.
Gadis Korea juga amat teliti terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam masakan mereka. Buktiknya, beberapa bahan masakan yang mereka kenal pasti berkesan untuk penjagaan kulit telah diserap masuk sebagai formula utama untuk produk kecantikan di pasaran sana.
Terbaru, syarikat WonderLab Group menerusi jenama WonderLab baru-baru ini telah memperkenalkan siri baharu yang dinamakan sebagai WonderLab 블랙Bel-aek Ageless Series.
Dari kiri : Ageless Moisturizer, Ageless Toner & Ageless Serum dalam siri WonderLab 블랙Bel-aek Ageless Series.Nampak premium kan ‘packaging ini.
Walaupun siri produk baharu ini memfokuskan kepada konsep penjagaan kulit pra-penuaan, tapi sebagai remaja kita memang disyorkan mengelakkan tanda-tanda penuaan sebelum usia 25 tahun agar kulit kita mudah dikekalkan keanjalannya sebelum terlambat.
CMO Cuckoo International, Queenie Goh dan CEO, KC Hoe semasa pelancaran siri 블랙 Bel-aek Ageless Series oleh WonderLab.
Menariknya, WonderLab 블랙Bel-aek Ageless Series dirumus dengan teknologi kecantikan Korea terkini yang dinamakan sebagai ‘Trio Black Complex’.
Ia terdiri daripada tiga ‘makanan hitam’ yang sinonim dengan menu masakan Korea iaitu beras hitam (black rice), bijan hitam (black sesame) dan kacang hitam (black beans) — masing-masing terkenal dengan keberkesanannya yang luar biasa pada wajah masyarakat Korea dan Asia, secara amnya.
Nabila Razali sebagai duta WonderDewi juga ada bagi berkongsi pengalamannya menggunakan siri WonderLab 블랙Bel-aek Ageless Series
Siri WonderLab 블랙Bel-aek Ageless Series ini dikatakan memastikan kulit 95 peratus lebih tegang, 13 peratus lebih anjal dan 100 peratus nampak lebih berseri! Kesemua itu dipastikan setelah pasukan WonderLab di sana menjalankan ujian klinikal terhadap 22 wanita yang menggunakan serum Bel-aek selama empat minggu.
Bel-aek Ageless Serum oleh WonderLab
Selain Bel-aek Ageless Serum ini, siri terbaru WonderLab ini juga mempunyai 2 lagi produk untuk membantu mengekalkan keremajaan korang seperti gadis Korea. Ia terdiri daripada Bel-aek Ageless Moisturizer (pelembap muka) dan Bel-aek Ageless Toner.
Bagi yang ingin mencuba keberkesanannya, korang boleh mendapatkan siri WonderLab 블랙Bel-aek Ageless Series ini sekarang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...