
Malaysia kini duduki tangga ke-12 pada senarai global bagi kedudukan negara yang paling banyak dilawati di dunia bagi 2023.
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Terkejut! Juadah Malaysia Ini Termasuk Dalam Senarai Makanan Paling ‘Teruk’ Di Dunia

Menerusi data yang dikeluarkan oleh One Step 4ward, Malaysia antara 20 negara paling paling banyak dilawati di dunia dan meraih kedudukan ketiga dalam senarai negara Asia apabila berada di belakang China dan Thailand.
Menurut sumber, Malaysia menerima pelancong seramai 26.8 juta daripada 163 buah negara lain.

Perancis menerima sejumlah 82.6 juta pelancong dan terus menduduki tempat pertama sebagai negara paling banyak dikunjungi di dunia untuk 2023.
Tempat kedua dan ketiga pula diduduki oleh Amerika Syarikat dan Sepanyol dengan jumlah pelancong yang sama iaitu 75.6 juta.

Selain itu, tahun ini menunjukkan Malaysia naik satu anak tangga berbanding tempat ke-4 pada 2022 dalam kalangan negara di Asia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: KOSMO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Sky Tak Pernah Tinggalkan Solat” – Ridzuan Ridzokumura Syukur Miliki Anak Soleh

Usahawan Ridzuan Ridzokumura berkongsi rasa syukur apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang sentiasa mengutamakan kewajipan sebagai seorang Muslim.
Menerusi satu posting di Instagram, Ridzuan memuat naik momen indah anaknya, Sky Taizo Okumura, sedang menunaikan solat.

Menurutnya, Sky tidak pernah sekalipun meninggalkan solat walau dalam apa keadaan.
“Alhamdulillah, walaupun Sky balik lambat dari sekolah, dia tak pernah sekali pun tinggalkan solatnya.
“Lima waktu penuh, tak pernah kurang, setiap hari dia tunaikan dengan penuh tertib.
“Hati saya rasa begitu syukur dan gembira memiliki anak sebaik ini, anak yang betul-betul bertuah,”tulis Ridzuan.

Dalam pada itu, dia yakin putera tunggalnya itu tidak pernah lupa untuk menyelitkan doa buat arwah ibunya, Allahyarhamah Akiko Okumura, setiap kali selepas solat.
“Setiap kali selesai solat, saya tahu, dalam doanya pasti ada nama ibunya.
Dia tak pernah lupa untuk mendoakan arwah ibunya,” katanya lagi.

Terdahulu, Akiko dilaporkan meninggal dunia pada 28 Februari lalu selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor.
Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sky Taizo Okumura.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika Gagal Tempah Slot Vaksin Semalam, Periksa Notifikasi MySejahtera Sekarang!

Mungkin sekali korang sudahpun berjaya menerima slot suntikan vaksin AstraZeneca
Seperti yang semua tahu, rakyat Malaysia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak semalam telah gigih ‘bertarung’ di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) bagi menempah slot suntikan dos vaksin AstraZeneca masing-masing.
Biarpun begitu, proses yang memakan masa kira-kira sejam sebelum kesemua slot habis ditempah itu telah mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat. Ini berikutan gangguan teknikal yang menyebabkan laman web JKJAV tergendala disebabkan jumlah trafik pemohon yang terlalu ramai pada satu-satu masa.

Warganet membawa isu tersebut ke media sosial untuk mengadu mengenai kelemahan laman web tersebut yang dipercayai kurang efisien selain sistem tempahan satu hari bagi kesemua 5 buah negeri yang diakui ramai tidak rasional.
ARTIKEL BERKAITAN : “Dari Awal Tak Lepas..” Pemohon Fasa Kedua Vaksin AstraZeneca Kecewa Dengan Sistem – REMAJA
Setelah menerima ribuan aduan rakyat, badan bertindak imunisasi COVID-19 (CITF) menerusi sebuah kenyataan malam tadi telah memohon maaf di atas gangguan teknikal yang berlaku dan segala kesulitan yang dihadapi oleh orang ramai ketika mencuba membuat tempahan slot suntikan itu.
Untuk makluman, kesemua 1,261,000 dos vaksin yang ditawarkan habis ditempah.
Namun begitu, tinjauan REMAJA kepada aplikasi MySejahtera pada pagi tadi mendapati notifikasi slot suntikan dos vaksin secara tiba-tiba muncul!


Perkara ini turut dialami oleh beberapa lagi warganet yang yang mendapat notifikasi lambat itu. Kata mereka, sangkaan awal bahawa mereka gagal untuk mendapatkan slot ternyata meleset apabila tarikh temujanji baru saja didapati pada hari ini.
Alhamdulillah already checked at #MySejahtera for 1st vaccination appointment🤲🏻💉✨ pic.twitter.com/a1xkfSCQly
— Qayyum🇲🇾🇵🇸 (@yumrahman_) May 27, 2021
Guy I secured appointment for AZ vaccine 😭😭😭 pada siapa yg failed registration semalam try check MySejahtera maybe korang dapat. @day_rainee bring me luck today 💛 pic.twitter.com/89PzMJ5ipq
— 🧈 MiloJin⁷ •‿• (@OneulKim_) May 27, 2021
Sementara itu, ada juga pemohon yang mendapati mereka telahpun dijadualkan menerima suntikan dos di lokasi berbeza berbanding yang dimohon oleh mereka.
Biarpun masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak JKJAV mahupun CITF berkenaan kelewatan sistem ataupun lokasi penerimaan vaksin tersebut, mungkin sekali ia berlaku akibat gangguan teknikal semalam ataupun terdapat kekosongan di hub berbeza yang perlu dipenuhi.
ARTIKEL BERKAITAN : Ahli Kimia Ini Jelas Kebaikan & Kesan Paracetamol, Kenapa Diambil Selepas Terima Vaksin – REMAJA
BACA LAGI : Umur Bukan ‘Tiket’ Kebal Covid-19, Remaja Lelaki Tanpa Sejarah Penyakit Korban Terbaru – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ratu Basikal Nurul Izzah Sambar Emas Kedua, Pecah Rekod Asia

Terbaru, ratu berbasikal trek negara, Nurul Izzah Mohd Asri (22) membuktikan keunggulannya apabila memecahkan rekod Asia dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa wanita, sekaligus meraih pingat emas keduanya pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 di Velodrom Nasional, semalam.
Dalam perlumbaan final tersebut, Izzah mencatatkan masa 1 minit 6.229 saat (1:06.229s), memadam rekod Asia sebelum ini iaitu 1:07.137s, yang dilakukannya sendiri dalam aksi kelayakan pada sebelah pagi.
Sementara itu, pingat perak menjadi milik pelumba China, Luo Shuyan dengan catatan 1:07.365s, manakala wakil Korea Selatan, Hwang Hyeongso berpuas hati di tempat ketiga dengan masa 1:07.690s.

Anak jati yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu meluahkan rasa gembira dengan pencapaiannya, lebih-lebih lagi kerana acara tersebut julung kali dipertandingkan di ATC.
“Saya sangat gembira bukan sahaja kerana meraih emas tetapi juga kerana berjaya memecahkan rekod Asia. Ini satu detik yang bermakna buat saya. Saya akan terus berusaha memperbaiki prestasi,”katanya.
Dalam pada itu, emas yang diraih telah menjadikan koleksi keseluruhan Izzah di ATC 2025 sebanyak dua emas, satu perak dan satu gangsa, selepas turut cemerlang dalam acara keirin, pecut berpasukan dan pecut individu.

Pada masa yang sama, bukan sekadar Izzah, namun skuad berbasikal trek remaja negara turut mencuri tumpuan apabila Intan Nur Irdrisha Abdul Razak meraih gangsa dalam acara perlumbaan penyingkiran.
Emas menjadi milik pelumba Taiwan, Wen Xin Huang, manakala Yuka Nishihara dari Jepun membawa pulang perak.
Skuad berbasikal trek para negara juga menunjukkan taring apabila menyapu bersih tiga pingat emas hari ini.
Mohd Khairul Hazwan Wahab dan jurumudinya Muhammad Khairul Adha Rasol menjuarai acara 1 km ujian masa kategori tandem B sementara Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin (C1) dan Ahmad Zharif Ahmad Nazri (C5) turut menghadiahkan emas buat Malaysia.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

