Sudah menjadi tradisi setibanya musim perayaan di Asia, ramai kini memilih untuk bercuti ke luar negara selepas mereka tamat menyambut pada hari pertama perayaan.

Baru-baru ini, ramai berfikiran Malaysia lah destinasi percutian utama pilihan pelancong asing dari benua Asia. Ini susulan timbul laporan bahawa Malaysia akan menerima kemasukan ramai pelancong dari China sempena Tahun Baru Cina pada tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 70 Peratus Sanggup Jika Malaysia Ketat SOP & Sekat Pelancong China, Enggan PKP Berbuah Dua Kali – REMAJA

Hakikatnya, Malaysia sekadar berada di tangga kedua dalam senarai carian tertinggi pelancong di Asia menurut data yang dikumpul oleh platform percutian digital global, Agoda.

Sebaliknya, destinasi paling dicari oleh pelancong asing sempena Tahun Baru Cina 2023 ialah –

Malaysia Negara Kedua Paling Dibanjiri Pelancong Asing Pada Tahun Baru Cina 2023
Kuala Lumpur ialah destinasi paling popular dalam kalangan pelancong asing ke Malaysia. FOTO: Pexels (Azri Suratmin)

.. Jepun!

IKLAN

Berdasarkan data carian Agoda, Jepun ialah destinasi pilihan pertama pelancong dari Asia untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina 2023. Kemudian barulah diikuti oleh Malaysia, manakala destinasi ketiga paling popular ialah Thailand.

Malaysia Negara Kedua Paling Dibanjiri Pelancong Asing Pada Tahun Baru Cina 2023
SUMBER: Agoda menerusi Go Communications

Difahamkan, Malaysia dan Thailand menjadi destinasi popular dalam kalangan pelancong dari China dan Jepun kerana mereka menggemari negara-negara beriklim panas seperti kita tatkala negara mereka dilanda musim sejuk pada awal tahun.

*

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Agoda iaitu Omri Morgenshtern, trend percutian sewaktu musim perayaan pertama pada tahun 2023 ini adalah satu petanda baik. Ia menunjukkan keyakinan pelancong untuk bercuti di luar negara telah berjaya dikembalikan selepas pandemik COVID-19 kian beransur pulih.

IKLAN

Pihak Agoda juga meletakkan bandar Tokyo, Osaka dan Fukuoka sebagai tiga destinasi di Jepun yang paling dicari-cari di internet oleh pelancong asing. Jangan terkejut jika korang terjumpa BFF sewaktu bercuti di tiga bandaraya ini!

Malaysia Negara Kedua Paling Dibanjiri Pelancong Asing Pada Tahun Baru Cina 2023
Tokyo, Jepun. FOTO: Pexels (Nick Kwan)

Di Malaysia pula, pelancong asing lebih tertarik untuk ke ibu negara Kuala Lumpur, diikuti dengan Melaka dan Pulau Pinang.

Bagi pelancong yang memilih Thailand sebagai destinasi pilihan mereka pula, rata-rata menggemari percutian dalam bandar di Bangkok, diikuti Pattaya yang terkenal dengan tarikan pesta pantai (beach party) dan Chiang Mai yang kaya dengan unsur kebudayaan.

IKLAN
Malaysia Negara Kedua Paling Dibanjiri Pelancong Asing Pada Tahun Baru Cina 2023
Bangkok, Thailand. FOTO: Pexels (Marcus Winkler)

Sebagai info, data yang diperolehi oleh Agoda ini adalah berdasarkan data carian dari negara pasaran asal di Asia bagi tempoh 8 Januari – 15 Januari 2023 dalam kalangan penggunanya yang menetapkan tarikh melancong dari 21 Januari – 24 Januari 2023.

BACA LAGI: “Tanda Suka & Tontonan Hanya Beri Kepuasan Sementara Sahaja” Neelofa Titip Pesan Buat Yang bakal Melancong – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI