Pernah dengar dengan istilah social media addiction? Ia merupakan frasa yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang menghabiskan terlalu banyak masa melayari laman media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan pelbagai platorm lain.
Satu kajian yang dijalankan di Washington mendedahkan negara-negara di dunia yang paling banyak menggunakan platform media sosial, atau boleh dikira ‘ketagih’.
Guess what? Malaysia juga tersenarai dalam kajian itu dan mendapati berada di kedudukan kedua bagi negara yang paling banyak menggunakan platform media sosial di dunia.
Tempat pertama bagi negara yang paling banyak menggunakan platform media sosial adalah milik Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang mencatatkan skor 9.55 daripada 10. Keputusan itu membuatkan Malaysia berkongsi kedudukan dengan rakan serantau, Filipina, lapor laman berita Agensi.
Menurut laman itu, kajian dilakukan syarikat pembekal proksi, Proxyrack turut mendedahkan negara ini berada di tempat ketiga dari segi negara yang mempunyai keterhubungan paling meluas dengan hampir 97 peratus daripada populasinya menggunakan internet.
Malaysia dan Filipina berada di tempat kedua dengan merekodkan skor sebanyak 8.75, diikuti dengan Arab Saudi (8.41), Singapura (7.96), Vietnam (7.62), Brazil (7.62), Thailand (7.61), Indonesia (7.5) dan Hong Kong (7.27).
Ads
UAE berada pada kedudukan utama pada hampir semua kategori laporan tersebut, yang menganalisis beberapa faktor seperti penggunaan internet, platform media sosial, langganan jalur lebar tetap, langganan telefon mudah alih serta peratusan populasi yang menggunakan internet.
Foto Via Pexels
“UAE bagaimanapun mempunyai perkhidmatan internet paling mahal di dunia iaitu lebih AS$100 (RM445.29),” kata laporan yang sama.
Ini diikuti dengan Arab Saudi (AS$72 atau RM320.60) dan Amerika Syarikat (AS$70 atau RM311.70) di tiga kedudukan teratas.
Sementara itu, laporan tersebut turut mendapati penduduk Afrika Selatan menghabiskan masa paling banyak menggunakan internet dalam sehari iaitu 9 jam dan 38 minit, diikuti dengan Brazil (9 jam dan 32 minit) serta Filipina (9 jam dan 14 minit).
Ads
Rakyat Malaysia pula memperuntukkan kira-kira 8 jam dan 6 minit sehari untuk menggunakan internet. Dalam pada itu, bagi kategori akses internet terbaik, Korea Selatan berada di kedudukan pertama dengan mencatatkan skor 8.52 serta hampir 98 peratus populasinya menggunakan internet yang ditawarkan pada harga purata AS$21 (RM93.50).
Ini diikuti dengan Hong Kong (skor 7.9), Denmark (skor 7.22), UAE (skor 6.59) dan Malaysia (skor 6.19) di lima kedudukan teratas.
Menurut pakar-pakar, negara-negara seluruh dunia menyaksikan peningkatan penggunaan internet selepas pandemik Covid-19. Ini dipacu oleh trend perniagaan dan individu yang terpaksa berjual beli secara online ketika pandemik, yang akhirnya menjadi kebiasaan setiap orang sehingga kini.
Ads
Tapi ingat! Gunakan telefon pintar dan gajet sebagai pemangkin untuk kehidupan kamu lebih senang, berpengetahuan dan berilmu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru sahaja ingin mendaftar untuk suntikan vaksin, seorang pengguna Facebook ini terkejut apabila namanya dikatakan sudah menerima suntikan pertama vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.
Iena Zarina Mustapha telah pun berkongsi kisahnya dengan mengatakan bahawa dia baru sahaja ingin mendaftar vaksin, tiba-tiba menerusi update di aplikasi MySejahtera menyatakan dia sudah divaksin pada 3 Mac 2021 di klinik kesihatan Selising dan perlu mengambil vaksin kedua pada hari tersebut.
Jelasnya lagi, kenyataan itu juga mengarut kerana waktu cucuk vaksin itu adalah pada pukul 11.58 malam. Logik ke?
Wanita itu turut mempersoalkan bagaimana aplikasi tersebut boleh tersalah update data dan adakah data peribadi kita sudah tidak selamat lagi?
Iena turut menjelaskan dia bukanlah seorang frontliner dan apa yang dia tahu, hanya frontliner yang diutamakan untuk mengambil suntikan vaksin sekarang. Tambah pula, cucuk vaksin di klinik Selising yang mana dia sudah setahun tidak memijak bumi Kelantan. Bila telefon katanya doktor sibuk. Wanita ini berharap agar pihak berwajib ambil tindakan yang sewajarnya.
Namun begitu, Unit Promosi Kesihatan Pasir Puteh (UPK) telah pun meninggalkan komen di sebuah hantaran Facebook milik Iena dengan memohon maaf atas kekeliruan ini. Kesilapan berlaku disebabkan petugas di kaunter pendaftaran Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terlibat secara tidak sengaja telah tersalah memasukkan nombor kad pengenalannya.
Bagaimanapun, pihak UPK juga menjelaskan bahawa tidak terdapat sebarang pencabulan dalam data peribadi. Mereka telah pun memadamkan butiran wanita tersebut sebagai individu yang telah menerima vaksin. Proses validasi sistem dilakukan dari masa ke semasa sebagai langkah kawalan kualiti. Petugas barisan hadapan yang telah menerima vaksin tersebut telahpun dimaklumkan dan datanya juga sedang dikonsolidasi di dalam sistem.
Mahunya tak terkejut kan kalau kita lihat nama kita sudah divaksin walhal baru sahaja nak mendaftar. Diharap masyarakat lebih peka dan ambil tindakan sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada orang ramai.
Sejak kebelakangan ini, aplikasi Sugarbook hangat diperkatakan oleh masyarakat kerana ia menjadi platform anak muda mencari ‘jalan senang’ untuk mendapatkan kehidupan mewah. Pada asalnya, aplikasi ini merupakan tempat mencari jodoh namun ia berlaku sebaliknya.
Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat akses masuk ke laman web Sugarbook kerana ia dianggap sebuah platform yang boleh meruntuhkan nilai moral terutamanya buat pelajar di Malaysia.
Ekoran daripada situasi ini, polis telah menahan pengasas aplikasi tersebut di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan menerusi Ops Sugarbook kira-kira jam 4.30 petang oleh anggota JSJ Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam.
Menurut Sinar Harian, siasatan awal supek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook dan kes disiasat di bawah Seksyen 05(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, PDRM menerima laporan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berhubung mahasiswa di Lembah Klang didakwa menggunakan aplikasi tidak bermoral ini untuk mencari sugar daddy.
Syabas pasukan PDRM kerana mengambil tindakan pantas bagi membendung penularan gejala tidak bermoral ini. Ia bukan hanya merosakkan akhlak, malah juga turut mencalarkan imej negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi perkahwinan diraja atau royal wedding berlangsung. Tetapi kali ini ia bertempat di Malaysia dan bukannya di United Kingdom.
Sudah lama kita tak melihat perkahwinan seglamor ini berlangsung di sini. Kali terakhir ia mendapat liputan menyeluruh adalah semasa Faliq Nasimuddin mengahwini Chryseis Tan. Atau semasa Tengku Shariffuddin Shah mengahwini Che Puan Juliana Evans.
Kelmarin telah menyaksikan majlis resepsi nan glamor di antara Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan dan Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad.
Bertempat di Hotel Shangri La Kuala Lumpur, majlis tersebut dihadiri oleh kerabat diraja, tetamu VIP, kenalan rapat pengantin berdua dan ahli keluarga. Tapi dalam ramai-ramai tu, ada juga para selebriti atau personaliti popular yang turut dijemput dan hadir.
Jom tengok siapa mereka dan bagaimana OOTD masing-masing..